Hiburan By: Salma Syahbuddin October 3, 2018 @ 7:00pm

Dayangku Intan Beri Inspirasi Buat Golongan Wanita

Kalau sebelum ini pemilik nama sebenar Tengku Intan Tengku Abdul Hamid mahu mengadakan konsert bagi menampung kos pembedahan buah pinggang suaminya yang menelan belanja hampir ratusan ribu ringgit. Dan pada 29 September lalu, penyanyi yang popular menerusi lagu Semakin Rindu Semakin Sayang ini telahpun selamat memindahkan buah pinggang beliau kepada suami tercinta, Rosman Yahil. 

Namun, bagi Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air  (YKAT), Datuk DJ Dave berkata, pengorbanan penyanyi ini buat suami patut dijadikan sumber inspirasi khasnya golongan wanita. Menurut DJ Dave, Dayangku Intan bukan sahaja memberikan sumbangan yang cukup besar dalam bidang seni tetapi kepada keluarganya. 

Sumber : Instagram @dayangkuintan

“Intan isteri yang sangat baik dan sangat menyayangi suami serta keluarganya. Kita doakan semoga mereka berdua kekal bahagai dalam melayari rumah tangga selepas menjalani pembedahan yang penuh risiko ini.” Katanya ketika melawat penyanyi itu di Pusat Perubatan Prince Court.

Dalam pada itu, Datuk Nash yang juga merupakan Pemegang Amanah YKAT serta Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin turut berkunjung melawat penyanyi 80-an itu. 

Menurut Nash, semangat dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Dayangku Intan buat suaminya itu memang suatu yang hebat dan luar biasa termasuklah lelaki seeprti beliau.

“Dia wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah lelaki seperti saya.” Tambahnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Intan Najuwa Serik Dengan Lelaki Gila Duit?

Intan Najuwa tekad menjadi pembantu rumah untuk menyiasat calon suaminya!

Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!马德钟接下棒子,与张家辉与监制乐易玲和导演文伟鸿准时赴约。

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Aeril Zafrel Claimed To Allegedly Wanting Another Child But His Respond To It Is Pure Comedy!

Aeril Zafrel once again proving not only he is talented, rich and charming; but also HILARIOUS!

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Tue, 31 Dec 2019

Fizz Fairuz Harap Kali Ini Isteri Hamil Anak Lelaki

Tahniah Fizz Fairuz dan Almy Nadia!

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

‘Nak Cakap Apa, Cakaplah’, Lan Typewriter Jawab Isu Guna Model Seksi Dalam Video Klip

Guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran, apa kata Lan Typewriter?

| Live TV