Hiburan By: SGMS Faida May 27, 2019 @ 5:02pm

Mamat Khalid Kecewa ‘17 Puasa’ Bocor Di Laman Sosial

Pengarah filem popular, Mamat Khalid meluahkan rasa kecewa apabila supertelefilem 17 Puasa arahannya yang mula ditayangkan pada 22 Mei lalu mula dimuatnaik secara haram di laman sosial.

Apatah lagi, katanya Supertele 17 Puasa ini diusahakan dengan modal yang dikumpul bersama-sama keluarga dan sahabat taulannya apabila masing-masing ‘cip-in’ untuk mencukupkan bajet untuk dia berkarya.

“Selepas keluar hospital masa itu semangat abang untuk turun mengarah amat tinggi dan mereka tahu ini adalah satu terapi bagi abang mengembalikan semangat dan kesihatan diri yang semakin hari semakin nipis nafasnya,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Mamat akui semasa penggambaran dia menjadi bertenaga dan sentiasa bergegas untuk shot dan babak seterusnya.

Katanya, jika dia tidak mampu untuk turun ke set, pihak produksi akan menyediakan video feed untuk dia membuat penilaian.

” Alhamdulillah, semuanya siap dan selamat ditayangkan atas izin Allah dan sumbangan tenaga warga produksi yang sememangnya profesional dan kuat berkerja.

” Cuma pagi ini sudah mula menular pautan muat turun drama 17 Puasa ini di FB atas usaha mereka yang ingin berkongsi tonton tanpa bayaran kerana dalam pandangan mereka ianya amat kecil dan remeh untuk difikirkan implikasinya kepada abang.

” Jangan lah, abang dapat cuma 50 sen sekali ‘subscription’ setelah ditolak kongsi bersama pihak stesen serta modal pelaburan sahabat taulan.

” Seniman biasa menangis lagi mengenangkan tiada yang sanggup melabur dalam karya abang lagi jika setiap kali dicetak rompak dan dimuat-turun percuma dengan penuh rasa tidak bersalah,” tulisnya.

Supertelefilem bergenre komedi terbaru ini adalah hasil kejayaan judul 16 Puasa tahun lalu yang cukup terkenal dengan taglin ‘Yak Yak Yeah!’ dan Geng Plastik Hitam ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif.

Oleh : Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Usahawan Tempatan Disaran Perbaiki Mutu Penggunaan Bahasa Inggeris

Vivy yang hadir di Menara Ilham bagi menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, sebentar tadi menyuarakan pendapat usaha ini bersesuaian bagi keperluan pasaran global.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

916本地星同唱庆马来西亚日!邓智彰亲自操刀爱国主题曲

《哈咯!马来西亚爱国音乐会》19个单位歌手轮番上阵,唱响916马来西亚日的夜空!

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

’Jangan Rancang Bab Anak’- Shah Iskandar Kongsi Pesanan Buat Pasangan Pengantin Baru

Namun begitu, pasangan ini belum sampai tahap mahu melakukan rawatan kesuburan, IVF atau mengambil anak angkat.

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Muat Naik Gambar Baharu, Hafiz Suip Okay Ke Tu?

Harap semuanya baik-baik saja ya Hafiz…

Trending Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Fri, 11 May 2018

Che Ta Bengang Dikata Playsafe, Sampai Terkeluar Perkataan B**i

Dah kenapa sampai terkeluar perkataan B**i, Che Ta…

Hiburan Fri, 14 Jun 2019
Events Wed, 17 Jan 2018

MENARIK! ELEMEN FESYEN DALAM TROFI AJL32?

Dengan tema Fesyen Dan Muzik. Evolusi Ekspresi dan Identiti bakal menampilkan sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Filem One Two Jaga Menang Besar Di FFM30

Tahniah buat Namron dan seluruh pasukan produksi One Two Jaga!

| Live TV