LIFESTYLE By: SGMS Enal December 11, 2017 @ 4:17pm

Elak Tidur Waktu Malam Dengan Lampu Terbuka

Buka lampu atau tutup lampu ketika tidur?

Soalan tersebut diajukan bertujuan untuk menilai sama ada anda berada dalam golongan yang berisiko menghidapi penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh para saintis walaupun tidak dapat disahkan sepenuh namun mendapati adanya perkaitan antara cahaya lampu dengan penyakit kanser.

Cahaya lampu yang dimaksudkan disini termasuklah cahaya daripada gajet anda seperti telefon pintar dan tablet. Televisyen juga diambil kira. Betulkan, ada yang tidak boleh tidur lena jika tidak membelek terlebih dahulu telefon masing-masing atau menonton televisyen.. Namun tidak ramai yang tahu bahawa cahaya tiruan yang dipancarkan oleh gajet kita sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan.

.

 

Tetapi ia bukan bermakna anda tidak boleh langsung menyentuh gajet anda pada waktu malam ataupun sebelum tidur, namun pakar menyarankan anda menghentikan semua aktiviti anda bersama gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang berkualiti dan menjaga kesihatan anda.

Kenapa tak boleh tidur dalam keadaan lampu terbuka? Untuk menjawab soalan ini dan memahami kenapa pendedahan kronik cahaya lampu pada waktu malam adalah tidak sihat, kita perlu melihat bagaimana manusia di masa lampau tidur pada waktu malam sebelum terciptanya teknologi lampu.

Manusia pada zaman lampau hanya bergantung kepada cahaya semula jadi matahari pada waktu siang dan cahaya bulan pada waktu malam untuk menjalankan sebarang aktiviti. Hanya dua cahaya ini sahajalah yang mampu memainkan peranan sebagai penstabil kepada circadian rhythmicity, iaitu perubahan fizikal, mental dan tingkahlaku berdasarkan peredaran waktu harian dan ia bertindak balas terhadap cahaya dan kegelapan dalam sesuatu persekitaran. Dan contoh kepada circadian rhythmicity adalah kita berjaga pada waktu siang kerana cahaya dan tidur pada waktu malam kerana gelap.

Tetapi masalahnya pada hari ini, gajet yang diguna pakai setiap hari tidak mengeluarkan cahaya seperti cahaya matahari yang mampu menstabilkan circadian rhythmicity, sebaliknya ia dihasilkan secara tiruan sama ada cahaya LED, AMOLED, LAN dan sebagainya.

Kajian juga menunjukkan bahawa tidur dengan lampu terbuka sebenarnya mampu mengurangkan kadar melatonin anda kepada 90 minit. Dan membuat ia lebih teruk adalah cahaya yang dipancarkan melalui LED contohnya pada tablet mampu mengatasi melatonin anda.
Jadi kesimpulanya, tidurlah dalam keadaan bergelap kerana selain untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik dan menjaga kesihatan anda, ia juga mampu mengurangkan penggunaan elektrik sekaligus menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 11 Jan 2018

Tips Bagimana Mahu Bawa Haiwan Peliharaan Menaiki Kapal Terbang

Bakal Berpindah Tapi Sayang Untuk Tinggalkan Kucing Peliharan? Tips Bagimana Mahu Bawa Haiwan Peliharaan Menaiki Kapal Terbang

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

变瘦靠饿肚子or狂运动?直觉选张图测「减肥是否成功」!

你认为减重是什么呢?其实对于减重印象也会影响到减重成功关键……

Fab Foodies! Thu, 3 Jan 2019

大吃甜点免惊!营养师说这「3个时间点」不长肉还抑制食欲

说到甜点应该让很多人又爱又恨,就算吃再撑还是有另一个胃,专为甜点而生;不过满足口腹之欲,又怕吃太多肥肉找上身,现在可能有解套方法……

LIFESTYLE Sun, 28 Apr 2019

Tudung Wagara Tarikan Terbaru Pelancong Muslimah Di Jepun

Wanita muslim yang melawat Kyoto, Jepun dengan rancangan untuk menyewa kimono kini boleh menikmati pengalaman dengan menyewa tudung Yarayakata

LIFESTYLE Fri, 23 Nov 2018

Petua Tradisional Hindar Bau Badan

Muka handsome tapi sayang bila angkat tangan bau badan semerbak 2 blok

Fab Foodies! Tue, 21 Aug 2018

炒饭先下料or蛋?搞懂4步骤…简单煮出「神级炒饭」

炒饭不软、不油腻主要在于煮饭的要领,饭如果煮得太软就不能炒饭。因此煮饭时……

Fab Foodies! Sat, 4 Aug 2018

鱼油预防心脏病?最新大型研究:其实没用

每天早上打开食物柜,吞一颗鱼油来预防心脏病,是广被消费者接受的「常识」,但最近一个大型综合研究表明,长期服用鱼油对预防心脏病、中风等,根本没什么帮助。

LIFESTYLE Tue, 30 Apr 2019
Fab Foodies! Fri, 31 Jan 2020

Bunga Cengkih Dapat Bantu Ketika DiSerang Gastrik

Tak salah mencuba rawatan alternatif

Fab Foodies! Thu, 7 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pai Labu Manis

Lari dari kebiasaan, hidangkan pai labu ini untuk yang tersayang…Manis, enak & labu antara makanan berkhasiat, jom cuba hari ini. Gerenti korang tak berganjak dari meja makan!

| Live TV