Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2019 @ 1:52pm

‘Lepaskan Syarikat Bukan Sebab Selisih Faham’- Dafi

Penyanyi Dafi mengumumkan tidak lagi bergelar rakan kongsi di dalam syarikat pengurusan LOL Entertainment sejak akhir tahun lalu.

Pelantun lagu popular Bila Terasa Rindu ini memaklumkan keputusannya tidak dipengaruhi sesiapa dan dibuat atas kehendak sendiri.

“ Keputusan mengundurkan diri bukan disebabkan perselisihan faham atau sebagainya. Saya dan Afeeq baik-baik sahaja malah kerjaya saya juga masih diuruskan oleh LOL.

“ Keputusan dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor antaranya sudah terlalu lama membuat benda yang sama. Saya mahu mencari pengalaman dan mencuba sesuatu yang baru,” katanya.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri memaklumkan dia mahu menceburi bidang perniagaan yang tidak berkait dengan dunia hiburan.

” Disebabkan itu saya mahu fokus kepada cabang perniagaan baharu dan perlu lepaskan apa yang saya ada sebelum ini.

“ Saya juga tak ralat membuat keputusan ini kerana syarikat diuruskan oleh kawan baik. Rezeki saya ada di tempat lain,” katanya memberitahu dia masih meneruskan karier sebagai penyanyi.

” Saya tidak ralat kerana kawan baik sendiri yang akan uruskan kerana rezeki saya ada di tempat lain,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Filem Superhero DC Terbaru, Shazam Bakal Gegar Panggung!

Dikatakan menjadi saingan buat Captain Marvel DC Bakal muncul dengan filem superhero terbaru iaitu Shazam!

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Tasha Shilla Di Kata Mencari Publisiti Murahan

Tasha Shila Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri bukannya suka-suka nak seksi.

Hiburan Sun, 14 Oct 2018
Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Fasha Sandha Redha, Belajar Untuk Tidak Terlalu Aktif!

Semoga Fasha terus kuat dan dimurahkan rezeki lagi lepasni!

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

得罪周星驰永不合作!袁咏仪还原24年真相

香港女星袁咏仪娱乐圈有2大传言,据说曾连续得罪2位影坛大咖演员,包括1995年和成龙拍《霹雳火》,其中2句对白要重录却没接大哥电话,更早的是1994年和周星驰合作《凌凌漆大战金枪客》,被传她大言不惭说和星爷风格不一样,以后不用再合作,谣言一传就是20年,对此首度还原真相!

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Siapa Nabila Di Hati Hael?

Saya dan Nabila adalah antara sahabat yang sangat rapat dalam industri. Kami sentiasa berkongsi apa juga pengalaman dalam industi dan saya sangat kagum dengan semangatnya yang tidak berputus-asa.

Selebriti Tue, 20 Feb 2018

DEBARAN MAKIN TERASA, TAHNIAH DYNAS!

Akui Dynas, dia gementar menunggu hari diijabkabulkan biarpun ini kali kedua buatnya. Tahniah Dynas, semoga semuanya berjalan lancar hendaknya, Insha Allah.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Siapa Artis Paling Banyak Ijazah Akademik?

Hebat, tahniah Soo Wincci!

| Live TV