LIFESTYLE By: SGMS Enal November 10, 2018 @ 10:03am

Kenali 4 Kategori Jerawat Yang Menghantui Anda

Kulit berjerawat merupakan masalah yang menghantui hampir 80 peratus rakyat Malaysia. Malahan, masalah kulit muka ini adalah masalah yang lazimnya dihadapi oleh setiap individu seantero dunia.

Mari kita sama-sama mengenali jenis-jenis jerawat dalam usaha kita untuk mengatasi masalah kulit muka.

1. Jerawat biasa.

Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

blackhead pada hidung

Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.

whitehead pada muka
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.
Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.

pustular-psoriasis
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris

nodule atau jerawat batu

Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.

sista atau cyst

Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

 

3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea

apa itu rosacea

– Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.

4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)

Acne Conblongata

acne-vulgaris

– Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.

Acne Fulminans

Acne-fulminans

– Masalah kulit ini akan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.

Gram-Negative Folliculitis

gram-negative-folliculitis

– diakiatkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.

Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)

rosacea-fulminans

– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.

sumber : mamalink

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 4 Oct 2018

Pakcoy Adik Beradik Sawi Ke?

Pak Coy satu sayuran dari keluarga sawi yang berasal dari China, yang membezakan dengan sawi

LIFESTYLE Fri, 13 Sep 2019

Lobster Dua Ton Warna Yang Sangat ‘Rare’

Untungnya dapat temui lobster yang ada 2 ton warna

Fab Foodies! Tue, 23 Apr 2019

Feel Refreshed with These 3 New Blended Drinks this Summer

It’s getting really hot these days so why not beat the heat with some cool drinks.

Fab Foodies! Tue, 1 Oct 2019

吃早餐有禁忌!早上3大地雷食物最不该碰

早餐是一天里最重要的一餐,吃得好不仅能唤醒人体的新陈代谢,也能开启活力来源;然早餐不是有吃就好,若选错不仅造成肥胖,还可能搞坏肠胃!

Fab Foodies! Tue, 12 Mar 2019
LIFESTYLE Mon, 1 Jul 2019

Dua Peluncur Malaysia Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Phuket Surf Fest 2019

Mereka adalah Mohd Daud, 29, Didaqt Musaddiq 24, Suhaimi Hassan 24, Nazrin Nasaruddin 25, dan Mona Rasidah 35.

LIFESTYLE Mon, 8 Apr 2019

晚上睡多久决定你活多久~你熬的不是夜是命!

有科学研究表明,晚上睡多久跟死亡率有直接的相关;不是危言耸听,而是语重心长的提醒你:你熬的不是夜,熬的是「命」!

LIFESTYLE Tue, 27 Feb 2018

12星座「最讨厌的事」

身边总是有些人时不时的踩你的底线,又或者是一个小举动就可能让你断了理智线?只能说每个人讨厌的事情不一样,而你又是什么呢?

| Live TV