Hiburan By: Attiqah Mohd April 17, 2019 @ 2:10pm

Lisa BLACKPINK Miliki Pengikut Paling Ramai Di Instagram

Ahli Kumpulan K-pop terkenal Blackpink iaitu Lisa dikhabarkan mempunyai pengikut paling ramai di Instagram. Gadis berusia 22 tahun itu dilaporkan menjadi selebriti wanita Korea yang mempunyai pengikut terbanyak di Instagram. Pengikut Lisa mencecah seramai 13 juta dalam masa kurang tujuh bulan. 

Menurut Soompi, ahli kumpulan Blackpink yang versatil itu kini mengatasi populariti selebriti Korea yang lain termasuk beberapa ahli kumpulan idola K-pop lelaki apabila menjadi idola K-pop dengan pengikut paling ramai di Instagram.

Sejak semalam, pengikut Lisa mencecah seramai 17.6 juta di Instagram. Berada di tangga kedua ialah ahli kumpulan K-pop Exo iaitu Chanyeol yang meraih seramai 17.4 juta pengikut. 

Apa yang menarik, gadis kelahiran Thailand ini mencapai jumlah pengikut yang ramai dalam masa kurang setahun sejak beliau membuka akaun instagram rasminya pada bulan Jun yang lalu. 

Soompi turut melaporkan bahawa single terbaru Blackpink, Kill This Love kini berada di tangga 40 dalam carta ke- 100 Billboard. Perkara ini turut memecahkan rekod Blackpink sebagai kumpulan idola wanita pertama yang berjaya meraih tangga teratas.

Kejayaan ini mengatasi sambutan single mereka terdahulu, Ddu Ddu Ddu yang hanya muncul di tangga 55 pada bulan Jun 2018. 

Nampaknya tahun ini memang tahun paling bertuah untuk Blackpink. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Zayn Malik Putus Cinta Lagi?

Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak, bekas anggota kumpulan One Direction ini dikatakan tidak lagi mengikut bekas teman wanitanya di Instagram.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

LIFESTYLE Fri, 30 Nov 2018

使我们过早衰老的不良习惯!

在生活中,也许很多人会觉得自己比同龄的朋友看起来显得比较老,难免会有委屈、不平的感觉。事实上,使我们过早衰老的原因往往来自于我们的不良习惯。

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Wany Hasrita Bintang Paling Popular 2018

Saya sendiri terkejut. Mungkin nervous tu tak begitu ketara tadi di atas pentas tetapi saya memang tak sangka. Syukur Alhamdulillah atas sokongan padu peminat, terima kasih…ini hadiah untuk mereka.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Betulkah Zara Zya Jadi Penyanyi?

Siapa sangka, pelakon kecil molek ini sudah tampil dengan single pertamanya berjudul, Tiada Dendam yang akan diperkenalkan di pelbagai platform digital bermula pada Jumaat

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Strategi Menjadi, Kim Kardashian Jana RM 20 Juta Dalam 5 Minit Je!

Nampaknya, percaturan Kim memang betul menjadi. Apa tidaknya, hanya menjual dalam talian, Kim berjaya mengurangkan kos produksi, iklan dan operasi kedai.

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Gara-Gara Akaun Instagram, @boss_ned Warning Netizen?

Nedim memaklumkan bahawa, baby Ney Ney tidak akan ada akaun sendiri melainkan bila Ney Ney sudah besar dan boleh memilih sendiri sama ada mahu menjadi public figure ataupun hidup in a private life

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

‘Kilang Komedi’ Terima Respon Positif Peminat

Di The Joke Factory juga, kami ada slot khas dipanggil segmen Gelak Gelita iaitu pelawak Melayu yang mengetengahkan bakat mereka. Segmen ini diadakan setiap Isnin pada jam 8.30 malam.

LIFESTYLE Wed, 22 Nov 2017

Tips Beli Rumah Lelong Dengan Gaji Kecil

Dengan gaji kecil anda boleh membeli rumah lelong tapi kenalah ikut tips yang diberikan agar tidak kerugian atau merana

| Live TV