LIFESTYLE By: SGMS Enal August 30, 2019 @ 11:10am

Setuju Ke Hukuman Kerja Sosial Buat Pesalah Merokok?

Hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput sedang dipertimbangkan bagi pesalah peraturan larangan merokok di tempat awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Hukuman denda akan membuat orang berfikir kalau ada duit boleh buat kesalahan. Jadi, saya melihat kepada hukuman kerja sosial ini dengan teliti,” katanya yang berpendapat hukuman kerja sosial lebih efektif.

Berucap pada majlis perjumpaan bulanan kementeriannya di sini hari ini, Dr Dzulkefly turut mengingatkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dengan menghormati perintah larangan merokok berkenaan di premis KKM dan di tempat awam.

Sambil berseloroh, beliau yang menyifatkan peratus warga KKM yang masih merokok sebagai ‘rahsia besar’ di kementerian, dan terpaksa menerima hakikat ada warga kementeriannya sendiri tidak dapat berhenti daripada tabiat merokok.

Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran dan warung sama ada yang bertutup, berhawa dingin mahupun yang berkonsep terbuka termasuk di tepi jalan.

Perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan bagi pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok pada awalnya ditetapkan selama enam bulan kemudiannya dilanjutkan sehingga akhir Disember ini.

Menurut Dr Dzulkefly, 129,180 premis sudah diperiksa sehingga kini dengan notis amaran larangan merokok sudah dikeluarkan mencecah 30,698.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata KKM akan memantau penyediaan sarapan percuma kepada pelajar sekolah seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semalam bagi menjaga keselamatan makanan yang dibekalkan.

“KKM juga akan memantau aspek diet dan nutrisi makanan yang dibekalkan,” katanya mengulas pengumuman Maszlee bahawa kerajaan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara bermula Januari tahun hadapan.

Menurut Maszlee, inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar kekal sihat dan cergas di samping membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Sumber: BERNAMA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 22 Sep 2019

烟霾来袭该如何饮食?

炎热天气和印尼烧芭烟霾的夹击,让大家的健康似乎出现了问题,如眼睛干涩、喉咙痛等;到底烟霾来袭该如何饮食?

Events Fri, 18 Oct 2019
Fab Foodies! Sat, 21 Jul 2018

Minum Teh Hijau Untuk Kurus

Bukan perkara yang sukar dilaksanakan untuk kurus tetapi jika melakukannya dengan penuh displin pasti tercapai impian yang ada inginkan

LIFESTYLE Sat, 7 Apr 2018

5 Tips Guna Soda Bikarbonat 

Nampak sahaja kecil botolnya tetapi banyak kegunaan dan memberikan kesenangan di dalam kerja rumah

Fab Foodies! Mon, 13 Aug 2018

Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol

Untuk itu menurunkan kolesterol jahat yang naik boleh cuba mengambil makanan yang dikongsikan

Fab Foodies! Wed, 30 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Masukkan telur rebus, daun kunyit dan kerisik. Biar seketika. Masukkan air asam jawa dan tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api setelah rendang hampir kering. Siap!

LIFESTYLE Sat, 3 Nov 2018

半躺沙发玩手机!诱发椎间盘突出

腰是人体最重要的部位之一,支撑身体的平衡,很多活动都需要靠腰部来支撑完成。如果我们的腰椎受到伤害,腰酸、腰痛等腰部问题会随之而来。

LIFESTYLE Sat, 29 Sep 2018

Jimatkan Perbelanjaan Bulanan Keluarga

Sebelum anda bertindak menyalahkan mana-mana pihak, apa kata perhatikan gaya hidup anda dahulu. Mungkin terdapat perbelajaan bulanan ada yang agak berlebihan.

LIFESTYLE Wed, 26 Jun 2019

每周动10分钟!助降死亡风险18%

连汗都不用流!每周只动10分钟,有助降18%死亡风险。

LIFESTYLE Wed, 16 Oct 2019

Lahir Anak Di Angkasa Lepas?

12 Tahun Lagi Mungkin?

| Live TV