Hiburan By: SGMS Enal February 10, 2018 @ 5:39am

Kongsi Manfaat Dan Kebaikan Buaian Untuk Perkembangan Bayi

Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keperluan sensori yang berbeza. Ada bayi yang tepuk-tepuk sikit dah tidur, malah ada bayi yang boleh tertidur dengan sendiri! Salah satu impian semua mak ayah termasuk saya. Tetapi, ada bayi yang buatlah macam-macam cara dari tepuk berjam-jam, menyanyi atau selawat, bagi puting tiruan, usap-usap kepala dan sebagainya selama berjam-jam tetapi anak tetap menangis

KEBAIKAN BUAIAN UNTUK PERKEMBANGAN BAYI

Pendapat saya, tak salah guna buaian asalkan selamat dan sentiasa dipantau kerana penggunaan buaian adalah salah satu cara untuk merangsang deria vestibular (keseimbangan dan pergerakan) yang penting untuk skil motor kasar anak. Syaratnya tak boleh OVERDOSE sahaja (Baca sampai habis). Kelebihan buaian:

1. MENENANGKAN BAYI

Dulu semasa bayi dalam rahim, 9 bulan bayi dalam kedudukan terawang-awangan. Kejap kepada di atas, kejap kepala di bawah dan berpusing sehinggalah saat bayi keluar dari rahim. Graviti di dunia nyata ini sangat berlainan bagi bayi umpama kita pergi ke planet lain, pasti kucar kacir dan ada masa rindukan graviti di bumi sebab susah nak bergerak.

Ada bayi yang cepat “move on”, keluar-keluar terus elok sahaja dapat sesuaikan diri dengan “planet” baru, ada bayi perlukan masa untuk “move on” sebab itu asyik nak berbuai macam dalam rahim ibu. Buaian memang terbukti boleh menenangkan bayi sebab mimik seakan-akan dalam rahim ibu buat bayi terkenang-kenang kenangan dengan ibu. ❤ (Rindu pula rasa)

2. DERIA PERGERAKAN DAN KESEIMBANGAN

Kedudukan berbuai tak kiralah dengan menggunakan buaian tradisional ataupun buaian moden boleh memberikan bayi perasaan bergerak dan belajar untuk imbangkan badan setiap kali buaian bergerak.

3. PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

Kalau nak tahu, sebenarnya sejarah buaian gantung menggunakan kain sarong adalah berasal dari nenek moyang kita (South East Asia) dan memang terbukti berkesan boleh membantu menenangkan bayi dan bagus untuk merangsang perkembangan motor kasar.

Kini di barat pun dah banyak guna buaian untuk menenangkan bayi, sebab itu sekarang ada banyak produk buaian seperti rocker, bouncer dan sebagainya di pasaran antarabangsa. Jangan terkejut jika saya kata, buaian juga adalah salah satu alat terapi untuk anak mempunyai masalah perkembangan kanak-kanak (Rugi dulu nenek moyang kita tak “patent”kan )

Tetapi masalah yang timbul sekarang bila banyak penyalahgunaan buaian. Lepas itu nak kata

“Orang dulu ok je semua anak-anak guna buaian, jadi orang jugak. Sekarang ini semua benda tak boleh sebab ikut barat sangat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

Fazura Bakal Berduet Dengan Shane Westlife

Fazura bakal bertemu Shane pada Konsert Elmina Lakeside, 19 Januari.

Hiburan Tue, 4 Feb 2020

Isteri Shah Iskandar Bakal Buka Ladang Unta?

Selepas Sup Tulang Merah, Shah dan isteri bakal bela unta pulak?

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Amdan Bin Hj Mat Din…

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

LELAKI CANTIK DAH POTONG A***?

“Lelaki Cantik” ini kembali hangat apabila ramai yang mengecam beliau terutama sekali apabila Safiey memuat naik gambarnya bersama lelaki

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Dakwaan Songlap Duit, Aliff Aziz Bakal Jelas Perkara Sebenar

Nak songlap duit RM1,500 adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun…

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Kaka Azraff Selesa Single

Tanpa mempedulikan kata-kata orang, pelakon dan penyanyi, Kaka Azraff akui selesa hidup solo.

Hiburan Mon, 28 May 2018

Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Bagi Amani, beliau sendiri tidak faham kenapa Dira cuba mencetuskan kekecohan di laman sosila tersebut.

Hiburan Sun, 26 May 2019

Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

“Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif.”

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

| Live TV