Hiburan By: SGMS Faida May 15, 2019 @ 4:29pm

Nabila Huda Bawa Anak Sambut Hari Jadi Cara Berbeza

Sambutan hari kelahiran anaknya, Keisha Laila yang kesembilan, Ahad lalu diraikan pelakon berkarakter, Nabila Huda sedikit berbeza.

Mengambil keberkatan Ramadan, Nabila membawa anak kesayangannya itu ke Kemboja untuk menyertai kembara amal dengan menyelami kehidupan masyarakat Islam di negara itu.

“Selain dapat merasai pengalaman berpuasa di tempat orang, saya mahu mendidik Keisha supaya tidak lupa membantu insan yang kurang bernasib.

“Kebetulan, saya pernah mengunjungi sebuah perkampungan di sana, jadi saya menghubungi semula kenalan untuk melunaskan misi amal ini.

“Di samping bercuti, saya berharap Keisha dapat belajar menghargai erti kehidupan dengan melihat kesusahan orang lain,” katanya.

Nabila yang berkunjung ke negara itu Isnin lalu berkata, Keisha begitu teruja mengikuti beberapa aktiviti yang disusun, termasuk penjagaan kebersihan, selain menyediakan hidangan berbuka puasa.

“Kami mengajar kanak-kanak di perkampungan terbabit kepentingan menjaga kebersihan dengan menyediakan keperluan seperti ubat membasmi kutu.

“Meskipun berdepan masalah komunikasi kerana berbeza bahasa, saya tetap berusaha memberi penerangan menggunakan isyarat dan lenggok tubuh. Alhamdulillah, mereka menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka,” katanya.

Pelakon berusia 35 tahun itu berkata, dia juga tidak dapat melupakan pengalaman ketika mahu berangkat ke negara itu, Isnin lalu.

“Suami, Izwan Johar terpaksa menangguhkan perjalanan ke Kemboja kerana barangan yang mahu dibawa melebihi had berat yang dibenarkan.

“Dia hanya bertolak, kelmarin kerana perlu menguruskan barangan yang ditinggalkan. Memang mencabar kerana suami sepatutnya memandu ke kawasan kampung yang agak terpencil itu.

“Syukur kerana rakan baik saya, Niesa Khalil sanggup mengambil alih tugas itu dan memberanikan diri memandu dan meredah gelap untuk sampai ke kampung itu.

“Walaupun hampir bergadai nyawa, apatah lagi rombongan kami semuanya wanita, pengalaman ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.

Nabila berkata, dia puas melihat wajah penduduk kampung yang begitu berselera menjamah hidangan yang disajikan ketika berbuka puasa.

“Sudah lama saya berhasrat untuk memasak dan menjamu mereka yang memerlukan. Walaupun penat, usaha saya itu berbaloi apabila mereka begitu berselera menikmati hidangan yang disediakan,” katanya.

Bagi merasai sendiri pengalaman hidup di kawasan pedalaman, Nabila dan keluarga memilih untuk tinggal bersama penduduk di kampung terbabit.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

“ANDA BUAT APA HARI INI? TENGOK VIDEO LUCAH? – DR AMALINA BIDAS KOMEN NETIZEN

Apa yang lagi mencuri tumpuan apabila Amalina sendiri membalas tuduhan itu secara sinis dan jauh lebih pedas terhadap netizen tersebut.

Hiburan Sun, 19 May 2019

Adamidam Sudah Tiada…Al-Fatihah

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang solihin. Al-Fatihah…

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kembali Bertiga, Team Pagi SURIA Lebih Kecoh!

Jangan lupa untuk dengarkan Team Pagi Suria okay!

LIFESTYLE Thu, 25 Apr 2019

Spoil Mum & Dad This Parents’ Day with Classic Time Pieces

They’re gorgeous watches which your parents will absolutely treasure.

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Perkahwinan David-Victoria Mula Goyang?

Pasangan selebriti popular yang berkahwin hampir 20 tahun itu dilaporkan sudah lama berdepan dengan masalah perkahwinan namun keretakan hubungan mereka tidak diketahui umum.

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sufian Geram Disangka Masih Belum ‘Move On’

Terhibur pulak terbaca ada peminat Sufian Suhaimi yang menegurnya kerana keadaannya yang seperti tidak terurus dan masih menagih simpati bekas tunangnya, Elfira Loy walaupun Elfira sudah pun berkahwin dan akan bersalin anak pertama bersama suaminya, […]

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Fri, 3 May 2019

Noorkhiriah Tak Mahu Bergambar Dengan Selebriti Tak Bertudung?

Dalam pada itu, dia mengaku mula merindui watak Aisyah yang dilakonkan dalam drama Nur dan Nur 2.

| Live TV