Hiburan By: Salma Syahbuddin January 2, 2019 @ 5:56pm

Liyana Jasmay ‘Tunjuk Taring’

Pelakon, pengacara dan usahawan, Liyana Jasmay nampaknya kembali menunjukkan taring nya apabila 2019 ini bakal memperlihatkan ‘baby baru’ beliau yang berjudul Bella & Jamie. Filem sulungnya terbitan Liyana Jasmay ini juga dikahabrkan bakal menemui peminat pada 31 Januari 2019 nanti.

Menarik nafas lega, karya Mermaid Production yang menampilkan dirinya dan Juliana Evans sebagai watak utama dalam filem ini sebenarnya telah menjalani penggambaran pada pertengahan tahun 2015 lagi. Namun, sedikit kelewatan berlaku apabila syarikat tersebut berdepan masalah kewangan.

” Saya amat bersyukur apabila filem berkenaan dapat disempurnakan menerusi dana yang diperolehi daripada projek yang diterbitkan oleh rumah produksi. Dan, berdepan masalah kewangan adalah perkara yang biasa dalam penerbitan filem. Usaha menghasilkan sesebuah karya untuk di tayangkan di pawagam bukannya kerja mudah kerana ianya memerlukan kos yang tinggi.” Katanya

Menurut Liyana Jasmay juga, penerbitan filem Bella & Jamie merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat dirinya sebagai pelakon mahupun produser.

Sumber : Instagram @liyanajasmay

Percaya filem ini bakal mendapat tempat dihati peminat, Liyana Jasmay turut mempraktikkan apa yang dipelajarinya ketika mengikuti kursus filem di New York dahulu.

“Ia sebuah filem yang bercerita mengenai teman baik dan persahabatan. Ketika mengikuti kursus filem di New York, tidak lama dulu, saya turut diajar mengenai pembikinan naskhah yang boleh menyentuh hati penonton.

“Saya sendiri mahu berkongsi cerita dari pelbagai sudut, termasuk sebagai ibu, wanita dan anak. Sebagai pembikin filem, saya takkan menghasilkan cerita yang tidak jujur dan tak dekat di hati,” Jelasnya.

Selain Julianan Evans, filem ini turut dibintangi oleh Khir Rahman, Dynas Mokhtar, dan Izzue Islam. Dan, kalau korang semua nak tahu filem Bella & Jamie ini mengisahkan tentang apa, sama-samalah kita tunggu atau saksikan sendiri pada 31 Januari ini di pawagam yang berhampiran okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Iqram Dinzly Memohon Maaf Pada Semua

Iqram Dinzly memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga manusia tidak sempurna kerana terlepas cakap

Hiburan Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Mungkin Tertekan – Adik

Adakah Farid Kamil memang tertekan atau disebaliknya?

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Muat Naik Gambar Baharu, Hafiz Suip Okay Ke Tu?

Harap semuanya baik-baik saja ya Hafiz…

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Dua Lipa and Hael Husaini Kissed?!

Wow, who would have thought…

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

祖雄变身职业拳击手!为电影每天狂操8小时增肌减脂

Hero祖雄为了新电影《震撼擂台》拳击手角色,每天8小时的严格训练,希望能在荧幕上呈现给观众完美的肌肉线条。

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Hayley Williams Of Paramore Hints A Solo Release?

If the rumours are trumours, then we are blessed for this new year!

Hiburan Thu, 2 May 2019

Tangan besi, Penyanyi ‘Black’ tetap bertenaga

Pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya yang patah tidak menghalang Black Hanifah, meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

Kena Tunggu 23 November Kata Fattah Amin, Fazura

Apa yang cuba disampaikan dan kenapa perlu tunggu hingag 23 November? Apa yang special hari tu nanti

| Live TV