LIFESTYLE By: SGMS Enal July 18, 2019 @ 4:57pm

Orang Ramai Jangan Usik Bekas Hitam Ni

Demam denggi merupakan satu penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Oleh itu, kita seringkali diingatkan untuk sentiasa memastikan persekitaran kita bersih dari menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes pembawa virus tersebut.

Peranan menjaga kebersihan persekitaran adalah kewajipan setiap daripada kita sebagai ahli masyarakat bagi sama-sama memastikan setiap individu dan anak-anak di komuniti kejiranan kita selamat dari virus itu.

Bagi peringkat kerajaan pula, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Program Kawalan Denggi terbaru melalui projek Aedes berWolbachia di beberapa kawasan terlibat yang mempunyai risiko denggi yang tinggi.

Program ini menggunakan nyamuk yang dijangkiti bakteria Wolbachia untuk menggantikan populasi nyamuk Aedes pembawa denggi, Zika dan Chikungunya di kawasan penempatan manusia.

Bakteria ini boleh didapati secara semulajadi dalam badan serangga termasuk nyamuk betina yang kemudiannya mewariskannya kepada anak nyamuk.

Wolbachia telah digunakan di sembilan buah negara untuk mengurangkan penyebaran penyakit. Strategi ini melibatkan pelepasan nyamuk Aedes jantan dan betina yang membawa bakteria selama 15 minggu ke lokasi terlibat.

Nyamuk-nyamuk ini akan mengawan dengan nyamuk lain yang tidak dijangkiti seterusnya menyebarkan bakteria Wolbachia kepada populasi tersebut seterusnya menyebabkan situasi berikut;

1. Apabila nyamuk berWolbachia jantan mengahwini nyamuk betina normal, ia boleh bertelur tetapi telur tersebut tidak akan menetas kerana ketidakcocokan sitoplasmik (Incompatibility Cytoplasmic).

2. Apabila pasangan nyamuk kedua-duanya dijangkiti Wolbachia, nyamuk betina akan mampu bertelur dan menetaskan anak nyamuk, namun generasi nyamuk itu akan menjadi pembawa Wolbachia. Virus lain seperti denggi dan Zika tidak akan dapat menjangkiti nyamuk pembawa kerana gangguan patogen (Pathogen Interference)

Selain itu, semburan kabus tetap boleh dijalankan seperti biasa sebelum dan semasa tempoh pelepasan. Apabila bakteria tersebut telah menjangkiti populasi nyamuk, ia akan terus berada di dalam kelompok berkenaan dalam tempoh masa yang lama.

Cara ini dikatakan merupakan cara kawalan bio yang selamat, semulajadi dan efektif untuk mengurangkan denggi, Zika dan Chikungunya tanpa melibatkan pengubahsuaian genetik.

“Strategi guna nyamuk untuk bunuh nyamuk untuk selamatkan spesies manusia”

Program ini akan dikenalkan ke tempat-tempat lain menjelang September.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Wolbachia Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 6 Oct 2019

Pneumokokal Boleh Ragut Nyawa Bayi?

Ramai Tak Sedar Kepentingan Suntikan Vaksin Pneumokokal

LIFESTYLE Fri, 22 Dec 2017

Sebab Elakkan Makanan Warna-Warni Untuk Kucing

Elakkan Makanan Warna-Warni Untuk Kucing, Mungkin Berisiko Menghidap Penyakit Batu Karang

LIFESTYLE Mon, 27 Nov 2017

Tanda-Tanda Awal Anak Autism Atau Tidak Usia 2-3Tahun

Mencegah lagi baik dari merawat, lebih baik ketahui sewaktu usia bayi kecil lagi agak dapat memberi rawatan dan bantuan yang sepatutnya

LIFESTYLE Thu, 16 Jan 2020

Cara- Cara Untuk Kempiskan Perut

Boroi atau buncit !!! Ini adalah yang paling dielakkan tidak kira perempuan mahupun lelaki. Mulalah kita menjaga makanan dan juga membuat senaman tetapi masih dalam keadaan yang sama. Apa kata jom cuba cara ini manalah […]

Fab Foodies! Mon, 14 Oct 2019

Jom Makan and Medan Selera; Resorts World Genting’s New Halal-Certified Food Court!

Choices abound at Jom Makan and Medan Selera dedicated halal food court

FESYEN Thu, 9 Aug 2018

Meriah! KLFW 2018 Penuh Warna

Alami kehangatan KLFW dengan pelbagai jenama yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata!

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

7 Interactive-Artsy Places to Visit Around Klang Valley

Dates or weekends will be even better!

Fab Foodies! Mon, 22 Jul 2019

暴饮暴食纾压!英研究:收入低容易胖

「肥胖」和收入有关系吗?

FESYEN Thu, 21 Nov 2019
Events Thu, 10 Oct 2019

| Live TV