Hiburan By: SGMS Faida September 8, 2018 @ 4:00pm

Tipulah Kalau Tak Sedih…Isma Mengaku Bukan Lagi Isteri Zul 2 By 2

Pertemuan dan perpisahan adalah rencah kehidupan. Apatah lagi dalam kehidupan suami isteri ada pasang surutnya.

Tetapi tiada siapa yang mahukan perpisahan dalam perkahwinan. Bagi penyanyi Isma, dia kini reda apabila perkahwinan yang dibina bersama Zul 2 By 2 hampir 20 tahun terlerai di tengah jalan.

Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail mengaku telah bercerai pada awal tahun ini dan tidak mahu lagi berselindung.

“ Kami dah bercerai sejak sembilan bulan lalu. Bukan mahu merahsiakannya, tetapi belum mendapat kekuatan berkongsi cerita yang dirasakan terlalu peribadi.

“Selepas berfikir panjang, sudah tiba masanya untuk saya berterus-terang. Ramai yang bertanya mengenai status perkahwinan kami, tetapi saya hanya membiarkan persoalan tergantung begitu saja,” katanya kepada BH Online.

Tambah kakak kepada penyanyi Tomok ini, dia memfailkan perceraian dan turun naik mahkamah syariah seorang diri sejak pertengahan tahun lalu.

“ Tipulah kalau tak sedih tetapi tidak sampai tahap meratap hiba. Saya menjadi pasrah dengan ketentuan Tuhan.

“ Saya percaya, ada hikmah tertulis buat saya dan Zul. Jodoh kami tidak sampai ke hujung nyawa,” kata kakak kepada penyanyi, Tomok itu.

Isma yang kini menyanyi di sebuah restoran di Putrajaya memberitahu soal kesetiaan antara sebab dirinya tidak lagi mahu bersama lelaki terbabit.

“ Saya percaya orang luar lebih tahu apa yang dia buat. Jujurnya, banyak faktor lain yang terlalu peribadi untuk dikongsi menjadi punca perpisahan.

“Biarlah hanya saya dan bekas suami yang tahu masalah rumah tangga kami. Dengan anak dan keluarga pun saya tidak berkongsi cerita secara mendalam.

“Saya masih menjaga aib bapa kepada anak saya. Apapun, Zul tetap insan yang pernah hidup dengan saya selama 19 tahun,” akhirinya. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Trending Mon, 22 Jun 2020
Trending Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Wed, 20 Feb 2019

‘Mula-Mula Takut…’- Jaja Iliyes Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Micheal Ang

Bintang semakin menyinar ini katanya teringin bawa watak perempuan psiko.

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

黎瑞恩郑嘉颖「携手」1208来马开唱

90年代香港著名女歌手黎瑞恩和视帝郑嘉颖,将于12月8日携手来马开唱!

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

‘Saya Minta Maaf’, Haqiem Rusli Mengaku Silap

Penyanyi Jatuh Bangun ini juga mahu berehat seketika di Twitter sehingga keadaan jadi reda.

Contest Fri, 4 Oct 2019

Lebih Canggih Dan Urban, Ini Sebab Kenapa Korang Patut Grab HUAWEI GT 2 Watch

Wow! Lebih bergaya dan trendy dengan Huawei GT2 Watch

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

郭修彧:人生唯一不变的就是改变

带着第二张个人创作专辑《盲点》回马宣传的Shio郭修彧,相较于早期出道的她,这趟的回马之旅似乎变得「真正的」开朗健谈……

| Live TV