Hiburan By: SGMS Putri November 18, 2017 @ 5:52pm

Siapa Mr N Di Hati Kaka?

Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai Kaka selepas putus dengan Rody suatu ketika dulu. Baru-baru ini, Kaka membuka mulut mengenai hubungan baru dengan seorang jejaka baru dalam hidupnya.

Sudah dua tahun kami mengenali, tetapi hubungan itu belum membawa ke tahap serius. Hanya itu dapat saya katakan kerana bimbang nanti dianggap syok sendiri pula Akui ahli perniagaan dikenali sejak dua tahun lalu insan istimewa dalam hidup

Enam tahun bergelut dalam industri hiburan, fokus Kaka Azraff untuk memantapkan posisinya tidak pernah tersasar. Bermula pada usia awal 20-an dan kini menjengah usia 28 tahun, perjuangan pemilik nama lengkap, Nor Atiqa Noor Azraff tidak pernah bernoktah.

Perjuangan kerasnya itu membuatkan ramai mengandaikan anak kelahiran Klang, Selangor ini cenderung mengetepikan perancangan peribadi selagi belum mencapai kejayaan yang diimpikan. Apatah lagi, sepanjang enam tahun ini, jarang sekali Kaka dikaitkan dengan isu peribadi.

Namun kata Kaka, itu tidak bermakna dia mengetepikan kehendak peribadi. Menjengah usia matang, persoalan mengenai jodoh semakin serius difikirkan, terutama apabila ramai teman rapatnya sudah bertemu pasangan masing-masing.

Situasi itu bagaimanapun, tidak sesekali membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Hal Aku itu terdesak untuk menamatkan zaman gadisnya. Baginya, dia lebih selesa persoalan mengenai hati mengalir mengikut alur masa dan bukan kerana tekanan sekeliling.

“Saya terbuka dalam hal ini. Sepanjang dalam industri, saya pernah didekati empat jejaka, tetapi mungkin belum jodoh. Banyak yang saya pelajari daripada pengalaman insan terdekat. Apa yang penting adalah berusaha kerana tanpanya, ia tidak akan menjadi kenyataan.

“Saya berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi tetap meletakkan batas. Saya cepat mesra, namun sukar memulakan langkah pertama. Saya lebih suka memerhati dari jauh. Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi itu diri saya yang sebenar,” katanya.

Anak saudara kepada Ratu Rock, Ella itu mengakui, hatinya sudah terisi dengan kehadiran ahli perniagaan berusia lingkungan 30-an yang hanya diperkenalkannya sebagai Mr N. Tidak menafikan jejaka itu istimewa di hatinya, namun Kaka enggan berkongsi lanjut.

“Cukup jika saya katakan, kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Sudah dua tahun kami mengenali, tetapi hubungan itu belum membawa ke tahap serius. Hanya itu dapat saya katakan kerana bimbang nanti dianggap syok sendiri pula.

“Jika berlaku perkara yang baik dalam diri, saya tidak akan berahsia. Saya tidak akan melupakan jasa mereka yang membantu sejak awal saya memulakan langkah dalam bidang ini,” katanya.

Pernah dikaitkan dengan pemain gitar kumpulan Kristal, Rody, Kaka berkata, dia menyenangi lelaki yang menjaga dan melayani ibunya seperti permaisuri.

“Saya percaya lelaki yang menjaga ibunya dengan baik mampu menjadi pemimpin rumah tangga yang baik,” katanya.

Beralih kepada sisi kerjayanya, Kaka kini muncul dengan single terbaru,

Kembali, selepas setahun tidak merakamkan lagu solo. Karya ciptaan The Good Fellas itu memperlihatkan sisi matang dan semangat baharu Kaka untuk bangkit daripada perjalanan suram kerjaya seninya.

Kembali akui Kaka, berkisar mengenai perjalanan hidup dan perjuangan kerjayanya yang sarat dengan liku serta ujian.

“Setahun ini agak menguji, malah semangat saya hampir hilang kerana beberapa perancangan tidak membuahkan hasil diharapkan. Siapa yang tidak sedih, tetapi saya ambil itu sebagai cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri.

“Pernah disebabkan terlalu memikirkan mengenai masa depan, saya sukar melelapkan mata.

Saya sentiasa berperang dengan diri. Memang itu bukan perkara yang sihat, tetapi saya juga manusia yang ada kelemahan.

“Semua itu saya luahkan dalam Kembali. Lagu itu menjadi pemangkin untuk saya bangkit mencari semangat baharu dan memulakan kembali langkah dengan lebih yakin serta berani,” katanya.

Tambah Kaka, ketika melalui situasi getir itu, ibunya menjadi pendorong utama yang sentiasa meniupkan semangat. Sokongan rakan terdekat, media dan peminat juga membuka matanya supaya tidak tunduk kepada kekalahan.

“Saya tidak sendirian ketika bergelut dalam kerjaya. Alhamdulillah, sokongan yang diterima membantu saya untuk bertahan. Mungkin perjalanan kerjaya seni saya tidak serancak dulu, tetapi bakat saya tidak pernah dipinggirkan,” katanya.

Mungkinkah hubungan Kaka kali ini berjaya sehingga ke jinjang pelamin?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

当年红遍半边天的棒棒堂Lollipop,现在都去哪了呢?

相信许多90后,应该都对「我爱棒棒堂」不陌生吧!而当时红到不行的Lollipop,相隔多年的现在都跑到哪里了呢?

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

邓紫棋「15秒真假音转换」重现《还珠格格》片尾曲

经典电视剧《还珠格格》开播至今已经20年,无论是剧中角色或原声带,都让观众回味无穷,大家还记得片尾曲《雨蝶》吗?原唱李翊君的独特唱腔,诠释出最坚强的温柔,事隔多年,邓紫棋和张靓颖重现这首歌,刷新了该曲给人的印象。

Events Sat, 23 Mar 2019

Feast on Your Ramadhan Delights at The Largest Ramadan Baazars!

Many other activities and products up for sale too.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Anak Menteri Dikecam Kerana Little Miss Khan?

Teman lelakinya tidak bersalah namun turut menerima kecaman daripada netizen, kesian dia kan?

FESYEN Wed, 13 Feb 2019

Pertama Kali Potong Rambut, Gambar Anak Kourtney Kardashian Curi Tumpuan

Comelnya! Sekali pandang nampak macam Khloe pula kan?

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

‘Di Mana Jati Diri Menteri Ini?’- Aishah Luah Rasa Kecewa Dengan YB Syed Saddiq

Nampaknya usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 mendapat pelbagai reaksi di kalangan selebriti. Selain pelakon Sharnaaz Ahmad, penyanyi Aishah turut ‘menegur’ Menteri Belia […]

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Konsert Memang WOW, Mariah Carey Masih Belum Hilang ‘Sengat’

Sebanyak 17 buah lagu dinyanyikan tanpa sebarang gangguan vokal mahupun teknikal. Memang power!

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

Sheila Rusly Jual Dim Sum Pula?

Wah, boleh lah cuba nanti!

Hiburan Wed, 5 Sep 2018
FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

| Live TV