Events By: Salma Syahbuddin January 13, 2020 @ 5:36pm

MASDO Tampil Dengan Album Jalan Abbey

Setelah hampir empat tahun semenjak album pertama kumpulan MASDO dilancarkan, kugiran yang membawa muzik bunyian lama yang diberi nafas baru ‘fresh’ ini bakal melancarkan album kedua mereka berjudul JALAN ABBEY.

Album yang begitu istimewa ini seratus-peratus dirakamkan di studio tersohor dunia yang dikenali sebagai Abbey Road Studio. Justeru itu, album ini sangat berkait rapat dari tajuk album sehinggalah ke proses rakamannya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Curi-curi rehat masa rakaman semata nak bergambar depan pintu @abbeyroadstudios ? #JalanAbbey ?: @firdzulkifly

A post shared by Kugiran Masdo (@kugiranmasdo) on

Kugiran Masdo yang dianggotai oleh Ali (vokalis), Asmawi (gitaris), Putu Ceri (bass) dan AM (drum) ini telah diterbangkan ke London pada April 2019 bagi menjalani rakaman album mereka ini.
 
JALAN ABBEY  turut menampilkan AG Coco selaku produser dan Ully Mohamad selaku pembantu jurutera audio. kedua-duanya juga turut membantu dalam pembikinan album ini sehinggalah proses rakaman mengambil masa hanya 13 jam dan mereka berjaya menyiapkan 5 buah lagu untuk album ini.
 
 
Selain itu, Kugiran Masdo telah mendapat jemputan khas dari pihak Abbey Road Studio selepas mereka merasa kagum melihat persembahan pembukaan Kugiran Masdo semasa siri jelajah mereka di Kuala Lumpur pada awal tahun 2019.
 
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album JALAN ABBEY ini adalah, Nearly Near You, Dewi Puspita, Kasih & Sayang, Janji Manis dan Dia. 
 
Lagu dan lirik adalah hasil karya Ali Sariah kecuali lagu Nearly Near You kerana lagu ini adalah hasil karya bekas penyanyi Bootleg Beatles iaitu Adam. Manakala, proses mixing dan mastering album ini  adalah hasil sentuhan pihak Abbey Road Studio.
 
 
 
 
View this post on Instagram

Jalan-jalan di Portobello Road. #JalanAbbey ?: @aqlmuaz

A post shared by Kugiran Masdo (@kugiranmasdo) on

Apapun, tahniah sekali lagi Masdo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

Events Sat, 9 Jun 2018

Festival Anggun Life Himpun Selebriti Paling Ramai!

Nak tahu meriah tak meriah Anggun Life kali ini? Kenalah baca artikel yang kami dah sediakan!

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Bertarung Nyawa Di ICU, Azrul Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh!

Buat masa ini, doktor masih menunggu keputusan ujian bagi menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk rawatan pencegahan.

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

阿娇认爱3月宣布闪婚「医界王阳明」!

港星阿娇(钟欣潼)要结婚了!她2017年10月认爱「医界王阳明」赖弘国(Michael Lai),1日临晨就在IG公开婚戒,并留言甜喊:“下一站幸福”,让粉丝又惊又喜

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Bakal Tunai Umrah, Zamani Mahu Taja Pelajar Tahfiz

Semoga dipermudahkan urusan Zamani di sana, Insya Allah…

Hiburan Tue, 27 Aug 2019
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Buat pertama kali, single Tetap Kamu merupakan gandingan Megat dan Amylea Azizan. Pasti meletop!

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Sakit Belakang Tak Halang Hafiz Bergelar Mentor

Hafiz memberitahu dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Biarpun Hafiz mengalami sakit tulang belakang sejak tiga lalu, undangan menyanyi tetap ada.

Events Mon, 8 Oct 2018

| Live TV