Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2018 @ 6:13am

HAEL TAK BOLEH BAYANG HIDUP TANPA HELENA

Pemenang trofi Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL)  Hael Husaini sama sekali tidak menyangka kemenangan besar berpihak kepadanya.

Apa tidaknya, melihat kepada persaingan sengit terutama persembahan ‘otai’ seperti Dayang Nurfaizah, terkejut Hael dibuatnya!

” Saya tak pernah bayangkan mendapat tempat sebegini di dalam industri seni suara. Kejayaan ini mungkin pengenalan bagi karier saya. Sungguh saya tak ramal boleh menang pada malam ini, Syukur!,” katanya yang kagum dengan vokal mantap Ernie Zakrie menerusi persembahan ‘Aku Cinta’.  

Inilah rezeki namanya…Akui Hael lagi, kemenangannya turut berkait rapat dengan kehadiran Helena dalam hidupnya.

Saya menumpang rezeki Helena. Sejak kehadiran bayi perempuan comel ini, saya akui rezeki dalam bidang seni semakin mencurah-curah,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media, semalam.

Kata jejaka berusia 29 tahun ini lagi, Helena merupakan anugerah terindah dalam hidupnya dan kemenangan ini ditujukan khusus untuk bayi comel itu…Alahai, sweet la daddy Hael ni.

Saya tidak boleh bayangkan hidup tanpa Helena,” ujarnya ringkas.

Malam kemuncak AJL32 menyaksikan lagu Jampi ciptaan Hael dan Ezra Kong, menewaskan 11 lagu lain.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000. Tahniah Hael dan Ezra!

Dalam masa sama, Hael yang bergiat aktif dalam mencipta lagu turut memberitahu dia bakal menerbitkan lagu untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Insya-Allah, akan ada satu projek khas. Perancangannya dalam tahun ini juga cuma saya tak boleh nak cerita dengan lebih lanjut. Tunggu okay,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Artis Sendu? Giliran Diana Danielle ‘Sekolahkan’ Vida

Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini dengan kontroversi ntah apa-apa!

Hiburan Thu, 25 Oct 2018
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Awal Dan Scha Nak Anak Lagi?

Scha Mengandung Ke?

Hiburan Sun, 21 Oct 2018

Auwww…Hati Kak Lina Pom Pom Dah Dimiliki

Ramai netizen yang gembira dengan khabar terbaru ini dan berharap hubungan Kak Lina Pom Pom bersama jejaka misteri ini bahagia seterusnya ke jinjang pelamin. Insya Allah…

Hiburan Mon, 24 Feb 2020
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

邓紫棋任2018饥饿30爱心大使「带全家人来参与!」

铁肺歌手G.E.M.邓紫棋今日已马来西亚世界宣明会2018《饥饿30》爱心大使的身份出席饥饿30推介礼,正式为今年的饥饿30活动掀开了序幕!

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Penyanyi Ddu-Du-Ddu-Du Datang KL 23 Februari 2019

Wohooo…siapa kat sini excited macam we all? Tak sabarnya!

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Britney Spears Bakal Berkahwin Lagi?

Third’s time a charm? Mungkin!

| Live TV