Hiburan By: SGMS Faida July 22, 2019 @ 1:44pm

‘Saya Malu Puji Anak Sendiri’- Rita Rudaini Tegur Ibu-Bapa Yang ‘Over’?

Pelakon Rita Rudaini mengaku tidak mengamalkan tindakan memuji anak sendiri malah menyerahkan tugasan itu untuk orang lain menilai.

Menurut Rita, tugasnya sebagai ibu adalah menyokong dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 agar terus menjadi anak yang berguna.

“Saya malu nak puji anak sendiri dekat orang. Biar orang saja yang bagi pujian dekat anak saya. Anak saya panda ikat sekolah ke biar cikgu yang nilai. Anak saya pandai atau tak pandai main bola ke biar coach sahaja yang nilai.

“Tugas saya hanya bagi support, hantar ambil, bagi semangat dan nasihat pada anak. Siapa saya untuk tentukan kedudukan anak saya?,”katanya yang tidak sesekali akan masuk campur urusan anak di luar.

Sementara itu, Rita terkejut melihat situasi di mana ibu-bapa masa kini yang bersifat ‘lebih sudu dari kuah’. 

“Ada yang anak baru kecil main bola, mak bapak dah demand dan sombong sebab anak pandai main. Hancur minat anak-anak semua punca dari mak bapak sendiri. Kecil-kecil anak dah cakap besar menyombong sebab perangai contoh depan mata. Belum jadi player sebenar lagi.

“Tak ke mana kalau berlagak angkuh sombong, sikap adalah salah satu punca utama turun naik jatuh seseorang,”katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Hero mommy…sy bukan nak anak sy jd pemain bola sepak…sy cuma support minat…sy xde la nk ambik serius or mengamuk klau anak xdpt main,nama xselected…smua tu bukan hal sy…smu bole ckp ‘ank aku bagus’ ‘ank aku cerdik’ ‘ank aku pandai main bola’ …tp sy xkan,sy malu nk puji ank sendiri dekat org…biaq org sj yg bg pujian kt ank sy ….ank sy pandai kt sekolah ke biar cikgu yg nilai..ank sy pandai or xpandai main bola ke biar coach je yg nilai…tugas sy hanya bg support,antar ambik,bg semangat n nasihat pd ank…sape sy utk tentukn mana ‘kedudukan’ ank sy? Sy tidak akan masuk campor setiap urusan ank2 di luar…tggjwb kt sek pd cikgu,tggjwb kt padang pd coach…tggjwb di rumah hanya pd sy …sy support minat mereka,sy serah pd coach…naik nama,syukur…xde nama,cuba lg..buat yg lebih baik itu pesan sy selalu pd mereka…..ada yg ank baru kecik main bola,mak bpk dah demand n sombong sbb ank pandai main..hancur minat ank2 smua punca dr mak bpk sendiri…kecik2 ank dah ckp besar menyombong sbb perangai contoh dpn mata….blum jd player sebenar lg ? haiih dpn mata mcm2 perangai terkejut sy tgk…pd sy,kesian nya ank…x kemana klau belagak angkuh sombong…attitude adalah salah satu punca utama utk turun naik jatuh nya seseorg…..wahai parents…lps kan lah mereka bermain,kecik lagi..bina attitude ank2,ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jgn ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’ ….jauh lg perjalanan mereka…jaga attitude kita dpn mereka kerana kita adalah contoh terdekat n kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil…?

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

 

Pengasas kelab bola sepak RR Cougars ini turut menegur sifat sesetengah sikap ibu-bapa kerana bimbang bakal mempengaruhi sifat anak-anak mereka.

“Wahai parents…lepaskanlah mereka bermain, kecil lagi..bina attitude anak-ana, ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jangan ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’…jauh lagi perjalanan mereka…jaga attitude kita depan mereka kerana kita adalah contoh terdekat dan kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil,”akhirinya.

Tahun lalu, Rita mengambil inisiatif menubuhkan kelab bola sepak ini kerana minat mendalam dalam sukan itu sekali gus memberi pendedahan awal pada dua anaknya terhadap sukan bola sepak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 May 2018

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Ini Dia Peserta Realiti TV Tak Sedar Diri

Jurusolek ini memberitahu bahawa, tindakan wanita ini yang sengaja melambat-lambatkan proses mekap sepanjang perkahwinannya sehingga merugikan masa beliau dianggap sebagai sangat tidak bertanggungjawab

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

Betul apa yang dikata…buang yang keruh,ambil yang jernih!

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Apa Motif Perlekehkan Solat? Instafamous Ini Dihentam Netizen

Malah, beliau sekali lagi dikecam teruk apabila gambarnya mula tular dimedia sosial dengan aksi seolah-olah memperlekehkan solat

Hiburan Fri, 15 Mar 2019
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

「活力加油站▪魅力魔法日」免费妇女节工作坊邀你参与

「魅力魔法学堂」开课啦,让你瞬间变身魅力达人!

Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Atikah Belajar Bahasa Sepanyol Untuk Drama Terbaharu

Pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime (29 tahun) mengakui watak wartawan yang dipegang dalam drama terbaru lakonannya, arahan Faisal Ishak iaitu Poskad Dari Alhambra agak mencabar kerana wataknya menuntut Atikah supaya fasih berbahasa Sepanyol. […]

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Terlampau Obses Sampai Sanggup Tunjuk Tarian Guling, Sherry Al Hadad Mohon Maaf!

Memang betul naik sheikh ni! Tapi Sherry kan dah minta maaf tu!

Hiburan Sat, 5 May 2018

Lee El was Once So Broke, She Could Only Afford a Cup of Tea

It was tough for her before acting in Goblin and Hwayugi.

| Live TV