Hiburan By: Salma Syahbuddin September 25, 2018 @ 10:00am

Teruja Dengan Konsert Doa Buat Kekasih, Ramli Sarip Gamit Nostalgia

Penghibur sepanjang zaman, Datuk Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim akan berkongsi pentas yang sama bagi menjayakan Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih yang akan berlangsung pada 6 Oktober ini bertempat di Istana Budaya.

Ramli mengakui, konsert ini pastinya mencetuskan momen yang indah buat semua audiens yang datang menyaksikan konsert ini nanti. Ini kerana, mereka akan menyaksikan sebuah persembahan dan bukannya pertunjukkan.

” Antara lagu-lagu yang akan kami persembahkan pada Konsert Doa Buat Kekasih nanti ialah lagu-lagu yang telah tersimpan selama 30 tahun tetapi tidak dipersembahkan kepada khalayak disebabkan pada ketika itu, isunya adalah berambut panjang.” Katanya ketika ditemui oleh xtra.com.my

Ketika sesi temubual bersama Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim bertempat di Khadijah’s Kitchen, Petaling Jaya

Mengakui berasa teruja dengan Konsert Doa Buat Kekasih yang akan berlangsung di Istana Budaya nanti, Ramli mengakui Konsert Doa Buat Kekasih juga merupakan antara konsert yang sangat penting buat dirinya, Datuk Khatijah Ibrahim dan juga peminat setia mereka.

” Semua show kecik ataupun besar benda tu penting tetapi, yang mana benda ni tak banyak orang sampai ke level ini, kerana perjalanan mereka kadang-kadang tergendala, terhad dan sebagainya. Mungkin daripada faktor masalah kesihatan, masalah-masalh peribadi dan lain-lain. Tapi alhamdulillah ini adalah perjalan buat kami yang tidak diduga sampai ke tahap yang begini. Tapi kami yakin benda ni akan sampai kerana kesihatan yang diberi, alhamdulillah dan masih boleh berfikir, membaca dan buat kerja.”

Ramli juga menyifatkan dengan adanya Konsert Doa Buat Kekasih ini, ia secara tidak langsung merupakan satu sejarah buat industri dan dirinya sepanjang bergelar artis lagenda yang telahpun berada dalam industri seni tanah air selama 50 tahun.

” Dan bagi kami, ini merupakan satu sejarah buat diri kami , industri maknanya satu konsert duet yang proper, yang mempunyai lagu yang cukup dan tema yang baik dan saya rasa susunan muzik keseluruhan dan sebagainya memang kami sendiri excited. Dan saya rasa persembahan mungkin akan berjalan selama dua jam setengah. Dan mempunyai empat segmen. Dimana segmen yang pertama, segmen duet akustik set bersama Datuk Khatijah, dan Datuk Khatijah akan ambil alih untuk segmen kedua dan saya akan ambil segmen yang ketiga. dan segmen yang keempat nanti kami akan bergabung semula.” 

Datuk Khatijah Ibrahim bersama Datuk Ramli Sarip ketika ditemui di Petaling Jaya

” Setiap kali membuat persembahan kita diuji dengan idea baharu yang segar yang ada disekitar kawasan kita dan itu kena terap dan ia mesti bagus supaya apabila penonton keluar daripada menyaksikan persembahan, mereka akan membawa keluar satu kepuasan.” Jelasnya mengenai Konsert ini nanti.

Justeru itu, kepada peminat setia lagu-lagu seperti Jarak Setia, Ku Miliki Bayangmu, Zapin Berperi dan Doa Buat Kekasih, anda bolehlah dapatkan tiket secepat yang mungkin kerana pastinya konsert ini adalah yang terbaik yang pernah anda saksikan!

Buat Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim, team xtra mendoakan semoga sentiasa sukses dan semuanya berjalan dengan  lancar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

阿牛加入嘉宾阵容!山脚下演唱会「满满回忆杀」

山脚下男孩兄弟帮义气相挺同台演出,演唱会除之前宣布的了黄一飞、暌违多年再合体的年少外,连阿牛(陈庆祥)都点头答应参与演唱会,这个中秋节势必让大家带着满满的回忆杀啊!

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Hafiz Hamidun Pilih November?

Sebelum ini, Hafiz dilaporkan rapat dengan seorang Instafamous dari Indonesia.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Wow…Isteri Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Di Rumah!

Alif ni macam mana agaknya bila di rumah ya?

Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sufian Suhaimi Kembali Bercinta?

Tanpa berselindung, Sufian mengaku meminati Jasmine yang kali pertama ditonton ketika mengendalikan program sukan bola sepak.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

4 New Celebrities Will Be Added into Running Man

4 new members will be added into Running Man’s team!

| Live TV