Hiburan By: SGMS Enal December 17, 2017 @ 4:25am

Elak bercinta sesama artis, Amira pilih lelaki biasa

Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Amira Othman tidak pernah cepat melatah dengan gosip cinta yang terkait dengan dirinya. Apa yang pasti, anak kelahiran Johor Bahru ini hanya tergelak besar mendengarnya.

“Buat masa sekarang memang belum ada sesiapa pun yang bertandang di hati. Itulah kadang-kadang apabila orang cuba kaitkan saya dengan mana-mana individu, rasa hairan juga.

“Adakalanya saya terfikir macam mana mereka boleh terfikir sehingga ke situ (wujud hubungan cinta). Walhal hanyalah sekadar kawan-kawan sahaja,” luah Amira menerusi Kosmo Online!

Gadis berusia 25 tahun ini tidak pernah menolak soal jodoh Cuma buat masa ini, dia belum mahu memikirkan soal cinta.

“Saya juga sudah mempunyai perancangan sendiri mengenai soal masa depannya untuk membina kehidupan berumah tangga suatu hari nanti,” katanya.

Biarpun bergelumang dalam industri hiburan, kata Amira, seboleh-bolehnya dia mahukan jejaka yang bukan dalam lapangan sama.

“Kalau boleh saya nak elakkan orang yang sama dalam industri ini. Bagaimanapun, kalau sudah tertulis jodoh yang itu (orang seni), kena terima jugalah. Orang kata, yang kita tak mahulah itu nanti yang kita dapat,” seloroh kakak kepada penyanyi Irfan Haris ini.

Barangkali ada yang melihat pasangan dalam satu lapangan lebih mudah kerana saling memahami ragam kerja masing-masing, namun tidak pada kaca mata Amira.

Ini kerana, pelantun lagu Jaga-Jaga itu mempunyai alasan tersendiri. Tidak segan mengakui dirinya kuat cemburu, Amira meletakkan faktor tersebut sebagai penyebab utama dia enggan pasangan hidup dalam radar yang sama.

“Bukan apa, kalau nak tahu saya ini memang seorang yang kuat cemburu. Jadi, atas sebab itulah kalau boleh biarlah teman hidup itu bukan pelakon atau penyanyi.

“Bimbang pula saya asyik cemburu sahaja nanti. Maklumlah orang perempuan memang lumrahnya ada perasaan sebegitu, beremosi sedikit,” kongsi pengacara program Nasi Lemak Kopi O itu.

Biarpun begitu, kata Amira, dia meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga pada usianya mencecah 27 tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

八度空间「送Happy流动卡车」造势活动正式开跑

「送Happy流动卡车」造势活动将于2019年1月5日起正式开跑!

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ibu Sumber Inspirasi, Cef Sherson Buka Restoran Masakan India

Sejak kecik Sherson sudah terbiasa menikmati juadah bervariasi.

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ji Suk Jin’s Father Passes Away

May he rest in peace.

Events Sat, 4 May 2019
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Fasha Sandha Puji Sikap Fazura

Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank you juga to Fattah…

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tak Mahu Lagi Kejar Dunia, Awi Rafael Tukar Selera?

Akuinya, dia mula ‘tersedar’ selepas sembuh daripada penyakit ekzema teruk beberapa bulan lalu sekaligus berhasrat menghasilkan lagu yang penuh nilai moral.

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Bahagia Bersama Isteri, Aeril Tiada Niat ‘Show Off’

Usia perkahwinan yang sudah memasuki tujuh tahun ini,  Aeril mengakui dia dan isterinya sudah cukup matang dalam mengawal emosi termasuklah hal rumah tangga tanpa ada rasa cemburu atau terasa hati lagi

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

赴中国年度盛典领殊荣!玛莎以「最具潜力新人」姿态进军中国

继茜拉成第二位受王炳智力捧的马来歌手,玛莎以「最具潜力新人」姿态 强势进军中国 。

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Tak Bertegur Dengan Heroin, Apa Jawab Syafiq Kyle Eh?

Pasangan pelakon ini pernah digosipkan bercinta pada tahun lalu namun dinafikan oleh keduanya. Agak-agak selepas tayangan Langsuir, adakah Syafiq dan Hannah akan berlakon bersama lagi?

| Live TV