LIFESTYLE By: SGMS Enal August 19, 2019 @ 12:14pm

Air Sejuk Rasa Lagi ‘Sedap’ Dari Air Panas?

Air adalah satu elemen penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Menurut kajian, seorang manusia dewasa boleh hidup sehingga tiga minggu tanpa mengambil sebarang makanan tetapi tanpa air, kita hanya mampu bertahan di antara tiga hingga lima hari sahaja secara purata.

Bercakap mengenai air, pernah tak korang terfikir, kenapa biasanya air sejuk rasa lebih ‘sedap’ berbanding air suam atau panas? Tak kiralah sama ada air mineral, kopi, jus atau apa sahaja air, ia lebih sedap diminum sejuk berbanding suam atau panas.

Walaupun mempunyai rasa yang sama, kita sering memilih air sejuk. Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan ia berlaku? Mengapa air sejuk kerap menjadi pilihan?

Air Sejuk Sebenarnya ‘Kurang Rasa’

Kecuali air mineral atau air masak, deria rasa mempunyai tindak balas yang lebih kecil pada air sejuk. Ini bermakna, sekiranya air itu terlalu manis atau pahit, ia masih lagi berasa sedap untuk diminum.

Ia berbeza dengan air suam atau panas. Jika difikirkan kembali, kopi tarik biasanya berasa lebih pahit dan likat. Begitu juga dengan air limau yang rasa masamnya lebih kuat ketika dihidang suam berbanding sejuk.

Faktor Psikologi Semata-Mata

Salah satu lagi punca yang dipersetujui ramai pengkaji ialah ia hanyalah faktor psikologi semata-mata. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Yale School of Medicine mendapati, meminum air lebih kepada menghilangkan haus berbanding menghidrasi melalui tiub nasogastric.

Dalam satu contoh mudah, jumlah air yang sama banyak boleh ‘dipam masuk’ ke dalam tubuh dua lelaki berbeza, namun lelaki yang meminumnya akan berasa lebih terhidrat berbanding lelaki yang memasukkan air secara terus melalui tiub ke dalam badan. Jadi bolehlah anda tahu sekarang yang mana lagi terasa bila minum. 

Sumber: Dollar Shave ClubScienceFocusKent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 4 Sep 2018

Halia Membantu Dalam Menyembuh Penyakit

Halia biasa di gunakan dalam masakan tidak kira kaum tetapi jika dapat membantu dalam menyembuhkan beberapa penyakit kenapa tidak diamalkan

LIFESTYLE Wed, 27 Nov 2019

Orang Yang Selalu Dipeluk, Sukar Diserang Penyakit

Ia mampu merendahkan rasa tekanan dan seterusnya meningkatkan daya tahan seseorang.

Fab Foodies! Wed, 28 Mar 2018

明明超累却睡不着?多吃「5大好眠食物」一觉到天亮

生活中许多因素例如工作、压力,都可能让人睡不好,而长期失眠容易伤害身心,进而影响健康,其实,只要吃对食物,就能帮助睡眠。

LIFESTYLE Thu, 22 Feb 2018

吃火锅烧烤衣服卡味道?专家教你2招去除……

喜欢吃火锅或烤肉的你,是不是通常在吃完后会有个一个烦恼,就是发现衣服沾上味道,到底该怎么办?有专家建议,可以利用浴室蒸气熏走异味,或者用吹风机热风吹5分钟试试。

Fab Foodies! Thu, 28 Dec 2017

Mamak档不再24小时?卫生部:打造健康生活环境

为了应对马来西亚人民非传染性疾病(癌症、糖尿病等)患病率上升的趋势,马来西亚卫生部将推出13项新政策,协助建设全民健康社会,打造健康生活环境。

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019
Fab Foodies! Wed, 6 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Nasi Impit Goreng Kampung

Nasi impit direbus sehingga masak dan sejukkan, Potong mengikut citarasa anda. Tak susah pun, cepat dan lazat! Kalau ada lebihan nasi impit dalam peti korang, cuba hari ini.

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

Khai Bahar Pegang Mikrofon Terbalik, Aksi Spontan Nabil Menggeletek

Khai Bahar yang malu dengan kesilapan tersebut. Aksi itu telah berjaya menggeletek hati penonton disitu dan menjadi perbualan peminat program itu.

LIFESTYLE Wed, 20 Nov 2019

最近在哪方面会运势大发?

生活中总有运势起伏,有许多事情需要面对,你是否也会好奇接下来的运势?

| Live TV