Hiburan By: Attiqah Mohd February 24, 2020 @ 2:50pm

“Memang Level International”- Neelofa Jadi Selebriti Malaysia Pertama Dijemput Ke Pertunjukan Fesyen Mewah Versace

Seringkali kita melihat susuk selebriti dan personaliti Malaysia Neelofa hadir ke pertunjukan fesyen mewah di luar negara. Daripada jenama terkemuka seperti Dior, Giuseppe Zannoti, Bottega Venetta, Prada. Terbaru, pengusaha jenama Nealofar itu kini dijemput menjadi selebriti pertama hadir ke pertunjukan fesyen jenama mewah Versace di Milan Fashion Week baru-baru ini. 

Tampil bergaya dengan kot berwarna biru turquoise, digayakan dengan skarf tudung biru gelap. Neelofa mengenakan makeup minimalis namun masih tampak “bold” dan “edgy” dengan makeup mata yang memukau.  Menerusi Instagramnya, Neelofa memuat naik kapsyen “feminity with a bit of edgy” sekaligus menggambarkan dirinya seorang yang kreatif dan gemar bereksperimen dengan fesyen. 

Menurut Neelofa lagi, beliau yang sememangnya peminat jenama mewah itu berasa teruja dengan jemputan yang diterima, malah beliau turut teruja melihat koleksi kali ini yang boleh diperagakan bersesuaian dengan dirinya sebagai wanita berhijab. 

” Saya sangat teruja, banyak item yang diperaga di atas pentas boleh saya gayakan dengan hijab”-Neelofa. 

Neelofa yang berada di Milan sejak 21 Februaru lalu turut memenuhi beberapa undangan jenama mewah antarabangsa yang lain sempena minggu fesyen di Kota Milan. 

“Nampak elegen dan classy, love it!”- Peminat

Para peminat Neelofa yang setia mengikuti perkembangan fesyennnya turut memuji pemilihan fesyen Neelofa. Rata-ratanya menyukai penampilan selebriti itu. Nampak elegan dan classy, sesuai dengan personaliti Neelofa yang berani. 

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh usahawan muda ini menjadikan nama beliau sebaris dengan selebriti dan personaliti antarabangsa yang lain. Syabas, Neelofa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Tempoh 3 Hari Untuk Memadamkan Babak Bersentuhan Dalam Muzik Video

Apa sebenarnya yang terjadi diantara mereka berdua dan kenapa babak bersentuhan dalam video perlu dipadamkan ?

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Ehem…Zahirah Macwilson Curi Hati Aiman Hakim?

The fact is there is only you and me…alaaaaa, sweet betul la Aiman ni!

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Farid Kamil Pulang Ke Kampung, Kenapa?

Farid Kamil pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Lagu Terbaharu Zulin Aziz Kini No 1 Trending!

Jodoh itu tidak pernah salah alamat kan

Hiburan Mon, 4 Nov 2019

Pemalu Punca Riena Kurang Popular?

Doakan yang terbaik untuk jenama Mariposa!

Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Wed, 1 May 2019

‘Syukur Tak Diberi ‘Nafsu’ Untuk Terus…’- Noh Salleh Mengaku Sudah Cukup!

Kurniaan mencukupi dari segi makan, pakai, sihat dan dapat bernafas sudah cukup…

| Live TV