Hiburan By: SGMS Faida November 27, 2018 @ 8:15pm

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Umum tahu, penyanyi Nabila Razali merupakan rakan baik kepada komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini.

Baru-baru ini, tiga karya milik Hael iaitu Hajat, Haram dan Nisan Cinta berjaya melangkah masuk ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).

Sebagai teman rapat, sudah tentu Nabila berasa bangga dengan kejayaan Hael.

“ Alhamdulillah. Saya betul-betul gembira untuknya. Doa saya Hael dapat mengulangi kejayaan yang dilakar seperti tahun lalu.

“ Untuk Hael, kekalkan cara yang sedang anda buat dan sebagai seorang kawan baik, pastinya saya akan ‘turun padang’ menyokong Hael dan rakan-rakan finalis lain,” katanya kepada xtra.com.

Dalam perkembangan lain, Nabila memaklumkan single terbarunya yang juga merupakan ciptaan Hael boleh didengari tidak lama lagi.

“ Lagu sudah siap dirakam cuma proses rakaman muzik video masih belum lagi. Saya agak sibuk sejak beberapa bulan ini dengan undangan persembahan dan lakonan.

“ Saya juga tidak mahu tergesa-gesa mengeluarkan kerana segalanya perlu penelitian sempurna. Tak mahulah ‘tangkap muat’ saja kan. Paling lewat, awal tahun depan,” katanya sambil ketawa.

Dalam masa sama, saksikan Nabila Razali, Sarah Suhairi dan Syifa Melvin dalam drama pendek #Siscuba yang bersiaran pada malam ini di TV3 dan NTV 7 bermula jam 10 malam. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Tahniah! Ilham, Alia Erika Pemenang Pencarian SAFARI GROM

Penampilan khas oleh penyanyi Andy Flop Poppy dan pelakon Gambit Saifullah turut menyerikan suasana pada petang itu.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Tidak Mengejar Glamor, Izara Lebih Menghargai Privasi

Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja tahun 2009/2010 telah memperkenalkan pelakon, Izara Aishah ke dunia lakonan. Aktif dalam dunia seni sejak 2011, Izara sering menjadi pilihan pengarah bagi drama-drama, telefilem dan juga filem kerana […]

Hiburan Fri, 21 Jun 2019
Hiburan Tue, 2 Jan 2018

Norzizi Zulkifli Berjaya Bergelar Doktor Falsafah (PHD)

bukan mudah untuk beliau sampai ketahap ini. Beliau terpaksa bekerja di waktu siang dan menyiapkan tesisnya di waktu malam sehingga menjelang pagi.

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Sherry Ibrahim Bengang!

Ish, siapa pula yang buat fitnah macam ni?

Hiburan Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站808开票!

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回演唱会吉隆坡站808开票,记得准时抢票啦!

Events Fri, 1 Nov 2019

《了不起的Z世代》获颁 ASK2019「最佳实境节目」

由叶剑锋主持的八度空间《了不起的Z世代》成功脱颖而出,获颁 「ASK2019」最佳实境节目。

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

环映制作公司隆重开幕!今年将拍两部电影

环映制作公司(K Production)正式开幕!多位本地艺人王骏、温绍平、陈美娥、曾维山、甘家麒等人均现身站台;同时,也宣布今年将开拍两部分别有王骏和陈美娥主演的电影。

| Live TV