LIFESTYLE By: SGMS Faida July 23, 2018 @ 3:00am

Sweet! Ustaz Kazim Elias Jadi ‘Orang Tengah’ Kami…

Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Buktinya, lelaki ini bertemu jodoh sekali lagi pada usia 84 tahun! Alhamdulillah.

Hussain Abdul Rahman selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau Pusat Pendidikan Al Barakah.

Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di situ bertemu jodoh apabila pengasas dan pengetua pusat pendidikan itu, Datuk Mohd Kazim Elias menjadi ‘orang tengah’.

Hussain ketika ditemui pemberita berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mengenali hati budi pasangannya sejak dua bulan lalu semasa mengikuti kelas pengajian di pusat pendidikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

“Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat. Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya,” kata bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu.

Sementara itu, Kamsiah yang kematian suami sejak 37 tahun lepas berkata, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama selain mahu menjaga pasangannya itu yang mengalami sakit lutut.

“Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat,” katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat cucu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, pasangan itu merupakan pasangan yang keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan.

“Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga,” katanya. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Selepas Lee Seung Gi, Suzy Pula Bakal Bergandingan Bersama Nam Joo Hyuk!

Tak sabar nak tengok chemistry diorang nanti!

Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Sun, 6 Jan 2019

Yuna Jawab Soalan ‘Bila Nak Ada Anak?’

Insha Allah, tak lama lagi tu… Amin!

Events Thu, 2 May 2019
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

‘Drama’ Lagu Terbaik Minggu Pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir!

Lagu apakah yang akan menjadi lagu terbaik bagi SFMM34 minggu kedua? Jangan lupa saksikan!

LIFESTYLE Tue, 16 Oct 2018
LIFESTYLE Wed, 15 Nov 2017

5 SECRET BEAUTY TIPS FROM FAZURA THAT MANY OF YOU DIDN’T KNOW

There is indeed hope for us all to slay just like Fazura. Check out these 5 beauty tips from the amazing woman herself!

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

| Live TV