Hiburan By: Del14 December 23, 2019 @ 2:35pm

Sikap Prihatin Deena Buat Saharul Ridzwan Terharu

Biarpun diri sendiri sedang tidak sihat kerana demam panas, Deena Emir, isteri kepada pelakon, Saharul Ridzwan masih mengambil berat tentang suaminya itu apabila dia sempat bertanya sama ada Saharul sudahpun bersarapan ketika hendak dimasukkan ke wad, minggu lalu. 

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, yang merasa terharu dengan sikap prihatin isterinya walaupun sedang sakit dan hamil anak kedua mereka membuat perkongsian itu dalam sebuah entri di akaun Instagram miliknya beberapa hari lepas.

“Suhu badan 39.6 darjah celcius masa awal-awal sampai Pusrawi, lebih kurang pukul 6.30 pagi tadi. 

“Dia tak boleh tidur satu malam, tapi tak nak kejutkan suami, bila bangun subuh baru cakap mintak belikan ais sebab badan rasa panas sangat.

“Saya pegang kepala, panas sangat-sangat, terus ke Pusrawi.

“Masa tengah menunggu nak masuk ward, banyak kali dia tanya saya, “awak makan apa pagi ni?”. Time sakit-sakit pun masih ingat perut suami ni ye…” tulis Saharul di dalam kapsyen.

 
 
 
View this post on Instagram

“Awak makan apa ni pagi?” . Suhu badan 39.6’c masa awal2 sampai pusrawi, lebih kurang pukul 6.30pagi tadi. Dia tak boleh tidur satu malam, tapi taknak kejutkan suami, bila bangun subuh baru ckp mintak belikan ais sebab badan rasa panas sangat. So sy pegang kepala, panas sangat2, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk ward, banyak kali dia tanya saya, “awak makan apa ni pagi?”. Time sakit2 pun masih ingat perut suami ni ye. ?❤️ . Demam balik dia petang ni, temperature naik 39 balik. Tadi tengahari dah okay sikit. Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan. Tolong doakan wife dan baby kami ye? Thank you for all your doas. Amin Ya Rabb. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

 

Memetik laporan BH Online, pelakon drama Love You Mr. Arrogant ini berkata, isterinya mula demam sejak Jumaat lalu akibat jangkitan kuman.  Namun demikian dia bersyukur kerana bayi dalam kandungan yang berusia empat bulan itu tidak terjejas.

Tambah Saharul, Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mengalami alahan yang teruk berbanding ketika hamil anak sulung mereka, Muhammad Luth Ali yang berusia dua tahun. 

Saharul memohon orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan kandungannya. 

“Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan bayi dalam kandungan.  Tolong doakan isteri dan bayi kami ye? Terima kasih atas doa kalian. Amin Ya Rabb.” tulisnya lagi. 

 

 

Kredit Foto: Instagram @saharulridzwan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Nov 2019

Terkejut Orang Masih Ingat…

Semoga sukses di AJL34 nanti!

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

多重身份不忘初衷是音乐!朱浩仁8年磨利刃发新辑

出道10年的朱浩仁,曾往音乐制作人、演员、主持人等多样发展;但他坦言一直没忘记自己进入娱乐圈的初衷,直呼“音乐是一个我想做到死为止的事情。”

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

Muka Sweet Tapi Fify Azmi Suka Gaduh?

Dah tengok Wira ke belum??

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Semak Skim i-Suri Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

hanya diri sendiri iaitu isteri dan suami kepada pasangan yang layak sahaja

Events Sat, 8 Feb 2020

[TRENDING] Khabarnya Masdo Bawa Satu Kampung Naik Pentas #AJL34?

Tak sabar rasanya nak tengok MASDO bawa orang-orang kampung mereka kan?

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Ramai Terkejut Lofa Boleh Menari!

Bukan main lofa menari kan?

Filem Thu, 2 Jan 2020

| Live TV