LIFESTYLE By: SGMS Enal September 2, 2019 @ 10:14am

9 Fungsi Luar Biasa Daun Pandan Kepada Kesihatan

Daun pandan  adalah tumbuhan semula jadi yang berasal dari Asia Tenggara dan sangat popular di negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara serantaunya. Ia kebiasaannya digunakan sebagai pembalut makanan tradisional kita iaitu nasi lemak dan ayam kapitan, lauk-pauk seperti daging, ayam atau ikan sebelum dipanggang atau distim selain juga merupakan intipati utama dalam manisan seperti kek dan pau serta dalam minuman seperti air sirap.

Tahukah anda banyak khasiat daun pandan ini selain digunakan dalam masakan atau hidangan. Antaranya:

Tingkat Selera Makan

Cuba makan makanan yang berasaskan daun pandan seperti teh pandan. Dikatakan, minum minuman ini boleh meningkatkan selera makan anda. Selain itu, minum minuman ini dua kali sehari dapat juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan perut dan oral anda.

Sesuai jika selepas Bersalin/Berpantang 

Tumbuhan wangi ini mengandungi laxative yang boleh berfungsi untuk melegakan kesakitan pada kepala, telinga, dada dan arthritis. Selain itu, ia juga boleh melegakan sakit perut yang boleh jadi punca infeksi atau inflamasi. Bagi para ibu pula, pengambilan ekstraknya juga boleh membantu pemulihan selepas bersalin atau semasa berpantang.

Ada insomnia mungkin ini penawarnya

Insomnia adalah masalah kesihatan yang agak sukar untuk dikawal dan dirawat. Tambahkan tumbuhan wangi ini ke dalam masakan anda. Ia terbukti sangat bagus untuk kesihatan kita kerana ia mengandungi sebatian alkaloid yang boleh membantu memberi kesan lega terhadap tubuh badan. Disebabkan itu, ia boleh menenangkan anda lalu memudahkan anda untuk tidur dengan lena.

Sembelit ? Mungkin ini boleh bantu

Sembelit adalah salah satu daripada masalah penghadaman. Ia akan menyebabkan individu mengalami masalah untuk membuang air besar. Jika anda mengalaminya, anda boleh cuba ambil ekstrak tumbuhan wangi ini kerana ia terbukti boleh menyahtoksik tubuh badan anda sekiranya diambil secara tetap dan kerap

Kurangkan pening kepala

Pening kepala sememangnya akan mengganggu aktiviti harian anda. Jika anda kerap mengalaminya, cuba masukkan tumbuhan wangi ini ke dalam makanan atau minuman anda seperti di dalam air sirap atau nasi. Ini kerana ia boleh dijadikan alternatif kepada ubat yang mungkin mempunyai kesan sampingan yang negatif kepada tubuh badan anda.

Kawal penyakit diabetes

Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan penghasilan insulin dalam tubuh badan yang berfungsi untuk menyerap glukosa. Ini akan menyebabkan ekstrak glukosa yang tidak dapat diserap ini terkumpul dalam saluran darah jika tidak dirawat dengan segera. Salah satu rawatan diabetes adalah menggantikan gula dengan daun pandan apabila membuat air. Tumbuhan wangi ini akan membuat minuman anda lebih segar dan lebih rasa tanpa menggunakan gula.

Kurangkan demam dan selesema

Demam dan selesema adalah petanda tubuh badan kita sedang melawan sesuatu infeksi. Individu yang mengalami penyakit ini biasanya juga akan mengalami pertambahan suhu badan yang langsung akan mengakibatkan ketidakselasaan. Untuk mengurangkan demam ini, anda boleh menggunakan khasiat tumbuhan wangi ini. Caranya, hanya rebuskannya di dalam air untuk mendapatkan ekstraknya kemudian meminumnya. Jika diambil secara kerap, ia mungkin akan membantu anda merendahkan suhu tubuh badan anda.

Merawat stres dan kegelisahan

Daun pandan juga sebenarnya bermanfaat untuk merawat masalah berkaitan mental iaitu stres dan kegelisahan. Individu mungkin akan mengalami kegelisahan jika sedang berdepan dengan situasi yang anda tidak suka seperti bercakap di hadapan orang ramai atau sebagainya. Dikatakan, pengambilan tumbuhan wangi ini yang telah dibrukan dan dicampurkan bersama air suam boleh membantu merawat masalah ini. Ambil ia 2 atau 3 kali sehari sehingga anda mula berasa lega.

 Membantu mencegah kanser

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2014, ekstrak daripada akar dan daun pandan mengandungi cytotoxicantimioticantiproliferative dan apoptotic. Ini menjadikan tumbuhan wangi ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai terapi kanser, sesuai dengan penggunaannya secara tradisi buat masa yang sangat lama. Jadi, ia mungkin membantu dalam mencegah kanser kerana ia sangat efektif dalam melawan kanser.

Tidak salah anda mencubanya kerana ia sendiri adalah herba semula jadi, bukan?

Sumber : Ahmad Farid/Hello Doktor

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 16 Jul 2019

Kerana Orang Ketiga Punca Kes Cerai Beribu DiMalaysia

Antara penyebab cerai adalah tiada persefahaman antara pasangan, masalah kewangan dan kewujudan orang ketiga termasuk mentua.

LIFESTYLE Sat, 23 Feb 2019

你洗澡洗「对」了吗?

洗澡是日常生活中、每天都要做的事情之一,但你知道什么时候洗澡最合适吗?

LIFESTYLE Sat, 18 Aug 2018

Penyebab Uban Tumbuh Di Rambut

Rambut uban tidak tumbuh dengan sendirinya , Rambut hitam yang berada dikepala sebenarnya yang berubah menjadi lebih putih

LIFESTYLE Mon, 29 Apr 2019
Events Tue, 22 May 2018

Air Mata Jatuh Disebabkan Skandal 1MDB

Niat saya bukan untuk balas dendam tetapi demi negara dan memulangkan wang rakyat mengikut lunas undang-undang…

LIFESTYLE Wed, 14 Mar 2018

此生必备!这3大暖星座=超级好朋友

人的一生中,来来去去的人很多,尤其随着大学毕业踏入职场后,你会发现,满溢快乐与悲伤的情绪却没人能分享吗?正所谓「朋友重质不重量」,知心的朋友有几个,胜过酒肉朋友一大票,但怎么知道哪些人能有福同享、有难同当呢?

LIFESTYLE Sun, 22 Dec 2019

Finding The Right Skincare for Asian-Sensitive Skin Is the Toughest Thing To Do!

Apparently for Asians who have sensitive skin, we need a special formulation that fits our weather.

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Looking For The Tips To Buy A House? Catch This New TV Series ‘Misi Rumah Impian’ On TV3

Looking for the ultimate 101 guide on buying a house? Watch this!

Fab Foodies! Tue, 22 Oct 2019

Nikmati Makan Malam Bertemakan Makanan Tradisional Cina Terbaik Di Genting Highlands!

Menarik menu di Restoran dan Bar FUHU ni. Apa lagi guys, try lah!

Fab Foodies! Sat, 26 May 2018

百香果:缓解便秘的好帮手

百香果,不仅含有丰富的维生素而且浓郁的果香,酸酸甜甜的味道,都让吃客们无不喜欢。但针对百香果,又有什么好处和禁忌呢?

| Live TV