LIFESTYLE By: SGMS Faida June 5, 2018 @ 4:25am

Lebih Ramai Pasangan Bercerai Disebabkan Alasan Tak Masuk Akal!

Aduhai… pelik-pelik puncanya tetapi itu realiti yang melanda di Terengganu. Ketua Hakim Syarie Negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pelbagai punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan pasangan berkahwin di negeri itu.

Tambah beliau, kes penceraian yang diterima kebanyakannya melibatkan kes tidak masuk akal atau hal yang tidak wajar.

” Pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal namun itulah realiti yang berlaku di kalangan suami isteri yang gagal mempertahankan perkahwinan mereka di negeri ini,” katanya kepada BH Online.

Wan Mohd Zakri berkata, antara kes terbaru yang dilaporkan ialah perceraian membabitkan suami isteri di atas motosikal.

” Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

“Jika diikutkan hal demikian hanya hal kecil dan boleh dibawa berbincang namun perpisahan tetap berlaku kerana kedua-duanya tidak sabar dan cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga termasuk anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihaknya akan meneliti medium terbaik bagi menangani masalah perceraian yang berlaku di negeri itu.

“Sehingga kini kes perceraian di negeri ini pada tahap sederhana namun usaha untuk membendungnya akan diperkasakan supaya statistik yang direkodkan dapat dikurangkan.

“Pelbagai masalah timbul akibat perceraian termasuk kegagalan bekas suami memberi nafkah yang akhirnya anak-anak menjadi mangsa.

“Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) menyediakan Bantuan Pendahuluan Nafkah (BPN) untuk membantu ibu tunggal menampung perbelanjaan keluarganya sementara kes tuntutan nafkah di mahkamah sedang berjalan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 2 Sep 2019

Siapa Kat Sini Yang Suka Sangat Makan? Jom Ke Lokasi Ini!

Orang JB, jom ramai-ramai ke plaza Angsana Johor Bahru bermula 6-8 September!

Fab Foodies! Thu, 28 Jun 2018

Jangan Bazir Makanan, Alam Flora Kutip 22,000 Tan Sisa Makanan!

Tabiat pembaziran semasa menghadiri majlis rumah terbuka dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

LIFESTYLE Sat, 29 Sep 2018

Jimatkan Perbelanjaan Bulanan Keluarga

Sebelum anda bertindak menyalahkan mana-mana pihak, apa kata perhatikan gaya hidup anda dahulu. Mungkin terdapat perbelajaan bulanan ada yang agak berlebihan.

LIFESTYLE Tue, 10 Sep 2019

Kongsi Kajian Saintis Gambar Scan Paru-Paru Akibat Hisap Vape

Takut juga bila di linat peparu selepas di scan

LIFESTYLE Sun, 24 Jun 2018

6个保养「丹宁」的方法 一年洗二次就够了!

丹宁搭配应该是史上最不退流行又能再次创新的单品,每个人都有丹宁配件,但是你真的了解丹宁吗?

LIFESTYLE Sat, 31 Aug 2019

Tanda-Tanda Anak Terkena Jangkitan Pada Pernafasan

Jangan Tunggu. Kerja anda tak penting. Hidup anak anda lagi penting!

Events Thu, 23 Jan 2020

Reasons Why You Should Go To Sunway Lagoon On This Chinese New Year

Nothing is better than spending a quality time with family and friends on this new year!

LIFESTYLE Mon, 26 Aug 2019

Suami Juga Boleh Nusyuz, Tanpa Sedar!

Ingatkan isteri saja yang nusyuz rupanya suami pun boleh juga

LIFESTYLE Tue, 16 Jan 2018

Cara Hasilkan Telur Masin Di Rumah Dengan Menggunakan Telur Ayam

Menerusi perkongsian Are Peace, dalam laman Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), anda boleh membuat telur masin di rumah tanpa memperlukan kos yang tinggi. Tidak hanya menggunakan telur itik, anda juga boleh menggunakan telur ayam. Telur masin ini sedap […]

Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019

| Live TV