LIFESTYLE By: SGMS Enal May 26, 2019 @ 9:32am

Sakit Kepala Antara Tanda Awal Strok

Sakit kepala atau migrain, yang selalu berlaku hanya di sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit kepala bakal menganggu tumpuan mahupun tugasan harian kita. Jangan memandang ringan tentang ini dan menganggap sakit kepala adalah perkara biasa.

Malah ada individu yang rela menahan kesakitan tersebut dan enggan berjumpa doktor kerana beranggapan bahawa sakit itu akan ‘hilang sendiri’.

Dr Zubaidi Haji Ahmad telah berkongsi di laman Facebooknya mengenai satu insiden yang ternyata memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahayanya sakit kepala. Antara yang dikongsikan

Seorang rakan saya bernama Ibrahim, sering mengalami sakit kepala.

Dia mula mengalami sakit kepala yang ringan beberapa hari. Dia memang pesakit migraine. Satu pagi dia terjaga dengan pening, sakit kepala dan sakit di bahagian mata.

Dia menyangka bahawa dia sedang mengalami migraine. Dia cuba tidur kembali tetapi gagal. Akhirnya terpaksa ke dapur dan menelan dua biji panadol dan kembali ke bilik tidur.

Selepas sejam dia terbangun kerana sakit kepalanya datang semula.

Sangat kuat sehingga dia merasa ada orang sedang mengetuk kepalanya dengan tukul. Dia cuba bangkit dari katil untuk mengambil 2 biji panadol lagi.

Namun dia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya. Tangan kanannya terasa kebas sehingga ke bahu dan tidak boleh dialihkan. Dia cuba memanggil isterinya yang berada di sebelah, namun dia agak pelat.

Rupanya separuh wajahnya di sebelah kanan telah menjadi senget.

Dia juga tidak dapat menggerakkan otot-otot lidah dan bibir. Dia bernasib baik kerana isterinya boleh menghantarnya ke hospital dan didiagnosa sebagai stroke.

Cerita Ibrahim ini menunjukkan bahawa kadang-kala sakit kepala lebih daripada hanya sakit kepala. Ramai yang menganggap sakit kepala mereka disebabkan migraine yang selalunya menyerang.

Tetapi sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke. Jadi berhati-hatilah dengan sakit kepala yang berlanjutan.

Sumber : Dr Zubaidi Haji Ahmad 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 31 Aug 2018

Kehebatan Mengambil Sayur Bunga Kobis

Dikatakan mengandungi serat dan gula semulajadi yang lebih rendah dan mempunyai kehebatan tersendiri

LIFESTYLE Thu, 16 Jan 2020

Cara- Cara Untuk Kempiskan Perut

Boroi atau buncit !!! Ini adalah yang paling dielakkan tidak kira perempuan mahupun lelaki. Mulalah kita menjaga makanan dan juga membuat senaman tetapi masih dalam keadaan yang sama. Apa kata jom cuba cara ini manalah […]

LIFESTYLE Sun, 31 Mar 2019

7 Ubat Darah Tinggi Ditarik Balik Dari Pasaran Malaysia

7 Ubat Darah Tinggi Ditarik Balik Dari Pasaran Malaysia, Punca Kanser Dalam Jangka Masa Panjang – KKM

LIFESTYLE Sat, 3 Aug 2019
LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018

Euwww…Perhatikan Wajah Korang Secara Teliti, Ada Tak BENDA Ni?

Perhatikan makanan yang korang ambil setiap hari. Lihat kuantiti minyaknya, itu juga salah satu faktor mengapa blackhead atau whitehead ‘menggila’.

Fab Foodies! Sat, 26 Jan 2019

Feast on a Variety of Delicious Foods at DoubleTree Penang This Chinese New Year

Spend the wonderful holiday dining at Makan Kitchen with the family.

LIFESTYLE Fri, 22 Feb 2019

目前的工作你是真心喜欢吗?值得继续努力吗?

面对目前工作,你是真心喜欢呢?还是只为了糊口饭吃呢?

Fab Foodies! Fri, 9 Feb 2018

MAKAN BESAR DENGAN AYAMAS ‘GOLDEN SESAME ROASTER’

Ayamas menampilkan resepi yang cukup istimewa.

Fab Foodies! Fri, 17 Nov 2017

Anak Tak Mahu Makan Nasi? Cuba Nugget Nasi

Anak Tak Mahu Makan Nasi? ‘Kaburi’ Mata Anak Dengan Tukarkan Nasi Putih Kepada Nugget Nasi

LIFESTYLE Mon, 4 Nov 2019

| Live TV