Hiburan By: SGMS Faida March 14, 2019 @ 4:31pm

‘Jangan Suka Besarkan Hal Remeh’- Wawa Zainal Kongsi Tips Kahwin Di Usia Muda

Tujuh tahun bergelar isteri, pelakon Wawa Zainal mengakui berdepan dengan cabaran menggalas tanggungjawab di fasa awal perkahwinan.

Kata pelakon berusia 27 tahun ini, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang amat penyabar.

“ Saya berkahwin pada usia 20 tahun. Biasalah, wanita muda ini jiwanya suka memberontak. Satu hal yang saya belajar, sebagai isteri kita jangan suka besarkan hal yang remeh.

“ Saya mengaku dahulu seorang yang suka besarkan hal yang kecil. Boleh gaduhlah dibuatnya. Mujur suami banyak bersabar dan saya berubah seiring umur,” kata Wawa ketika ditemui di majlis pelancaran kempen pemeriksaan kesihatan gusi 1 juta Gumbatte 2019, hari ini.

Ibu kepada dua anak ini turut menasihatkan wanita terutama yang berkahwin pada usia muda agar sentiasa berfikir secara matang dalam menyelesaikan masalah.

“ Sebenarnya apabila keadaan keluarga kita bahagia dan sentiasa menjaga hati pasangan masing-masing, rezeki kita akan lebih mencurah. Jangan sesekali suka mencari masalah kerana ia boleh menyekat rezeki,” katanya.

Dalam masa sama, suaminya Aeril Zafril turut sependapat dengan isterinya bahawa toleransi adalah kunci kejayaan dalam sesebuah perkahwinan.

“ Salah satu tips yang boleh saya kongsi, jangan sesekali merahsiakan password telefon bimbit daripada pasangan. Itu akan membuatkan pasangan curiga seterusnya boleh mencetuskan pergaduhan.

“ Dalam masa sama, jangan bawa masalah rumah tangga ke media sosial kerana impaknya lebih buruk. Segala masalah boleh dibawa berbincang bersama,” katanya.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Wartawan: SGMS Fas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Sesak Nafas Berterusan, Wan Maimunah Masuk Hospital

Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Shukri Yahaya Seronok Jadi Pelumba ‘Halal’

Tipsnya, tenang dan sabar. Kalau gelabah…memang terbabaslah jawabnya kan?

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Mana Ada Tiru Lagu KPOP?’- Ayda Jebat Komen Isu Lagu Temberang

Muzik video Temberang diinspirasi daripada muzik KPOP manakala lagu pula ada unsur Dangdut Arabic. Jangan cakap ciplak muzik KPOP pula okay…

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Tahniah Black! Akhirnya Dayyan Dah Dapat Adik

Selamat berpantang buat Cira!

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Kontroversi Bukan Punca Putus Cinta, Intan Najuwa Kembali Solo

Patah tumbuh hilang berganti, InshaAllah ada yang lebih baik untuk Intan…

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

Muka Sweet Tapi Fify Azmi Suka Gaduh?

Dah tengok Wira ke belum??

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Wah, lepasni bolehlah tumpang kereta Syamel ronda-ronda

Hiburan Thu, 16 Apr 2020
Trending Mon, 20 Apr 2020
Hiburan Fri, 8 Feb 2019

| Live TV