Hiburan By: SGMS Faida February 19, 2019 @ 2:58pm

Padam Atau Tunggu Surat Saman, Zara Zya Beri Amaran Kepada Penulis Blog

Susulan sebuah artikel yang dimuatnaik di sebuah blog, pelakon yang kini sibuk di set penggambaran Pia, Zara Zya dilaporkan berang apabila dikaitkan dengan fitnah.

Menerusi Instagramnya, Zara terkejut dengan artikel bertajuk ‘Hari Kekasih Kantoi Leher Zara Zya Penuh Love Bite?’ yang disifatkan cubaan menjatuhkan reputasinya sebagai pelakon. Zara turut memuat naik sebuah kenyataan yang menulis sepuluh perkara berhubung hal ini.

” Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara.

” Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya,” tulis Zara yang dimaklumkan tentang hal ini oleh beberapa peminatnya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum… . . 1. Terdapat satu posting bertajuk “Hari kekasih kantoi leher zara zya penuh love bite?”melalui blog KAMI di facebook yg cuba menjatuhkan reputasi zara. 2. Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut. 3. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara. 4. Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya. 5. Zara telah dimaklumkan oleh beberapa peminat tentang fitnah tersebut dan terus merujuk kepada peguam peribadi. 6. Peguam zara iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah telah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang2. 7. Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang2 bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara. 8. Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan zara. 9. Zara berharap pihak2 di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi. . . 10. Gambar pelakon @zarinazainuddin_ juga dijadikan sebagai muka depan yg tiada kena mengena dgn tajuk blog tersebut.

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Menurut pelakon berusia 34 tahun ini, peguamnya iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

” Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang- undang bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara.

” Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan Zara,” tegasnya. 

Sementara itu, Zara berharap hal ini tidak akan berulang lagi di mana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan populariti artis untuk kepentingan peribadi.

Malah, Zara turut memberi amaran kepada pemilik blog berkenaan agar membawa turun wajah pelakon Zarina Zainuddin yang dijadikan sebagai muka depan artikel berkenaan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘ Anje, Look At Where You Are Today!’- Sweetnya Ucapan Raf Yaakob Buat Mawar Rashid

Raf juga memberitahu Mawar merupakan seorang wanita berdisiplin dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar, pelakon, anak, isteri dan ibu.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Sun, 25 Nov 2018

#SFMM33: Misha Omar Buktikan ‘Otai Masih Berbisa’

Macam ke gimnasium, kita kena rajin dan jadikan rutin harian untuk kekal sihat. Insya Allah, saya akan praktik hal yang sama.

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Cukur Kening Sewaktu Muda Ini Jawapan Noorkhiriah

Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui …

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Hafreez Adam Dah Bersedia Jadi Suami

Semoga urusan Hafreez dan Zara Zya dipermudahkan. Insya Allah…

Hiburan Sat, 9 Nov 2019
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

tvN《花游记》周末恢复正常播出!

韩国改编自古代传说《西游记》的奇幻戏剧《花游记》找来重量级卡司李升基、车胜元担纲主演,却自开播以来灾难不断,导致戏剧播岀2集就紧急喊卡,搞得人心惶惶。终于在停播一周后,tvN官方5日传来好消息,第三集终于将在6日正常播岀。

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac

Tahniah buat pelakon muda Elvina yang bakal bernikah 18 Mac 2018

| Live TV