Hiburan By: SGMS Enal December 20, 2017 @ 2:17am

Kenapa Iqram Dinzly Nafi Berkelakuan Pelik

“Saya jadi begini bukan selepas bapa meninggal, tapi sebelum itu lagi”

Itulah jawapan balas yang diberikan oleh pelakon, Iqram Dinzly terhadap kritikan netizen susulan tularnya beberapa rakaman video yang memaparkan kelakuannya yang didakwa pelik dan lucah baru-baru ini.

Malah katanya, dia lebih mengenali diri dan kehidupan semenjak ayahnya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad meninggal dunia, 10 Oktober lalu.

“Saya ‘enjoy’ kehidupan sekarang. Saya tak kacau orang pun, sebaliknya orang saja suka kacau saya. Lepas ayah meninggal, saya lebih kenal diri dan kehidupan. Malah, bapa tinggalkan banyak perkara kebaikan untuk saya.

“Orang yang sebarkan cerita ini macam pernah duduk sebilik dengan saya sehingga tahu segalanya. Sesiapa yang nak jatuhkan saya, silakan. Buat apa nak takut, saya tak pernah buat salah pun,” katanya.

Iqram dalam pada itu sempat menegur sikap netizen yang dianggapnya sering melontarkan komen-komen negatif terhadap dirinya.

“Saya malas habiskan masa layan netizen yang selalu beranggapan negatif. Mereka ini yang patut kita sedekahkan Al fatihah selalu agar dilindungi.

“Selagi netizen tak minta maaf satu persatu dengan saya, saya akan terus mendiamkan diri. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Ini rezeki Allah,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika masyarakat menganggap dirinya sebagai orang gila kerana baginya menjadi orang gila ada bagus kerana di janjikan syurga.

Dia pada masa yang sama juga menafikan dirinya berkelakuan sedemikian kerana mengamalkan ilmu tarekat atau tasawuf.

“Saya masih berlandaskan Al quran dan sunnah. Guru saya memerhatikan apa saya lalui sekarang. Terima kasih sahabat dan keluarga yang sentiasa berikan kata-kata positif.

“Saya minta maaf sekali lagi atas segala apa dibuat selama ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman berkata pihaknya sedang mengusahakan satu pertemuan dengan Iqram bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

“Kita nak juga tahu apa masalah dihadapi Iqram. Sekiranya ada, baru kita boleh bantu apa yang perlu. Sebelum ini memang tak tahu keadaan dia sehingga ia menjadi tular.

“Mungkin selama ini dia sorok dan tak nak berkongsi. Jadi, kita kena jumpa dulu. Ini antara peranan persatuan untuk membantu ahli,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Terserahlah…Janna Nick Tak Kisah Dah

Saya tahu tidak semua boleh menerima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka…Saya tidak melatah.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

CHACHA TAMPAL ‘MAKE UP’ SOROK HIDUNG RETAK

  Baharu sahaja Ahad lalu, Melodi memaparkan hal Chacha Maembong dan penyanyi Didi Astillah terlibat dalam kemalangan kereta. Melalui perbualan telefon waktu itu, Chacha memberitahu dia masih berehat di rumah kerana alami retak pada batang […]

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Kini Fathia Sudah Hilang Sabar?

Nampaknya, pelakon Fathia Latiff sudah hilang sabar dan mula membuka mulut menerusi laman Twitternya…

Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Tonton Kini Lebih Xtra

majlis pelancaran XTRA turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal antaranya Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack, Farah Nabilah dan ramai lagi.

| Live TV