Hiburan By: SGMS Enal May 16, 2018 @ 9:40am

Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit

Hangat dikritik gara-gara ‘Hujan Duit’, Mood Republik bertekad mahu mengekalkan tradisi itu bagi mencipta kelainan untuk festival tahunan mereka itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kimi Iskandar Ismail berkata, pihak mereka akan meneruskan tradisi ‘Hujan Duit’ sebagai salah satu cara menghargai sokongan pengunjung.

Malah, beliau reda dengan apa sahaja pandangan negatif yang dilemparkan terhadap festival sudah memasuki tahun kelima penganjurannya itu.

“Apa sahaja yang kita buat pasti ada yang suka dan tidak suka. Bagaimanapun, saya tetap dengan keputusan untuk meneruskan ‘hujan duit’. Ia adalah kelainan Mood Republik dibandingan festival lain.

“Kami juga sudah menetapkan syarat bahawa kanak-kanak, individu kurang upaya, wanita mengandung dan warga emas tidak boleh menyertai aktiviti berkenaan.

“Kalau ada antara mereka yang melanggar peraturan, pasukan Rela akan bertindak untuk tarik mereka keluar dari kawasan ‘hujan duit’ diadakan,” katanya.

KL Raya Fest 2018 akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 11 Jun. Ia akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti bermula dari jam 10 pagi (8 Jun) hingga 10 pagi (11 Jun).

Menurut Kimi lagi, untuk edisi kali ini, seramai 97 selebriti terlibat menjayakannya malah pelbagai jenama barangan dan produk selebriti turut dihimpunkan di bawah satu bumbung.

“97 selebriti akan sertai festival ini antaranya seperti Emma Maembong, Yana Samsudin, Zain Saidin, Fazura, Ziana Zain dan Elfira Loy. Selain daripada barisan selebriti, pelbagai jenama usahawan lain turut berada di bawah satu bumbung yang sama bagi memberi pilihan kepada pengunjung.

“Mood Republik juga tidak ketinggal menjemput artis dari seberang iaitu Rossa bersama produknya, Rossa Perfume dan Randy Pangalila dengan jenamanya Secret Perfume by Bellessa,” katanya yang menyasarkan seramai 1.5 juta pengunjung hadir ke festival tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

The End of Brangelina: Angelina Jolie Wants Divorce Settled by End of 2018

It seems like there really will be no more Brangelina soon.

Events Wed, 10 Jul 2019

Get Inside ‘Time Capsule’, The Most Hyped Fashion Event In KL That Got Socialites Talking!

Check out this hype fashion exhibition in KLCC, admission is free!

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Tue, 29 May 2018

品冠回马签唱会 粉丝大胆台上索吻

久违的品冠上周末回马为最新专辑《言外之意》举办签唱会,吸引不少粉丝前来一睹偶象风采;除了马来西亚,还包括中国、香港及新加坡的粉丝到场支持!

Hiburan Sat, 25 May 2019
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Dakwaan Tak Endah Anak, Suami Lufya Jawab Tuduhan Netizen!

Dr Che Hafiz turut memuatnaik beberapa keping gambar dia dan anak di dalam mahkamah. 

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Wah…Bocey Pasang Hajat Rakam Lagu ‘Jiwang’

Sejak lima tahun lepas memang kami bercita-cita nak buat single tapi…

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

5566《SINCE 5566》大马站巡演开票日将会额外惊喜!

亚洲天团5566《SINCE 5566》巡回演唱会-大马站9月7日开票将公布额外惊喜!

| Live TV