Hiburan By: SGMS Faida February 6, 2018 @ 2:24pm

SELEPAS 20 TAHUN, FERHAD PILIH DOKTOR GIGI

‘Aku Pernah Jatuh Cinta, Kerana Cinta Diriku Merana’

Masih ingat dengan lirik ini? Lagu yang pernah mengangkat nama penyanyi Ferhad ke industri hiburan satu masa dulu. Selepas hampir 20 tahun bergelar penghibur, Ferhad kembali dengan ‘hadiah’ terbaru khusus buat peminat tersayang!

Lebih menarik lagi, single terbaru berjudul ‘Definasi Cinta’ ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh seorang doktor gigi. Wah, siapa tu Ferhad?

“Beliau merupakan doktor gigi merangkap kawan baik saya, Dr Irma Shida. Walaupun beliau seorang doktor yang memiliki klinik di Johor Baharu, minatnya dalam bidang penulisan lirik membuatkan saya tertarik untuk bekerjasama dengannya,” kata Ferhad ketika dihubungi Xtra.com.

Tambah Ferhad, penyanyi berusia 46 tahun ini mencuba untuk keluar dari ‘zon selesa’ dengan menyanyikan lagu yang bukan bergenre R&B.

“ Definasi Cinta menampilkan sisi berbeza saya. Kali ini saya mempertaruhkan sebuah lagu berirama pop ballad,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ferhad mengharapkan sokongan daripada semua teman media media termasuk cetak dan digital agar menyokong ‘kebangkitannya’.

Dalam perkembangan lain, bapa kepada dua cahaya mata ini bakal berkolaborasi bersama penyanyi Altimet untuk single akan datang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 29 May 2019

Pelbagai Tip WOW Sempena Raya Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati tip dan tawaran istimewa dari CJ WOW SHOP ya!

Events Fri, 6 Sep 2019

Menangi Wang Tunai RM 10K Di Karisma Jelajah Suria!

Nak menang duit? Jom ramai-ramai serbu i-City Shah Alam Sabtu ni!

Fab Foodies! Wed, 31 Oct 2018

Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan, Bukan Untuk Masakan Sahaja

Anda tiada alasan untuk tidak mengamalkan pemakanan kunyit ini kerana senang diperolehi

Hiburan Sun, 27 May 2018
Events Thu, 14 Mar 2019

Atasi Masalah Gusi Dengan Cara “Gumbatte” Bersama Aeril dan Wawa!

Nafas berbau, gigi rapuh, gusi berdarah dan sebagainya antara masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai orang. Tapi, sekarang korang tak perlu lagi risau ada caranya untuk mengatasi masalah gusi iaitu melalui “Gumbatte”.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Hiburan Tue, 24 Sep 2019
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Sebab Filem Hide & Seek, Miller Khan Mula Percaya Kewujudan Hantu?

Filem yang ditayang pada 2017 di Indonesia bakal menemui peminat Malaysia bermula 28 Februari ini. Jom ke pawagam berhampiran!

LIFESTYLE Thu, 9 May 2019

This Hotel Offers Special Exercise Courses & Spa Treatments for Overall Wellbeing

Bringing a new type of health and wellness in a getaway.

| Live TV