LIFESTYLE By: SGMS Faida April 17, 2018 @ 8:38am

Pencarian Wanita Melayu Paling Menawan 28 April ini!

Pencarian Ikon Wanita Melayu diteruskan untuk musim kelima pada tahun ini! Sesi ujibakat  pertama telah diadakan pada 7 April di Plaza Shah Alam yang menyaksikan ratusan wanita melayu datang mempertaruhkan bakat dan rupa untuk merebut gelaran Ikon Wanita Melayu 2018.

Bertepatan dalam usaha memperkasakan kaum wanita, program ini menggunakan tagline rasmi iaitu ‘Malay Girls Rule’ yang digunakan sepanjang misi pencarian ikon wanita berjalan.

Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini manakala 12 finalis bakal berentap di pentas akhir.

Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.

Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.

Jadi pada korang di luar sana, jangan lupa ke Plaza Shah Alam pada 28 April untuk acara kemuncak pencarian Ikon Wanita Melayu 2018 bermula jam 2 hingga 5 petang.

Program ini turut mendapat tajaan daripada Habib Jewels selaku penaja utama Bersama Ice Watch. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 28 Oct 2018

Harmonikan Rumah Anda Bersama IKEA

Wow! Semuanya pasti rambang mata dengan barang-barang ikea kan?

Fab Foodies! Sun, 30 Dec 2018

Maksud Kolestrol Tinggi Dalam Badan

Kolesterol mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Andai kata tekanan darah menjadi terlalu tinggi, ia menjadi bahaya dan berisiko

LIFESTYLE Sat, 17 Aug 2019

Waa… Sekarang Boleh Riadah Di Stadium Bukit Jalil Hujung Minggu

Untungnya siapa yang duduk berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil

LIFESTYLE Thu, 4 Oct 2018

Ismail, Fatimah Pilihan Nama Paling Popular Di Malaysia

Nama yang paling panjang tercatat untuk tahun lalu iaitu Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian.

LIFESTYLE Wed, 18 Jul 2018

8 Cara Menghapuskan Lemak Perut Yang Boroi

Perut boroi antara yang mencacatkan keterampilan individu dimana perlu cari jalan untuk mengelakkannya

LIFESTYLE Thu, 28 Feb 2019

搭机安检不卡关!不只高筒靴「这5类」衣物安检时千万别穿

每次搭机出国,拿到机票托运完行李之后,第一个关卡遇到的就是机场安检。到底要怎么才能快速通过安检呢?

Fab Foodies! Fri, 21 Sep 2018

减肥不必受苦 红酒也能燃烧脂肪?

有人说「睡前喝杯红酒有助于入眠」,也有人说「喝红酒可抗老化」,所以,红酒在多数民众的观念里,是有益健康的,但真的是如此吗?

LIFESTYLE Wed, 28 Nov 2018

Peminjam PTPTN…Ini Mungkin Berita Baik Buat Anda!

Bagi peminjam di bawah kategori RM2,000 – RM2,500 yang sudah pun memulakan pembayaran balik, Maszlee berkata, mereka juga boleh melakukan penstrukturan semula mengikut kadar baharu itu.

Events Fri, 6 Jul 2018

Gelombang Haba Serang Kanada

Kebanyakan mangsa di bandar itu adalah lelaki berusia antara 53 hingga 85 yang tinggal di kawasan terdedah dan tanpa akses kepada penghawa dingin.

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019

| Live TV