Hiburan By: SGMS Faida June 27, 2019 @ 5:39pm

Tak Nak Keluar Rumah Sebab Gemuk, Ini Cara Kilafairy Selesai Masalah!

Siapa sangka, pelakon dan penyanyi Kilafairy pernah berdepan masalah berat badan berlebihan suatu masa dahulu.

Anak bongsu kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil ini mengakui menceburi dunia seni juga menuntut dirinya sentiasa nampak cantik di setiap sudut.

Terutamanya jika muncul di kaca TV atau skrin layar perak, saiz sebenar pasti akan mengembang. Itu antara senario dan hakikat sebenar yang harus ditelan.

“ Saya sendiri pernah berbadan tembam. Memang ada yang tidak percaya, saya juga pernah berdepan masalah berat badan. Di awal kemunculan di pentas seni, kalau ada yang masih ingat… saya memang pernah berisi. Masa itu keyakinan diri ada kalanya menurun. Saya percaya ini situasi normal yang ada dalam diri kita, Tambah pula bekerja yang menuntut saya muncul di kaca TV, memang penampilan dan bentuk badan itu saya anggap perlu ‘on point’.

“ TV pula contohnya kita tahu akan besarkan lagi saiz sebenar. Bayangkan yang berisi seperti saya… terus bertambah berisi dalam kaca TV. Nak menjalani penggambaran pun jadi macam tak seronok dan rasa ‘insecure’. Semangat nak buat sesuatu itu terus merudum dan seperti biasa orang di sekeliling kita terus pantas menghakimi.

“ Keyakinan diri itu perlu ada setiap pada kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,” katanya.

Sehubungan itu, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan kini mengeluarkan produk kesihatan KILAFIT dalam usaha membantu masyarakat di luar sana mendapatkan tubuh badan sihat dan menawan. 

“ Kilafit bagai cinta hati yang menyembuh kedukaan di hati saya. Produk kesihatan dan pelangsing badan itu diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea saya sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran KILAFIT di Forest Valley, Cheras.

Menurut penyanyi lagu Put The Word In bersama Sean Kingston itu, dia sentiasa percaya untuk terus menjadi seperti mana yang dimahukan.

“Saya percaya soal fizikal ini bergantung kepada diri sendiri. Saya tak bermaksud mahu memaksa sesiapa perlu menukar menjadi seperti itu dan ini. Hidup ini adalah pilihan. Pilihan saya ialah untuk mengamalkan KILAFIT. Anda juga boleh ikut jejak saya.

“I rather be what i want to be,” katanya.

Akur pasti ada skeptikal yang membandingkan dirinya yang sudah berbadan langsing dan menjual produk seperti KILAFIT, Kilafairy terbuka dalam hal itu.

“Macam biasa akan ada juga yang akan cakap saya guna pengaruh yang ada untuk menjual produk ini semata-mata. Tapi hakikatnya mereka tidak tahu, saya juga bergelut dengan masalah berat badan.

“Saya pun macam orang lain juga yang macam malu nak muat naik gambar masa badan berisi. Namun sesekali muat naik gambar berisi, ramai yang tak percaya. Orang di luar sana termasuk netizen akan andai itu dan ini.

“ Saya tak boleh paksa mereka percaya pada saya. Berat badan saya tak boleh melebihi 50 kilogram. Kalau lebih angka itu, pipi di muka saya akan nampak ketara naik. Saya akui pernah ikuti cara diet yang salah hingga memberi kesan sampingan.

“Sekarang nak bakar lemak di pusat gimnasium pun sudah jadi terbatas kerana faktor masa. Jadi saya letakkan 100 peratus harapan dan tanggungjawab kepada KILAFIT.

“ Dengan KILAFIT ini juga saya sudah mampu menolong mereka menurunkan berat badan termasuk menjana pendapatan. Sudah ramai yang mempercayai kredibiliti KILAFIT. Tapi andai ada masa, saya memang akan cuba buat diri berpeluh dengan aktiviti riadah,” katanya.

Dengan harga mampu milik hanya RM 88 sekotak, anda boleh memiliki bentuk badan seperti Kilafairy dalam masa beberapa minggu. Sekiranya berminat, layari Instagram @kilafit untuk pembelian hari ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018

Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Tak nak pening kepala lagi hilangkan bau durian dalam kereta apa kata cuba tips ini

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

《延禧攻略》翻拍越南版有谱?制作人亲自「给答案了」

《延禧攻略》开播后掀起热潮,更在东南亚爆红,最近就传出将翻拍越南版;更有一系列角色的演员名单,在网路上流传,引起热烈讨论。

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

电影《光》扬名海外!入围「上海国际电影节」四奖项

第21届上海国际电影节亚洲新人奖入围名单出炉,电影《光》一举入围四个奖项,包括最佳影片、最佳导演、以及最佳男女主角奖。

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Ariana Grande, a Racist Plagiarist?

A lawsuit might be on Little Red’s next track.

Events Thu, 20 Sep 2018

Learn Sign Language with Real Deaf People in this Free Workshop

The workshop has limited spots so book it ASAP!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Dulu Lain Sekarang Lain, Netizen Terkejut Tengok Gambar Lama Sharifah Husna

Makin cantik kan si dia ni? Semoga terus sukses Husna!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

林志炫511再来马开唱!誓为歌迷送上音乐盛宴

相隔3年,林志炫再来马开唱!5月11日再次登上云星剧场献唱,让歌迷再次见证他无可比拟的醇厚现场演唱实力。

Hiburan Sat, 27 Jul 2019
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Julia Farhana Akui Nervous Bersama Erwin Dawson?

Sama seperti kekasihnya, Julia tidak pernah menolak dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya

| Live TV