Hiburan By: SGMS Faida February 28, 2019 @ 5:20pm

Mahu Ulang Fenomena 12 Tahun Lalu, Imran Ajmain Hadiahkan Intan Dan Perak

Nama penyanyi Imran Ajmain mula meledak selepas kemunculan single Seribu Tahun pada tahun 2007.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 37 tahun ini mengharapkan tuah yang sama untuk single terbarunya Intan Dan Perak.

“ Khusus buat pendengar di Malaysia, dia mendapat inspirasi menghasilkan karya terbaru ini selepas menonton filem Blood Diamond lakonan Leonardo DiCaprio pada tahun 2006 berpaksi pengorbanan seorang lelaki terpaksa mendepani situasi gelap dalam perhubungan.

“ Watak utama dalam filem ini ditunjangi oleh Djimon Hounsou yang dijadikan hamba abdi di sebuah tapak perlombongan berlian semasa perang saudara di Sierra Leone, Afrika hingga dia harus melalui banyak onak dan duri untuk mendapatkan intan berharga.”

“ Semua ini dilakukan demi menyelamatkan diri sendiri dan keluarganya daripada peperangan yang berlaku. Walaupun tetap berjaya pada pengakhiran cerita, namun dia menanggung bermacam insiden serta pengalaman yang teramat menyiksa jiwa raganya.”

“ Relevannya, naratif itu juga boleh digunakan di dalam perhubungan moden di mana wanita zaman kini punya pendidikan tinggi sekali gus memiliki pendapatan tinggi hingga menjadikan golongan lelaki pula tidak mampu melakukan hal sama termasuk mengekalkan hubungan,” jelas Imran penuh metafora mengenai lagu baharu tersebut.

Tiada lain, dendam, amarah, kecewa, duka saling berbagi emosi berlaku tanpa mampu dihindar. Dan situasi itu juga cuba diluahkan oleh Imran buat khalayak melalui garapan lirik puitis single terkininya sementara melodi Intan dan Perak digubah oleh Rauzan Rahman serta Avex daripada komuniti HipHop Malaysia.

Tambah Imran, proses rakaman untuk lagu Intan Dan Perak ini tidak mengambil masa yang panjang.

“ Hanya satu malam sahaja untuk disiapkan bersama Faiz Rosli di Nomad Studios, Petaling Jaya.

“ Saya tidak berdepan masalah kala merakam lagu ini kerana telah membuat persiapan sejak awal lagi termasuk menjaga vokal dan tidak terkecuali kesihatan. Justeru, proses rakaman berlangsung dengan lancar tambahan pula saya memang berambisi tinggi untuk muncul semula dengan karya solo usai Seribu Tahun.

“ Tidak ketinggalan, peminat akan mendengar Intan Dan Perak yang masih kekal bermelodi pop balada bersama lenggok suara Melayu saya, namun ada elemen muzik berentak R&B dan Hiphop.

“ Justeru, saya anggap single ini teramat istimewa di hati,” tuntas Imran sambil mengekspresikan konklusi lagu ini.

Imran turut meletakkan ekspektasi tinggi agar single ini diterima baik oleh peminat agar dapat menjadi siulan peminat yang selama ini mengikuti perjalanan karier seninya juga menghimpun pengikut terbaharu terdiri daripada golongan remaja.

Lagu ini akan berada di semua platform digital termasuklah Spotify, Joox, Apple Music dan Youtube bermula 1 Mac ini, jangan lupa dengarkan okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Tiz Zaqyah Kini Kembali Solo!

Perkhabaran gembira buat mereka yang dah lama menaruh hati dengan pelakon jelita ini!

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Hiburan Sun, 8 Dec 2019

Farah Nabila Terpaksa Lupakan Hasrat…

Debaran kian terasa bagi Farah dan Amirul!

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Kata pelakon Hantu Kak Limah ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula. “ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah…

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Jasper、嗯哼都痛到哭了!《爸爸5》未播画面被骂翻

近期非常火红的《爸爸去哪儿5》前阵子到中国甘肃省拍摄,小小春(Jasper)和嗯哼与当地小朋友进行拔河喝牛奶比赛。节目组发放了未播花絮,引来观众一阵争议。

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Eizlan Yusof, Natasha Rosa Sah Bergelar Suami Isteri

Alhamdulillah…tahniah buat pasangan ini!

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Masalah panik yang dialami Haiza memerlukannya rujukan daripada doktor pakar

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

三胞胎「大韩」近照公开!宋一国:别再长了

韩国最萌三胞胎「大韩、民国、万岁」从实境秀窜红,离开节目后回归正常生活,粉丝只能从星爸宋一国的IG才能得知他们近况。趁着三人满6岁生日的前夕,爸爸公开老大摘掉眼镜的「近照」,已逐渐看出小男孩的轮廓,让他舍不得大呼:「别再长啦!」

Hiburan Tue, 15 May 2018

Ziana Zain Trauma, Anak-Anak Terpaksa Jalani Rawatan Psikiatri

Tambah Ziana Zain lagi, anak-anak menjadi takut dan enggan makan kerana takut dimaki ketika berada dikhalayak ramai. 

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas

Ummi Nazeera Kongsi Detik Cemas Lahirkan Ayra Aneesah

| Live TV