Filem By: Syafiqa Irdina November 20, 2019 @ 10:35am

Kolaborasi MYDIN Dalam Misi Kembali Ke Sekolah Ejen Ali Lengkapkan Persiapan Persekolahan 2020!

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) bersama syarikat gergasi Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) dan WAU Animation buat pertama kalinya berkolaborasi untuk memeriahkan persiapan kembali ke sekolah pada tahun 2020 dengan melancarkan kempen ‘Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah Di MYDIN”.

Majlis pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan. Kempen yang berlangsung selama dua bulan ini akan bermula pada 1 Disember 2019 dan berakhir pada 31 Januari 2020.

 

Sumber: www.xtra.com.my

Melalui kempen dan kolaborasi ini, pelbagai koleksi eksklusif  lengkap persekolahan koleksi Ejen Ali ditawarkan khas untuk orang ramai. Kerjasama ini dijangka dapat menarik perhatian kanak-kanak seperti set uniform lengkap sekolah, stoking dan sebagainya. Eksklusif buat mereka yang bakal melangkah ke alam persekolahan pada tahun 2020!

Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin.

 “MYDIN sentiasa komited menyediakan kelengkapan persekolahan dengan harga yang kompetitif dan berbaloi. MYDIN yang memiliki 72 cawangan seluruh negara melihat kerjasama ini sebagai salah satu komitmen mengangkat hasil karya tempatan ke taraf antarabangsa. Selain itu, kami turut membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki koleksi ini melalui dana tabung MYDIN Prihatin.” kata Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin.

 

Datuk Ahmad Izham Omar

“Kempen ini merupakan platform terbaik untuk Primeworks Studios memperluaskan jenama Ejen Ali kepada kanak-kanak. Penghasilan animasi popular dengan kerjasama WAU Animation ini telah menjadikan karakter Ejen Ali sebagai ‘role model’  yang positif kepada orang ramai. Dengan promosi yang meluas bersama pihak MYDIN, kami percaya kesan kolaborasi ini dapat memberi satu pengalaman membeli-belah yang inovatif sejajar dengan aktiviti promosi yang pelbagai di MYDIN.” oleh Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios.

 

Miliki Koleksi Karakter Filem Ejen Ali!

Apa yang membuatkan kempen kali ini lebih istimewa ialah orang ramai berpeluang memiliki koleksi dari karakter filem Ejen Ali yang hanya boleh didapati secara eksklusif di cawangan MYDIN di seluruh negara. Dengan setiap pembelian berjumlah RM50 ke atas, pembeli  boleh mendapatkan satu kad figura karakter Ejen Ali secara percuma! Pembeli juga boleh mengumpulkan kesemua 6 koleksi kad karakter Ejen Ali dan berpeluang membeli sebuah kotak set permulaan Ejen.

 

Tabung MYDIN Prihatin

Sempena kempen kembali ke sekolah ini, MYDIN turut menggerakkan tabung MYDIN Prihatin untuk program tanggungjawab sosial korporat yang telah dilancarkan pada perayaan Deepavali lepas. Kutipan jualan produk sebanyak 5 sen hingga 20 sen dari jenama produk Alagappa’s, Ameera, Julie’s, Lady’s Choice, Antabax, Pran, Ceygold, Trichy serta Vinda akan disumbangkan kepada 500 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari 10 sekolah terpilih. Setiap jumlah belian produk terpilih yang disalurkan ke Tabung MYDIN Prihatin akan dikumpulkan dan jumlah wang tersebut akan digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan dari koleksi eksklusif Ejen Ali.

 

Program Jelajah Misi Ejen Ali

Program Jelajah Misi Ejen Ali juga  bakal berlangsung di MYDIN Seremban 2, MYDIN Parit Buntar, Perak dan MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Aktiviti jelajah ini bakal dimeriahkan lagi dengan kemunculan maskot karakter utama filem EJEN ALI THE MOVIE iaitu Ejen Ali dan Ejen Alicia di 20 cawangan terpilih MYDIN. SAktiviti-aktiviti menarik yang dijangka bakal menambah tarikan kepada kempen ini adalah seperti pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen, ‘slime making’, kuiz Ejen Ali. Jangan lupa hadirkan diri bersama anak-anak anda!

Sumber: www.xtra.com.my

 

Peluang Menangi Hadiah Percuma

Bagi menghangatkan lagi kempen ini, MYDIN turut menjalinkan kerjasama strategik bersama CJWOW,  syarikat yang mempunyai posisi yang kukuh dalam pasaran e-dagang di negara ini dengan menawarkan pakej pembelian eksklusif melalui rancangan CJWOW Shop. Penonton berpeluang mendapatkan pakej menarik dengan pelbagai tawaran serta hadiah percuma. Tawaran ini adalah terhad hanya pada siaran 13 Disember 2019 (Jumaat) sahaja. Menerusi tawaran istimewa ini, penonton dapat membeli 2 set baju sekolah dengan harga serendah RM99. Antara hadiah percuma yang bakal diperolehi oleh penonton adalah t-shirt eksklusif Ejen Ali keluaran MYDIN, bekas botol minuman (700 ml), poster filem dan fail ‘EJEN ALI THE MOVIE’.

 

Sumber: www.xtra.com.my

Sumber: www.xtra.com.my

 

Jadi, tunggu apa Ejen? Meriahkan barangan keperluan sekolah dengan mendapatkan koleksi daripada MYDIN dan Ejen Ali di MYDIN berdekatan anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Jan 2020

Tak Biasa Naik Komuter, Nia Ramadhani Mengadu Kepanasan

Naik kenderaan awam tapi baju meletops!

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

‘Antara Ramai Pengarah, Mawi Je Yang….’- Along Cham Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam ‘Tiada Tajuk’

Kata Along, Mawi antara pengarah yang ‘rare’ pernah dia bekerjasama. Apa yang ‘rare’ tu Along?

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Hiburan Sat, 22 Sep 2018
Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Suami Bella Dally Diserang Virus Influenza

Suhu badannya juga agak tinggi dan perlu pemerhatian doktor sehingga pulih.

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Filem Wed, 16 Jan 2019

These Epic Mistakes on Pujaan Hati Kanda Will Make You Facepalm

How could anyone make such silly mistakes in filming?

Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

Bagaimana Nak Elak Cirit Birit Di Musim Perayaan? Ikuti Tips Ini!

Bila juadah raya terhidang depan mata, habis korang ‘balun’ tanpa rasa bersalah kan? Maklumlah, dah sebulan menahan lapar dan dahaga, waktu berayalah korang balas-dendam makan sampai kenyang kan! Bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam […]

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Panas! Alicia Amin Tak Berbaju Lagi?

Teruk sangat ke gambar bogel Alicia ni?

| Live TV