Hiburan By: Syafiqa Irdina October 29, 2019 @ 4:23pm

Saksikan Persembahan Teater Akrobatik Paling Memukau Dalam IMAGINATRICKS Hanya Di Genting Highlands!

Buat korang yang suka menonton persembahan teater dan muzikal atau yang sudah lama tidak menonton persembahan silap mata antarabangsa, inilah masanya untuk korang berhibur melihat kesemua persembahan menarik ini dalam Imaginatricks!

Di Imaginatricks, korang bakal menyaksikan persembahan menakjubkan yang menggabungkan pelbagai aksi akrobatik, lagak ngeri, komedi, trik silap mata, tarian dan nyanyian oleh pakar-pakar terbaik dunia! Xtra guarantee persembahan ini bakal membuatkan korang berasa teruja.

 

Sumber: www.blogrwgenting.com.my

 

Persembahan yang ditunjukkan di sini bakal menguji pandangan dan pemikiran pengunjung. Ha, korang mesti tertanya-tanya kan persembahan apa yang bakal ditunjukkan nanti?

Antara persembahan yang bakal menghiburkan korang adalah :

Persembahan Komedi Badut

Penampilan badut dengan gaya yang santai dan menghiburkan penonton dengan lawak mimik muka beliau semestinya akan buat korang tak kering gusi! Kemunculan pelawak dari Ukraine, Oleksii Krasnykh yang cukup mencuit hati ini confirm buat  korang ketawa terbahak-bahak!

Sumber: Berita Harian

 

Tarian Ala Broadway Dengan Kostum Yang Menarik

Yas! Korang bakal melihat pembukaan tarian oleh ramai penari sexy dengan mengenakan kostum yang menarik dan menunjukkan persembahan tarian yang perfect daripada negara luar lain.  Yang pastinya, tarian yang dipersembahkan memang awesome

 

Sumber: www.blogrwgenting.com.my

 

Persembahan Akrobatik Yang Legend!

Yang ini memang rare! Korang mesti  takut nak tengok persembahan akrobatik di Imaginatricks kali ni. Kenapa?Sebab persembahan ketika menyeberangi seutas tali yang direntang tinggi melintasi pentas utama memang cukup mengerikan. 

Shout out to kumpulan kreatif Agosta Artist Co dari Russia yang berpengalaman lebih dari 35 tahun! Kerana aksi melintasi tali tanpa sebarang peralatan perlindungan di tubuh mereka dan hanya berbekalkan sebatang kayu sahaja memang cukup menggerunkan semua penonton yang hadir.

Kalau korang nak merasai sendiri pengalaman menyaksikan persembahan akrobatik ini, mungkin sudah tiba masanya korang datang berkunjung ke sini.

 

Sumber: www.blogrwgenting.com.my

 

Jaringkan Gol Dengan Aksi Akrobatik?

Ini adalah salah satu perkara wajib yang korang patut saksikan ketika berada di Imaginatricks, Genting. Korang juga mesti akan teruja menonton 18 pemain bola keranjang dari Hungary menjaringkan gol dengan aksi akrobatik bukan?

Persembahan ini merupakan satu-satunya versi bola keranjang di dunia yang beraksi di atas pentas teater. Malah, ada di antara mereka merupakan pemain pasukan bola keranjang Hungary dan pernah menyertai acara NBA dan FIBA sejak 15 tahun lalu. Hebat kan!

 

 Sumber: www.blogrwgenting.com.my

 

Rutin Adagio Skating Ais

Bukan itu sahaja guys, Xtra rasa persembahan ini dapat membuatkan korang tenang seketika. Kerana, persembahan rutin Adagio Skating Ais yang indah mengikut rentak lagu ini mampu memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. 

 

Sumber: www.blogrwgenting.com.my

 

Kesemua persembahan ini dibawakan khas daripada Paris ke Genting Highlands. Malah,  persembahan ini didatangkan khas untuk memberi hiburan kepada pengunjung yang hadir. Dan, semestinya, pertunjukkan selama satu jam ini tidak cukup untuk korang yang pertama kali menyaksikan Imaginatricks.

+Harga Tiket 

Buat korang yang teringin atau sudah bosan dengan aktiviti luar, apa kata korang datang dan dapatkan tiket serendah  Rm196 (lebih pilihan), RM 146 (PS1), dan RM 96 (Galeri). Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 akan  dikenakan. Ahli GRC bakal menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit, atau penebusan Genting Points.

Oh ya! Imaginatricks ini boleh ditonton sehingga tahun hadapan ya! Bermula 25 Mei 2019 hingga 24 mei 2020, slot persembahan adalah pada setiap hari iaitu pada jam 8 malam kecuali pada hari Ahad pada jam 4 petang.  

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.rwgenting.com.my atau hubungi sahaja talian +03 2718 1118!

Amacam guys? Enjoy!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Anggap Ujian Sebagai ‘Teguran’ Kecil, Perkongsian Asyraf Khalid Buat Netizen Terjaga

Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya…

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

鹿晗「破格」新造型惊呆网友

出道近6年的前EXO成员鹿晗,造型多以简单、清新为主,总给人书生、暖男形象的他,4日晚间在微博晒出破格新发型,让网友看了惊呼“脏辫”。

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

34岁日本AV天后苍井空结婚啦!

34岁日本AV天后苍井空1日深夜宣布结婚,抛出2018年娱乐圈第一个震撼弹!她在晒出无名指戴婚戒的照片,并透过社群网站以中,英文宣布喜讯,令全球粉丝又惊又喜。

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

GILIRAN ABAM JADI PENYANYI

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini mahu membuktikan dirinya seorang yang versatile. Cayalah Abam!

LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018
Trending Wed, 22 Apr 2020
Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

19 Tahun Berkahwin, Akhirnya Kajol…

Sebilangan besar peminat kecewa bila mendapat tahu pelakon kegemaran mereka ini memilih aktor Ajay Devgan sebagai suami. Alamak, kenapa tu?

| Live TV