Hiburan By: SGMS Faida June 25, 2019 @ 6:51pm

‘Kawan Segan Nak Berlawak Dengan Saya Sebab…’- Thai Kongsi Pengalaman Selepas Berhijrah

‘Apa Celop, Toqq?’, korang mesti masih ingat dialog yang cukup terkenal menerusi sebuah filem yang ditayang sekitar tahun 2012.

Pelakon yang menaikkan tagline itu, Taiyuddin Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai memaklumkan dia masih aktif berlakon meskipun sudah tampil dengan imej Islamik.

” Saya masih menerima tawaran berlakon seperti biasa cuma watak yang ditawarkan sedikit berbeza.

” Mungkin dengan imej begini, orang anggap saya sudah menjadi Tai yang lain. Saya masih orang yang sama yang masih dalam proses mendalami agama,” katanya ketika ditemui di sidang media teater Neo Disiden.

Pengarah Terbaik di Festival Teater Kuala Lumpur 2005 ini turut berkongsi kisah di mana ada di antara rakan-rakan lama yang segan ketika duduk semeja. 

” Sebelum berhijrah, saya memang dikenali dengan karakter pak lawak bukan sahaja di kaca tv tetapi di luar juga.

” Cuma sejak berhijrah, ada di antara kawan-kawan yang segan nak berbual. Mungkin dengan imej begini orang ingat saya dah tak nak berlawak walhal saya okay sahaja.

” Mengenai tawaran berlakon pula, saya akan terus berlakon selagi ada tawaran. Saya akan berdakwah menerusi lakonan. Jika ada watak yang sesuai dengan penghijrahan ini dan tiada babak bersentuhan dengan pelakon wanita, saya pasti terima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tai bakal tampil dalam teater Neo Disiden yang mendapat inspirasi daripada ‘Tragedi Brutus’ dari karya sasterawan William Shakespeare.

Pementasan ini akan diadakan selama tiga hari bermula dari 19 hingga 21 Julai 2019 jam 8.30  malam di Panggung Eksperimen, Aswara.

Naskah nukilan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah arahan bersama oleh NamRon dan Khairunazwan Rodzy.

Teater ini turut dijayakan bersama gabungan nama-nama pengiat seni yang terdiri daripada graduan dan alumni ASWARA yang telah mencipta nama dalam industri seni negara.

Antaranya Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin (Sallehuddin Abu Bakar) Along Eyzenndy, Akmal Ahmad dan beberapa nama baru yang aktif dalam seni lakonan sama ada teater mahupun perfileman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020

Sekolah Dibuka Semula Bermula 24 Jun

Adik-adik dah bersedia?

Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

Events Fri, 6 Sep 2019

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!伴你度过美好的周末

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!约定你9月7日及8日,让一众艺人朋友伴你度过美好的周末,共庆中秋佳节庆团圆。

Hiburan Sun, 20 May 2018

丁当一套歌服唱全场 女歌迷向男友求婚

暌违两年半,Della丁当再次来马开唱!有别于以往演唱会,丁当《想恋一个爱》一恋十年大马演唱会,一套歌服唱全场,唱唱聊聊150分钟。现场一名女歌迷大胆在丁当的见证下,向男友求婚,引起全场尖叫。

Events Tue, 30 Oct 2018
Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Nak Tengok Paduan Suara Awie, Ella? Jom Ke Dinner GIG 2018!

Dinner GIG 2018 bertujan untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan Kelab Bola Sepak Felda United. Jom support!

TECH Mon, 20 Aug 2018
Hiburan Tue, 3 Mar 2020

COVID 19: Pegawai Dan Staff Istana Antara Yang Perlu Jalani Ujian Saringan Kesihatan

Semoga Allah peliharakanlah Raja kita dan diri kita semua daripada wabak penyakit ini

| Live TV