LIFESTYLE By: SGMS Enal January 20, 2020 @ 11:07am

Insomnia Akibat Makan Roti Putih?

Saintis di New York City mencadangkan bahawa pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan tahap gula dalam darah naik dengan tinggi sehingga mengakibatkan badan melepaskan hormon punca seseorang individu itu sukar tidur. Turut dipercayai bahawa individu wanita lebih berusia yang makan makanan bergula dan roti putih akan cenderung mengalami insomnia.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition ini telah mengkaji buku harian makanan bagi lebih daripada 50,000 individu wanita pertengahan usia 60-an. Responden wanita yang terlibat dalam kajian ini telah melalui proses menopaus dan tahap indeks glisemik diet mereka telah dicatatkan oleh saintis.

Pengukuran indeks glisemik diet ini akan mengukur kesan makanan kepada gula dalam darah seseorang individu. Ini kerana makanan tinggi lemak atau protein mempunyai kandungan indeks glisemik lebih rendah berbanding makanan tinggi karbohidrat dan gula, yang akan mengakibatkan peningkatan tahap gula dalam darah.

Analisis penyelidikan

Analisis catatan dalam buku harian yang dilakukan mendedahkan pengambilan bijirin yang diproses dan gula dikaitkan dengan keadaan tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini juga dikaitkan dengan timbulnya keinginan untuk makan dengan lebih banyak, sekali gus turut akan memberikan kesan terhadap badan.

Berdasarkan kajian mendapati wanita dengan skor indeks glisemik diet tertinggi adalah 11 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami insomnia berbanding individu wanita yang mempunyai tahap skor indeks yang paling rendah.

Selain itu, responden wanita yang terlibat dalam kajian ini juga adalah 16 peratus lebih berkemungkinan untuk membangunkan masalah insomnia dalam tempoh susulan kajian jika mereka mengambil terlalu banyak makanan tinggi kandungan gula.

Individu wanita yang diet pemakanannya melibatkan pengambilan sayur-sayuran, serat dan buah-buahan (bukan jus) adalah sangat tidak berkemungkinan untuk mengalami insomia atau mengembangkan risiko untuk membangunkannya.

Walaupun buah-buahan, secara umumnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Namun, buah-buahan juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu mengurangkan peningkatan gula dalam darah. Keadaan ini sekali gus menjadikan ia sebagai makanan rendah indeks glisemik.

Hasil kajian

Menurut pengarang utama kajian, merangkap pakar psikiatri di Columbia University, Dr James Gangwisch, “Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan membuktikan pemilihan dan pengambilan diet pemakanan tertentu adalah penting kepada individu yang mempunyai masalah insomnia.”

”Maka, jika seseorang ingin menghindari daripada berdepan dengan masalah insomnia, mereka perlu mengelakkan pengambilan makanan bergula serta mengawal berat badan,” ujar Dr James lagi.

Tindak balas badan

Walaupun kajian ini tidak menjelaskan mengapa pengambilan gula dan makanan karbohidrat diproses seperti roti putih, kek, pastri dan pasta boleh memberikan kesan terhadap kuantiti tidur seseorang, namun Dr James mempercayai perubahan hormon akibat pengambilan makanan tersebut boleh menjadi faktor mendasari.

Dr James menjelaskan, “Apabila gula dalam darah naik secara mendadak, badan anda akan bertindak balas dengan melepaskan insulin. Situasi ini akan menyebabkan penurunan gula dalam darah, sekali gus mengakibatkan pelepasan hormon seperti adrenalin dan kortisol. Hormon-hormon tersebut boleh mengganggu tidur.

Apa kata pakar?

Seorang penyelidik dari Tufts University di Boston yang tidak terlibat dengan penyelidikan ini, Dr Jose Ordovas berkata, “Kesan yang berlaku mungkin sebaliknya.”

Beliau berpendapat bahawa, wanita yang tidak dapat tidur akan cenderung untuk berdepan dengan diet yang tidak sihat. Ini kerana keletihan yang dialami akan meningkatkan pengambilan makanan ringan.

”Menggunakan kajian ini sebagai asas kepada pencegarah dan rawatan insomnia adalah sangat tidak kukuh,” ujar Dr Jose.

Selalunya doktor akan menyarankan diet rendah glisemik kepada individu yang perlu menurunkan atau mengawal kadar gula dalam darah mereka. Ini termasuk mereka yang menghidap diabetes, perlu menurunkan berat badan ataupun membangunkan tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat.

”Untuk mendapatkan tidur yang lebih baik mungkin boleh dijadikan sebab lain untuk mengamalkan pemakanan rendah glisemik. Selain itu mesej utama dalam kajian ini adalah untuk menghadkan pengambilan karbohidrat diproses seperti roti putih dan gula tambahan yang berisiko untuk membangunkan atau memburukkan lagi insomnia,”  ujar Dr Jose.

Insomnia adalah satu keadaan biasa yang mempengaruhi tidur anda dan ia boleh berlaku kepada sesiapa. Walau jika keadaan yang anda hadapi semakin kronik, pastikan anda mendapatkan bantuan profesional.

Sumber :  Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 8 May 2019

Get Flight Tickets to Seoul, Tokyo, Hong Kong & More From as Low as MYR0!

It’s a limited time sale starting 8 to 10 May 2019!

LIFESTYLE Thu, 10 Oct 2019

勇闯恐怖之城!入夜后的双威主题乐园等你来挑战

连续举办7年的Nights of Fright(恐怖之夜)又回来啦!

Events Fri, 12 Jul 2019

‘Happy Birthday’-Kejutan Agong Buat Tun M, Isteri Di Istana Negara

Selamat Hari Jadi, Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah. Semoga terus sihat, Amin!

LIFESTYLE Sun, 10 Mar 2019

Jalan Kaki Seminggu Sekali Bantu Mengurangkan Risiko Kematian

kematian dapat dikurangkan dengan berjalan kaki sekali atau dua minggu sekali untuk mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, strok dan kanser

Fab Foodies! Mon, 2 Apr 2018

Petua Kempis Perut Untuk Anda Yang Bersalin Ceaser

Bagaimana ingin menurunkan berat badan atau pun perut menjadi kempis. Ini kami kongsikan untuk anda dimana dalam 2 minggu sudah nampak kesannya. Pecahkan lemak degil yang ada dalam badan 

Fab Foodies! Tue, 9 Jan 2018

爱吃这十种食物的人「少生病,易长寿」

健康长寿该怎么吃?长寿老人的饮食吃什么?养生学家和营养学家在大量调查中发现,长寿老人的日常饮食有十大爱好。

LIFESTYLE Wed, 27 Nov 2019

马来西亚人对独自旅行既爱又恨!

从前人们去旅行总是三五成群,但近年来越来越多人开始独自旅行,以享受独处时光……

LIFESTYLE Tue, 24 Sep 2019

Mana Ada Majikan Pilih Pekerja Berorientasikan Kaum

Laman sosial terutama Facebook dikatakan menyebar informasi sebegini

Events Fri, 24 Aug 2018

Mujahid Puji Usaha Tabung Haji Mengendali Jemaah Haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sehingga kelmarin hanya 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia berbanding keseluruhan musim haji tahun lalu yang mencatatkan 25 kematian.

LIFESTYLE Sat, 13 Jan 2018

Kongsi Langkah Kurangkan ‘Morning Sickness’

Tips Untuk Ibu Hamil , Doktor Kongsi Langkah Kurangkan ‘Morning Sickness’

| Live TV