Hiburan By: SGMS Fas April 9, 2018 @ 1:02am

Nedim Mohon Bantuan Netizen!

Sesiapa yang melihat wajah anak comel yang menghidap ekzima kritikal ini tentu sekali terasa pilu dan sedih apatah lagi ibu bapanya. Bak kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tetapi ekoran gambar dan rintihan si bapa, dikenali sebagai Danial Rayyan yang memuat naik gambar anaknya itu melalui sosial media dengan memohon doa orang ramai supaya anaknya cepat sembuh, ia menarik perhatian suami Nora Danish, Nedim Nazri yang baharu sahaja menimang cahayamata Februari lalu.

Walau pun sedang bercuti bersama keluarga, Nedim sempat menyampaikan hasrat untuk membantu merawat kos perubatan anak tersebut sambil meminta orang ramai agar membantunya berhubung dengan bapa anak itu.

Malah,  Nedim  bukan sahaja mahu menaja kos rawatan tetapi bersedia menanggung segala perbelanjaan sepenuhnya untuk keluarga terbabit bertemu dengan doktornya  di Kuala Lumpur termasuk penerbangan dan penginapan.

Salam… Boleh periksa bayi kena ekzema tu. Saya nak sponsor (taja) sepenuhnya rawatan untuk berjumpa doktor saya di Kuala Lumpur. Saya akan tanggung hotel, penerbangan untuk ibu dan bapa serta kos perubatan… Terima kasih,” memetik kata Nedim dalam BH Online.

Komen tersebut ditinggalkan pada entri akaun instagram lawak_ker_der yang telah memuat naik semula mesej  Danial Rayyan, meminta orang ramai mendoakan anaknya sembuh.

Mendapat lebih daripada 39,000 tanda suka, rata-rata pembaca memuji niat baik Nedim sekali gus mendoakan bapa ‘Ney Ney’ ini dimurahkan rezeki.

Semoga penama Danial Rayyan atau keluarga terdekat dapat menghubungi Nedim secepat mungkin agar masalah ekzema yang dihadapi anaknya dapat rawatan segera!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 19 Sep 2018
Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Korang suka yang buncit ke yang sado??

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Adira Jawab Gosip Cerai…

Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat.

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Hamil Anak Kedua, Tahniah Amyra Rosli!

Kalau boleh nak rahsiakan dulu tetapi tak sangka Amar sudah umumkan berita kehamilan ini sempena hari jadinya hari ini.

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Bapa Tomok Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Allahyarham Ismail Bin Salam…

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

大S承认怀三胎「怀孕7周」41岁高龄担心吃不消

41岁大S在11日认了真的怀了第三胎,目前才7周,自己也相当担心年龄已经过高,身体吃不消。

| Live TV