LIFESTYLE By: SGMS Enal October 19, 2018 @ 8:29am

Penting Kenal Ubat Kalau Tidak Mahu Kena Kesan Alahan Teruk

Ketahuilah setiap ubat yang dibekalkan kepada anda,kenal pasti nama, dos dan kegunaannya.

Pastikan cara pengambilan dan penggunaan ubat adalah betul seperti mana yang diarahkan oleh doktor dan jangan melebihi dos yang disyorkan.

Apakah maksud ubat terkawal dan ubat am?

Ubat-ubatan boleh dikategorikan dalam 2 jenis, iaitu Ubat Terkawal dan ubat am. Ubat Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat

kencing manis), manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).

Pengkelasan ini boleh dikenalpasti berpandukan abjad yang digunakan pada hujung nombor pendaftaran ubat.  Abjad A digunakan untuk merujuk kepada ubat terkawal manakala abjad T dan X digunakan bagi ubat am.

Kenali ubat anda
Ambil tahu tentang nama, warna, bentuk, jenis (ubat biji atau kapsul), simbol pada ubat, saiz atau bekas ubat anda.

Ambil ubat anda seperti yang telah diarahkan oleh doktor. 
Ikut arahan doktor anda. Minta bantuan doktor/ahli farmasi untuk mencatatkan arahan-arahan tertentu jika anda khuatir terlupa arahan tersebut.

Ambil ubat anda sahaja
Mengambil ubat orang lain mungkin akan memudaratkan anda dan menyebabkan rawatan anda bertambah rumit. Jangan berkongsi ubat anda dengan orang lain.

Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai masalah kesihatan dan ubat-ubatan yang anda ambil. Ini termasuk ubat preskripsi, ubat am, supplemen kesihatan, vitamin dan ubat sediaan herba. Maklumat yang anda berikan dapat memudahkan mereka membantu anda. Jika anda mempunyai pertanyaan, jangan malu untuk bertanya kepada doktor atau ahli farmasi.

Perhatikan jika berlaku kesan sampingan atau interaksi ubat 
Segera maklumkan doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang gejala atau perubahan pada diri anda akibat pengambilan ubat.

Pastikan anda mematuhi semua temujanji dengan doktor dan sebarang ujian pemantauan yang dijadualkan oleh doktor atau makmal.

Bawa bersama seorang kawan atau saudara ke temujanji anda. Ini boleh membantu anda untuk lebih memahami atau mengingati maklumat daripada doktor.

Pastikan preskripsi anda diisi semula lebih awal untuk mengelakkan kehabisan ubat. Ini akan mengelakkan daripada gangguan kepada jadual pengambilan ubat anda.

Sebelum anda melancong, tanya doktor atau ahli farmasi bagaimana untuk menyesuaikan jadual pengambilan ubat anda dengan mengambil kira perubahan waktu, rutin dan pemakanan. Bawa bersama nombor telefon doktor dan ahli farmasi anda. Apabila menaiki penerbangan, bawa ubat anda bersama, jangan masukkan ke dalam bagasi. Ini bagi memastikan ubat tidak terdedah kepada suhu panas atau sinar matahari.

Gunakan carta/jadual, kotak pil, penggera (alarm), peringatan di telefon atau cara lain untuk mengingatkan anda tentang ubat dan waktu pengambilannya. Ramai orang menggunakan carta atau jadual bertulis untuk mengingati pengambilan ubat mereka. Ada yang menggunakan bekas dengan warna penutup yang berbeza, bahagian yang berlainan atau loceng yang berbunyi pada waktu-waktu tertentu.

Simpan ubat di dalam bekas asalnya melainkan diarahkan sebaliknya. Jangan simpan pelbagai jenis ubat di dalam satu bekas.

Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering, jauh daripada cahaya.
Jangan simpan ubat di tempat yang lembab dan panas kerana ini boleh mengurangkan keberkesanannya. Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk, kecuali ditulis pada label atau diarah oleh ahli farmasi atau doktor.

Jika terdapat kanak-kanak di rumah, jauhkan semua ubat anda dari penglihatan dan capaian mereka.

Lakukan pemeriksaan ke atas ubat-ubatan anda secara berkala. Kemaskan kotak ubat anda dan buangkan semua ubat yang lama atau luput tarikhnya. Minta bantuan ahli farmasi untuk menyemak semua ubat yang sedang anda ambil. Maklumkan juga tentang semua ubat am, vitamin, suplemen kesihatan dan ubat herba yang anda ambil.

Sumber: Myhealth GovPharmacy Gov

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Tue, 17 Sep 2019

Biji Biji x TSyahmi, The First Ever Fashion Collection In Malaysia To Preserve Sustainable Designs

The collaboration between Biji Biji, Tsyahmi, and Nakakoma Orimono injects a fresh take on sustainable fashion.

LIFESTYLE Thu, 30 Aug 2018

6 Jenis Meroyan Yang Perlu Anda Tahu

Membebel, cakap sendiri, tiba-tiba menangis…adakah si ibu sedang melewati fasa meroyan? Tapi perlu tahu, ada banyak jenis meroyan tau!

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Hampas Kelapa Bantu Dalam Kesihatan?

Saat santan kelapa yang di peras atau lebih dikenali hampas pun miliki manfaatnya tersendiri.

Fab Foodies! Wed, 18 Apr 2018

经痛时,吃颗巧克力就对了?

不少女性生发现在生理期前夕,特别渴望能来点巧克力。主要是因为月经来潮前,体内黄体素含量升高,会引起女性想吃高脂肪食物的欲望。但巧克力真能缓解经痛?

LIFESTYLE Fri, 9 Aug 2019

Beg Lebih Kecil Dari Tapak Tangan Tapi ..

Harganya Boleh Buat Luruh Jantung

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

LEGO推出超壮观「霍格华兹城堡」

LEGO在今年陆续推出许多哈利波特系列的乐高、人偶组,最近更发出了「LEGO 71043 霍格华兹城堡」将于9月1日全球发售的消息!城堡中的细节难计其数,会动的楼梯、消失的密室、爱哭鬼麦朵的厕所通通都有!

Fab Foodies! Fri, 9 Feb 2018

MAKAN BESAR DENGAN AYAMAS ‘GOLDEN SESAME ROASTER’

Ayamas menampilkan resepi yang cukup istimewa.

LIFESTYLE Fri, 26 Jul 2019

4 Tanda Anak Mula Jadi ‘Bos’ Dalam Keluarga

Pernah tak anda terfikir dan rasa semasa mereka meningkat usia, perangai dan sifat mereka seakan ‘boss’. Mana taknya, semua barang atau kehendak mereka mesti kita akan turuti jika tidak mereka akan buat perangai atau mengamuk. […]

| Live TV