FESYEN By: SGMS Faida June 17, 2019 @ 12:37pm

Norish Kareem Sedia Peluang Pereka Tempatan Menyinar Di London

Pengasas jenama fesyen yang kini berpangkalan di kota London, Norish Kareem berhasrat membawa lebih ramai pereka fesyen tempatan untuk mengetengahkan jenama mereka di mata dunia

Menurut beliau, agak sukar untuk sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa namun dengan platform tepat, impian itu mampu direalisasikan.

“ Saya pernah merasai sendiri apabila jenama saya sukar diperkenalkan di peringkat antarabangsa. Di sini peranan saya untuk membantu pereka tempatan untuk memperkenalkan jenama mereka di kota London sempena Norish Kareem Fashion Week (NKFW) nanti.

“ Saya memberi keutamaan kepada pereka Malaysia yang berhasrat terbang jauh membawa jenama mereka ke peringkat Global dan yakin terhadap jenama mereka. Ini masanya,” katanya.

Norih Kareem yang merupakan pengasas kepada Norish Kareem Couture dan Norish Kareem Cosmetics bakal menganjurkan Norish Kareem Fashion Week (NKFW) pada September ini di tengah kota London.

Difahamkan, beberapa pereka fesyen telah bersetuju menyertai pertunjukan itu nanti antaranya Mw by Mimi Wahedah, Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co, Ummiriaz International dan beberapa pereka lain dari dalam dan luar negara.

Pertunjukan fesyen antarabangsa ini merupakan kolaborasi bersama dengan rakan strategik iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Acara pertunjukan fesyen ini dijangka diadakan di tengah kota London yang bakal dihadiri oleh pengiat fesyen dari seluruh negara.

Lebih istimewa, ini merupakan pertunjukan sulung yang dianjurkan oleh pihak Norish Kareem.

“ Kami berharap ia akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak. Pentas fesyen ini bakal mengetengahkan pereka dari Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fesyen antarabangsa,” kata Norish.

Dalam masa sama, Norish Kareem juga menyediakan ruangan berniaga di butik Norish Kareem London untuk pereka yang ingin mempamerkan jenama mereka di sana.

NKFW juga dijangka ‘mengegarkan’ bandar Doha, Qatar pada November depan dengan kolaborasi bersama pihak agensi kerajaan Qatar.

Pereka-pereka fesyen yang berminat menyertai acara ini boleh menghubungi pihak penganjur di [email protected].

Website : www.norishkareem.com

Ig : norishkareemlondon_official

Ig : norishkareemfashionweek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dah Sampai Seru…Syazwan Zulkifly Bertunang 31 Ogos Ini!

Sudah sampai seru, buat apa perlu tangguh kan?

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
LIFESTYLE Sat, 24 Feb 2018

过年吃太多爆肥?不用怕让「最帅数学老师」过招给你

过年吃了太多,全身的肉都变的好「团结」吗?我们请出「最帅数学老师」彼得博塞利(Pietro Boselli)来当教练,快点动起来吧!

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Siapa Artis Paling Banyak Ijazah Akademik?

Hebat, tahniah Soo Wincci!

LIFESTYLE Sat, 3 Nov 2018

Jangan Minum Sejuk Atau Makan Ais Krim Ketika Batuk?

Kenapa Orang Tua Selalu Pesan Jangan Minum Sejuk Atau Makan Ais Krim Ketika Batuk? Ini Jawapannya

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tak Sangka Pengacara TV3 Ini Kini Hangat Bercinta

Menerusi laman instagram milik Safawi Rasid, beliau mengakui kini dirinya itu sedang rapat dan personaliti TV3 ini

| Live TV