Hiburan By: Del14 January 8, 2020 @ 10:14am

“Saya Bukan Selebriti” – Zul Ariffin Tak Kisah Pasal Imej?

Pelakon, Zul Ariffin atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin (34) tidak terkesan dengan penyebaran video panas berdurasi 45 saat membabitkan individu mirip dirinya yang sedang berbaring sambil melakukan aksi tidak senonoh yang tular baru-baru ini dan mengatakan dia mangsa teknologi ‘deep fake’ yang sedang berleluasa sekarang  yang turut membabitkan tokoh politik, perniagaan dan selebriti seluruh dunia.

Baca: Video Lucah Zul Ariffin Tular?

Baca: Video Lucah Tular, Ini Jawapan Zul Arrifin!

Baca: AWAS! ‘Deepfake’ Ibarat Mimpi Ngeri Figura Terkenal

Lebih risau jika perkara buruk yang berbangkit membabitkan kerjaya, pelakon bertubuh sasa itu tidak hairan dengan kontroversi-kontroversi yang membabitkan dirinya kerana menyifatkan diri hanya sebagai pelakon dan bukan selebriti. 

“Kalau seseorang menganggap dirinya selebriti, ia mungkin memberi kesan kerana membabitkan imej.

“Saya lebih menjaga kualiti lakonan di lokasi penggambaran.  Sebagai seorang pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya adalah kehidupan peribadi. 

“Saya tidak boleh menghentikan orang nak buat macam-macam. Hanya merisaukan saya adalah perkara yang memberikan impak buruk kepada kerjaya,”katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mula dikenali melalui drama rantaian Rindu Awak 200% itu bagaimana pun enggan mengulas lanjut mengenai insiden video panas itu walaupun mengambil tindakan untuk menyahaktifkan akaun Instagramnya sewaktu video itu tular. 

“Saya tiada komen untuk hal berkaitan dengan video.  Tiada sebab saya marah walaupun sering menjadi mangsa teknologi.  Mereka boleh melakukan apa saja yang dimahukan.  

“Untuk saya, ia tidak memberi kesan. Saya masih lagi bekerja seperti biasa.

“Setiap orang ada kisah masing-masing.  Disebabkan itulah saya tidak pernah memberi komen terhadap pelakon lain.  Ini kerana tidak tahu, masa saya akan tiba.

“Kalau bukan saya menjadi mangsa, pasti ada artis lain,” katanya lagi. 

Zul bukanlah asing dengan cerita-cerita kontroversi sehinggakan sudah lali dengan berita yang kurang menarik diperkatakan tentangnya sepanjang bergelar anak seni. 

Pada 2018, pelakon ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan telah secara tidak sengaja memuat naik gambar alat sulitnya di Instastory miliknya. 

Baca: Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Kredit Foto: Instagram @zul_ariffin

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

GLAMPING Lost World Of Tambun: Aktiviti Luar Yang Paling Menjangkau Minda!

Xtra guarantee Glamping Lost World memang terbaik!

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘ OK Kan Tengok Kat Mamak, Tak Dosa Kan?’, Tindakan Rita Rudaini Dipuji Netizen

Nama pelakon Rita Rudaini terus hangat diperkatakan di sosial media apabila sering memuatnaik gambar dan kapsyen ‘mengusik’ individu tertentu. Sebelum ini, Rita ada memaklumkan akan mempertimbangkan membawa dua anaknya Rayyan dan Arjuna ke stadium Bukit […]

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Asyik Tertukar Aliff, Isteri Alif Satar Pula Kritik Netizen?

Yassss! benda lama bila dah tegur takkan nak buat lagi kot

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

ntv7, 八度空间及One FM新闻录影棚开放参观 [报名表格]

配合ntv7及八度空间《校园主播培训营》的活动开跑,电视台也安排了ntv7、八度空间及One FM 新闻录影棚开放参观活动,赶快报名参与!

Events Thu, 3 Jan 2019
Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!

Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

| Live TV