Fab Foodies! By: SGMS Enal December 23, 2018 @ 12:56pm

21 Sampel Cili Mengandungi Residu Racun Perosak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah pun menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan.

“Hasil pemantauan KKM dari Januari lalu hingga kini, 503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam telah dianalisis dan didapati 21 sampel cili (4.2 peratus) tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak dan tindakan penguatkuasaan telah pun dijalankan.

“KKM akan meneruskan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi akta-akta berkenaan dan menjadi tanggungjawab pihak terlibat bagi memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.

Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya.

Sekiranya mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat dan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.myatau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan cili merah Vietnam dikesan diseludup masuk dan dijual secara berleluasa di seluruh pasaran negara meskipun kerajaan telah menggantung import permit (IP) bahan komoditi berkenaan sejak 14 Sept lalu.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 29 May 2019

发脾气很正常,但你能够控制住自己的情绪吗?

发脾气很正常,但你能好好管理自己脾气,控制住自己的情绪吗?

Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Complete Your Starbucks Tumbler Collection with This New Summer Series Release

Even if you’re not a collector, you’ll want these tumblers for sure.

LIFESTYLE Wed, 10 Apr 2019

你是容易怀念过去的人吗?

回忆总是美好~你,是容易怀念过去的人吗?

Fab Foodies! Sun, 28 Jan 2018

Minum Barli Boleh Kuruskan Badan Dan Cantikkan Kulit,

Resipi barli yang mudah untuk disediakan dan murah pula bahan-bahannya dapat pula membantu dalam mencantikkan kulit dan menjadi kurus

LIFESTYLE Mon, 25 Nov 2019

Kenapa Tabiat Korek Telinga Perlu Berhenti Serta-Merta

Memang ‘layan’ tabiat korek telinga ni kalau kena pada tempatnya tapi lebih baik hentikan kalau boleh sebab….

LIFESTYLE Mon, 12 Feb 2018

想要长命百岁?养成9个延命习惯

现代人注重养生,希望能健康活到老,远离病痛、享受人生,而「长寿」是否有秘诀?据国外网站《Collective Evolution》报导,国家地理研究员Dan Buettner及其研究团队花多年时间探寻,结果发现,这几个地方虽然距离甚远,但居民却有9个相似生活习惯!

LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

LIFESTYLE Sun, 18 Aug 2019

5 Masalah Sering Dialami Oleh Haiwan Peliharaan

Jangan ingat manusia saja ada masalah , haiwan peliharaan pun ada juga

LIFESTYLE Fri, 16 Feb 2018

PELUK ISTERI BOLEH PANJANG UMUR?

Walau bagaimanapun, kita sebagai orang Islam harus ingat, ajal dan maut terletak di tangan Allah s.w.t…

| Live TV