Hiburan By: Del14 October 9, 2019 @ 4:37pm

Kerjaya Nazim Dikatakan ‘Sendu’ Kerana Asyik Bercuti!

Sebagai selebriti kadang-kadang mesti pening nak melayan karenah netizen.  Ada je yang tak kena pada mata mereka.  

Ini yang terjadi kepada pelakon dan model, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman (35 tahun) baru-baru ini yang telah menjawab pertanyaan sinis netizen tentang hidupnya yang dikatakan ‘sendu’ kerana asyik memuatnaik foto bercuti seolah-olah kurang tawaran berlakon.

“Nazim ni asyik bercuti je? Tak kerja ke? So sendu.

“Dalam setahun ada 365 hari.  Saya bercuti 60 hari.  Ada baki 305 hari lagi untuk bekerja.  Satu hari saya bekerja bukan 8 jam.  Adakalanya keluar rumah subuh, habis shoot pukul 2/3 pagi,” tulis Nazim. 

 
 
 
View this post on Instagram

“Nazim ni asyik bercuti je? Tak kerja ke? So sendu” . Dalam setahun ada 365 hari. Saya bercuti 60 hari. Ada balance 305 hari lagi untuk bekerja. Satu hari saya bekerja bukan 8 jam. Adakalanya keluar rumah subuh, habis shoot pukul 2 / 3 pagi. . “Abis tu? Kat IG penuh gambar bercuti je? Tak banyak gambar tengah keja pun?” . Hasil keja saya boleh tengok kat TV. Gambar travel saya tak kan keluar TV. Masuk IG je itu pun tak semua. Kalau post semua, takut U muntah nanti. ? . I work hard , harder than some of U out there. However, I prefer to keep the work under the radar. Keluar TV nanti orang taulah. Takde istilah penat because I love hustling , my way. At this point, I make sure my career and life seimbang. I’d like to be known as an actor , bukan instafamous pose2 bersiap merely for the sake of gaining likes on social media. Anyway, ada banyak lagi drama saya dah siap atau tengah shoot & belum keluar TV. Antaranya : . Mr Ferrari Ms Lamborghini ( 13 episod ) Lara Syakila ( 30 episod ) Cindai ( 20 episod ) Suri Katriana ( 50 episod ) . I humbly thank U all for your continuous support and love. Selamat menonton sambil mengunyah kuaci bunga. ?

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Habis tu? Kat IG penuh gambar bercuti je?  Tak banyak gambar tengah kerja pun?

“Hasil kerja saya boleh tengok kat TV.  Gambar travel saya tak kan keluar TV.  Masuk IG je itu pun tak semua.  Kalau post semua, takut awak muntah nanti.

“Saya bekerja keras, lebih gigih dari sesetengah orang.  Walau bagaimanapun, saya lebih gemar untuk menyimpan kerja di bawah radar.  Keluar TV nanti orang taulah. 

“Takde istilah penah sebab I love hustling, cara saya. Pada masa ini, saya akan pastikan kerjaya dan hidup peribadi saya seimbang.

“Saya mahu dikenali sebagai pelakon, dan bukan instafamous bersiap semata-mata untuk mendapat ‘likes’ di media sosial,” jawab pelakon Awan Dania ini. 

Nazim juga berkata bahawa banyak drama lakonannya yang telah siap ataupun sedang dalam penggambaran dan belum keluar di kaca televisyen. Bukannya dia tidak bekerja langsung. 

“Apa-apapun ada banyak lagi drama saya dah siap atau tengah shoot dan belum keluar TV. Antaranya: Mr Ferrari Ms Lamborghini (13 episod), Lara Syakila (30 episod), Cindai (20 episod), dan Suri Katriana (50 episod). 

“Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan kasih sayang yang berterusan.  Selamat menonton sambil mengunyah kuaci bunga.

Tak apalah Nazim, sendu atau tidak, tuan empunya badan yang tau bila duit berkepuk-kepuk dalam bank hasil titik peluh sendiri. Orang ramai hanya boleh omong-omong kosong saja, betul tak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Bosan Gerak Solo, Black Hanifah Tubuh Kumpulan?

Apa pun, jangan lupa saksikan Black dan protegenya, Aedy dan Bulan setiap Ahad jam 9 malam di TV3 okay! 

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Rakan Dedah Accapan Sangat Merendah Diri Dan Tidak Berkira

Bekerjasama dalam sitkom yang bermula pada tahun 1985, Angeline memberitahu mendiang seorang yang gemar berkongsi ilmu ketika bekerja.

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

“Tak Mampu Nak Bayar” Punca Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

Semoga berita ini memberi pengajaran buat golongan artis diluar sana okay!

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Cukur Kening Sewaktu Muda Ini Jawapan Noorkhiriah

Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui …

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Wafiy Mengaku Tak Minat Nyanyi Lagu Jiwang

Boleh mengacara, bernyanyi dan berlakon, Wafiey menjalani kehidupan dengan jadual harian padat sejak usia lima tahun lagi.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Dapatkan Klu #ICSYVMY Bermula 4 Ogos Ini!

Dengar jangan tak dengar!

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Alvin鍾瑾桦28岁生日!粉丝买巴士广告送惊喜

本月23日即将迎来28岁生日的Alvin鍾瑾桦,日前后援粉丝会特别为他举办生日派对,并买下印有鍾瑾桦肖像的巴士广告送上惊喜!

Contest Fri, 16 Nov 2018

#xtra好康头 | 让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险

送你VIP入门票,让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险!

LIFESTYLE Sat, 22 Dec 2018

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain

Festival Takanakuy, Penduduk Dibenarkan Bertumbuk, Menggigit Satu Sama Lain Untuk Lepas Geram Setiap 25 Disember

| Live TV