Hiburan By: SGMS Fas April 11, 2018 @ 6:50am

Fairuz Sekadar Kawan, Wany Hasrita Minat Lelaki Sawo Matang

Penyanyi Wany Hasrita, 26,  akui masih belum ada teman istimewa untuk dijadikan calon suami bahkan  hubungannya bersama sahabat lama, bekas anggota kumpulan Q Face, Fairuz Selamat sekadar kawan biasa.

Penjelasan itu disuarakan pelantun lagu ‘Menahan Rindu” ini berikutan desas desus yang tersebar kencang kononnya mereka sedang bercinta.

Kami bersahabat sejak saya belum menjadi artis rakaman lagi. Abang Fairuz ialah sumber rujukan saya dalam bidang muzik kerana dia mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini,” ujar penama penuh, Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini.

Memetik laporan BH Online selanjutnya Wany menyambung kata:

Begitupun, gosip yang timbul sama sekali tidak menjejaskan persahabatan kami. Ibu juga mengenali Abang Fairuz. Hakikatnya, kami tidak bercinta, sebaliknya sekadar bersahabat baik.”

Kredit: Facebook Fairuz Selamat

Pelantun lagu “Rindu Dalam Benci’ ini memohon agar netizen tidak terus mensensasikan gossip  tersebut sehingga memberi impak tidak baik kepada ibunya.

Kasihanilah ibu, mohon Wany, apatah lagi dia menyandang status ibu tunggal jadi gossip seperti itu mudah dipercayai orang ramai waima memberi impak yang kurang baik kepada ibu.

Khabar angin berhubung keintiman kedua-duanya mula tular  dan bertiup kencangg apabila keduanya sering dilihat memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Menurut Wany, buat masa ini dia masih belum mempunyai teman istemewa malah tiada perancangan untuk menaiki pelamin dalam masa terdekat.

Pun begitu, Wany tidak keberatan memberikan kriteria calon pilihannya yang  harus berkulit sawo matang, tinggi dan sedap mata memandang.

Jadi korang janganlah membuat hati ibu Wany kerisauan ya!

Barangkali video ini yang dimuat naik Wany pada bulan Mei 2017  mampu menjelaskan segala!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

费玉清宣布退出演艺圈!亲笔信:失去双亲没了动力

费玉清出道46年,9月27日宣布于「2019年巡回演唱会」结束后,将正式退出演艺工作!

Events Wed, 23 Jan 2019
Events Sun, 11 Nov 2018

Bii毕书尽:马来西亚是我第3个家!

睽违两年在大马开唱的Bii毕书尽,直言大马是他的第3个家,一路陪伴他成长!

Hiburan Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Sun, 3 Mar 2019

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Korang dah layan lagu ‘Kau’ ke belum?

Drama Thu, 12 Mar 2020

Amelia Henderson Derita Dalam “Rindu Yang Terindah” ?

Antara kasih dan benci, dapatkah Airis bertahan dalam perkahwinannya?

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Haqiem Rusli Kini Lebih Happy

Tak mahu ingat hal lepas, Haqiem bangkit dengan semangat baharu!

Hiburan Thu, 30 Jan 2020
Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Events Wed, 16 Oct 2019

| Live TV