Events By: Salma Syahbuddin January 29, 2018 @ 10:47am

MARK ADAM TUNJUK TARING DI PENTAS BBB2018

Dengan tema kekeluargaan dan kemasyarakatan, pentas BBB 2018 sekali lagi dihangat kan dengan persembahan lawak para peserta dengan menampilkan idea lawak yang lebih kreatif.

Menampilkan Shuk dan Sharif Zero sebagai peserta yang memulakan persembahan pada minggu ketiga ini, Shuk semestinya menghiburkan. Namun, lawak yang cuba ditampilkan memakan masa yang agak lama untuk di terjemahkan dan tidak begitu padat. Bagaimanapun, juri profesional memuji usaha Shuk kerana, pelakon sampingan yang ramai sedikit sebanyak membantu dalam persembahan Shuk pada minggu ketiga ini. Pilihan lagu sketch yang bersesuaian juga amat menarik perhatian.Walaubagaimana pun, persembahan Shuk kali ini terlalu draggy namun punya content yang menarik.

aksi Shuk dan Sharif Zero semasa membuat persembahan pada minggu ketiga

Persembahan kedua diteruskan lagi dengan menampilkan Ajak dan Vicha sebagai pasangan duo pada minggu ini. Persembahan berkonsepkan santai, mengisahkan tentang seorang Majikan dan pekerjanya yang dilamun cinta.  Namun, mengikut juri profesional persembahan Ajak kali ini agak kurang menyerlah dan menasihatkan beliau agar mempunyai plan B sekiranya idea datang secara last minute. Manakala, menurut komen juri jemputan pula, persembahan Ajak dan Vicha seolah-olah memperlihatkan satu adegan drama dengan jalan cerita lawak yang tidak lengkap. 

Ajak dan Vicha dalam sketsa mereka

Tema kekeluargaan dan kemasyarakatan pada kali ini menampilkan tentang seorang abang yang sanggup berkorban kerana adiknya. Abam dan Ropie sekali lagi menunjukkan keserasian menerusi persembahan mereka pada malam tadi. Menurut Apek, persembahan Abam dan Ropie mengingatkan beliau tentang performance Achey dan Bocil pada minggu pertama tentang feeder and killer. Persembahan Abam juga turut dipuji menerusi pemilihan lagunya yang dianggap sangat bersesuaian setiap minggu. Manakala menurut Farah Nabilah selaku juri jemputan, Persembahan Abam begitu kelakar dan mempunyai storyline yang cukup menarik.

Abam memegang watak sebagai abang kepada Ropie

Peserta yang seterusnya menghangatkan pentas persembahan ialah, Mark Adam. Dengan menampilkan storyline yang cukup bagus, Mark dilihat semakin matang dan berani dalam mempersembahkan idea beliau. Bersikap jujur dengan diri sendiri membuatkan Mark Adam semakin mendapat tempat dihati penonton. Juri profesional juga turut memuji pemilihan Wan Sharmila kerana menurut Apek, walaupun Wan Sharmila bukanlah seorang komedian, namun dia membawakan watak yang cukup baik dan begitu spontaneous. Justeru itulah, Mark dinobatkan sebagai juara mingguan untuk kali ini dengan membawa pulang wang berjumlah RM10k.

Mark Adam dan Wan Sharmila digandingkan pada minggu ketiga ini

Pemilihan isu yang padat dan sarat dengan isu -isu viral, Apek turut menghormati idea yang diangkat oleh Issey dan artis jemputannya iaitu Sabri Yunus. Usaha dan idea Issey dalam mengetengahkan isu yang relevan disertakan dengan komedi bukanlah sesuatu yang muda. Malah, bagi Apek sendiri storyline inilah yang dicari-cari oleh pelawak. Lagu sketch juga sangat sarat dengan intipati mengenai isu terkini. Di samping memartabatkan lagu dikir barat yang diolah dengan begitu baik.

Persembahan Issey begitu mencuri perhatian dengan isu viral yang dikatakan begitu relevan

Good Job! itu antara komen Apek terhadap persembahan Achey yang mengisahkan tentang seorang adik yang sedikit sebanyak melupakan pengorbanan abangnya di kampung. Menurut Apek, storyline yang dipersembahkan oleh Achey dan artis jemputannya, Aiman Tino begitu smooth sesuai dengan tema dan isu yang ditampilkan. Gandingan ini juga dikatakan sangat relevan dan seimbang. Achey juga turut dipuji kerana penonton yang hadir juga dapat merasai aura persembahan beliau. 

Gandingan mantap Achey dan Aiman Tino dalam BBB 2018 Minggu ketiga

So, kepada yang masih belum menonton program realiti terbaru terbitan TV3, Bintang Bersama Bintang 2018 ini, pastikan anda meluangkan hari Ahad anda dengan lawak -lawak yang semestinya membuatkan hari Ahad anda dipenuhi dengan gelak ketawa pada setiap Ahad, jam 10 malam atau boleh tonton secara langsung dengan tayangan HD menerusi tonton.com.my.

Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta lawak kegemaran anda di portal kami hanya di xtra.com.my/bbb2018!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Hubungan Kami Setakat Di Sini Sahaja

Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Shiha Zikir Kongsi Tips Buat Peserta Mentor 7

Bukan senang, nak senang ya…Jom dengar apa kata salah seorang senior dari program Mentor ni!

Events Wed, 10 Jul 2019

Tun Mahathir Sambut Hari Jadi Ke 94, Apa Komen Selebriti…

Semoga Tun M terus sihat, Amin! Happy Birthday Tun Mahathir…

Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Pertama Kali Ke Malaysia, KARD Teringin Minum ABC

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Oh NaNa dan Don’t Recall ini juga memaklumkan teringin untuk menikmati juadah tempatan yang pedas.

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Giliran Anak Amar, Amyra Ada Program TV Sendiri

Kini giliran anak pasangan selebriti Amar Baharin-Amyra Rosli pula! Comel habis baby depa tau.

Events Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

黄浚维泪洒记者会!歌唱老师圆10年梦发片

从事教育工作有10年时间的Jinv黄浚维,为了自己的歌唱热诚圆一个梦想,终于推出个人首张专辑《你为什么要唱歌?》;从歌唱老师晋升歌手的他,好友和爱徒纷纷现身记者会,让他不禁泪洒现场。

Events Thu, 10 Oct 2019

Erra Fazira Akui Shahir Bukanlah Pilihan Utama

Wow, habistu siapa agaknya pilihan pertama Erra?

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Gurauan Faezah Elai Tidak Kena, Ini Komen Pedas Fazura

Fazura Marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Faezah Elai yang dianggap sebagai tidak sopan. kenapa ni?

| Live TV