LIFESTYLE By: SGMS Enal November 30, 2019 @ 11:44am

Kenapa Wujud Tanda Lahir ‘Port Wine Stain’ Pada Tubuh Anak?

Pasti ada ibu bapa yang risau apabila melihat tanda lahir bayi. Adakah ia akan hilang, adakah ia menunjukkan masalah lain atau adakah si kecil akan dapat menerima tanda tersebut apabila mereka besar nanti?

Soalan-soalan ini pastinya pernah muncul dalam fikiran ibu bapa tatkala menyedari kewujudan tanda lahir berkenaan. Antara tanda lahir yang sering dilihat adalah jenis port wine stain. 

Mari kita baca penjelasan mengenai tanda lahir berkenaan oleh Hello Doktor.

Apakah tanda lahir port wine stain?

Secara umumnya, terdapat dua jenis utama tanda lahir iaitu:

Tanda lahir berpigmen: Ia terjadi akibat pigmen yang berlebihan di kawasan kulit tersebut. Kebiasaannya berwarna gelap seperti tahi lalat.

Tanda lahir vaskular: Ia terjadi akibat saluran darah yang terkumpul di bawah kulit. Kebiasaannya berwarna kemerahan atau merah jambu.

Tanda lahir port wine stain atau nevus flameus merupakan sejenis tanda lahir vaskular. Ia berwarna seakan-akan merah jambu atau ungu gelap. Biasanya, ia akan terjadi pada kawasan muka, kepala, leher, tangan atau kaki. Pun begitu, ia masih boleh terjadi pada anggota badan yang lain.

Apakah punca ia terjadi?

Tanda lahir ini bukanlah berpunca daripada faktor genetik atau keturunan kerana ia akan berlaku secara rawak pada bayi yang tertentu.

Punca sebenar ia terjadi adalah terdapat saluran darah di suatu kawasan kulit yang sempit lalu mengakibatkan darah terkumpul di bawah kulit. Kumpulan darah inilah yang menyebabkan kawasan permukaan kulit tersebut bertukar warna seakan merah jambu atau ungu gelap.

Kredit: Knoxville Dermatology Group

Adakah ia berbahaya?

Sebenarnya, tanda lahir ini tidak mendatangkan sebarang bahaya atau mudarat kepada bayi anda. Namun begitu, ia mungkin merupakan tanda bayi anda mempunyai kondisi kesihatan seperti sindrom ‘Sturge-Weber’ atau ‘Klippel-Trenaunay’ yang berbahaya kepada tumbesaran bayi anda.

Sebaiknya, bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai perkara ini.

Perkara yang paling perlu dikuatiri oleh ibu bapa adalah tanda lahir ini mungkin akan membuat penampilan mereka lain daripada yang lain lalu menggugat keyakinan diri mereka, terutamanya ketika menjangkau usia remaja.

Adakah ia akan hilang dengan sendiri?

Hakikatnya, tanda lahir ini adalah bersifat kekal dan tiada rawatan atau ubatan yang boleh digunapakai untuk menghilangkannya. Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan prosedur laser khas yang boleh memudarkan warna tanda lahir pada bayi mereka bagi tujuan kosmetik.

Namun begitu, ibu bapa seharusnya terus menyemai keyakinan dalam diri anak anda sekiranya mereka mengalami tanda lahir ini. Beritahu mereka bahawa tanda lahir ini bukanlah satu kecacatan atau kelainan daripada individu lain sebaliknya satu keunikan yang tidak semua individu berpeluang mengalaminya.

Kalau kita perhatikan ibu bapa di negara-negara barat, ramai antara mereka yang bersifat terbuka dan menyemai keyakinan dalam diri anak-anak yang mengalami kondisi unik. Hasilnya, anak-anak lebih yakin diri dan mampu menjalani hidup dengan baik bahkan menjadi inspirasi kepada orang lain seperti model ini.

Sumber: webmd & Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 29 Nov 2017

人体内竟然隐藏了这么多毒素怎么办?

近年来,食品安全问题一直危害着我们的生活,你还觉得这跟你的健康无关吗?而体内隐藏的毒素,又该怎么办呢?

LIFESTYLE Thu, 17 Oct 2019

Model Victoria’s Secret Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia

Bella Hadid adalah pemenang yang jelas apabila semua unsur wajah diukur untuk kesempurnaan fizikal

LIFESTYLE Tue, 9 Oct 2018

Senarai Lima ‘Benda’ Yang Mudah Hilang Di Rumah

Nampak Remeh Tapi Perkara Ini Memang Sering Terjadi, Lihat Senarai Lima ‘Benda’ Yang Mudah Hilang Di Rumah

LIFESTYLE Wed, 5 Sep 2018

做事总是提不起劲?或许你该找朋友聚聚了

生活向来不是件容易的事,太多事情需要考虑、面对,今天就和奥斯一起来看看,目前你的内心状态如何吧!

LIFESTYLE Tue, 16 Oct 2018
LIFESTYLE Thu, 26 Apr 2018

Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Perlu Didahulukan?

Siapa yang patut didahulukan Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Perlu Didahulukan?

LIFESTYLE Mon, 5 Feb 2018

‘BANGKIT’ LEPAS JATUH, WANITA INI NEKAD KEMBALI KE DAPUR

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan sesuai untuk wanita berasal dari Singapura ini. Ujian demi ujian dilalui apabila bisnes pengurusan konferens yang diusahakan bersama rakan niaganya ‘lingkup’ di tengah jalan. Lebih perit, beliau dibebani dengan […]

Fab Foodies! Sat, 12 Oct 2019

Gula Sebenarnya Penyebab Gout Juga!

Ramai Ingat Daging Je, Ramai Yang Tak Tahu Gula Pun Ya !

LIFESTYLE Sat, 7 Sep 2019

Beza Jemur Kain Guna Matahari Dengan Mesin Pengering?

Pilihlah yang mana asalkan ianya selesa dan kering sepenuhnya

LIFESTYLE Thu, 14 Mar 2019

单身必看!未来半年的桃花运势

说上桃花,大概是单身朋友都挺引颈期盼的,每每想谈上感情,却老找不到对象。

| Live TV