Hiburan By: Del14 January 20, 2020 @ 10:00am

Dapat Bantuan RM100,000 Puteri Balqis Nak Main Forex?

Kisah sedih pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin yang ke-19 dan Anugerah Televisyen Asia 2014 ketika berusia 7 tahun, menjadi perhatian ramai apabila kini mengalami kesempitan hidup bersama ibunya, sehingga terpaksa menjual buku puisi hasil nukilannya ’38 Poems of Puteri Balqis’ di jalanan.

Bukan sahaja mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap, Balqis juga menghidapi penyakit misteri sejak dua tahun lalu.

Namun, selepas kisahnya ditayangkan melalui program BersamaMu di TV3, ramai pihak yang lebih celik terhadap kesusahan yang dihadapi Balqis dan ibunya tampil untuk menghulurkan bantuan dan dikatakan bantuan yang dikutip setakat ini sudah mencecah RM100,000!

Baca:Puteri Balqis Terima Sumbangan Lebih RM100,000 Selepas BersamaMu

Baru-baru ini, Balqis dan ibunya dijemput oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri untuk berkongsikan keperitan kisah hidupnya dan antara soalan yang ditanya oleh Aliff ialah apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000 tersebut. 

Apa yang mengejutkan tentang jawapan Balqis ialah dia langsung tidak menyebut tentang rawatan yang akan diambil bagi mengubati penyakitnya atau sama ada dia akan menggunakan wang tersebut untuk menyambung pembelajarannya yang terbengkalai sejak jatuh sakit. 

Balqis berkata dia sebahagian daripada duit itu akan disimpan, ada yang akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan dan sebahagian akan dilaburkan dalam pasaran Forex. 

Klip rakaman video tersebut menjadi tular di twitter dengan hampir 2,000 retweet dan rata-rata ramai yang terkejut dengan jawapan pelakon Akulah Balqis itu. 

 

Ramai netizen meluahkan pendapat supaya bantuan tidak diberi di dalam bentuk wang tunai kepada pelakon cilik itu dan sebaiknya disalurkan terus untuk membiayai rawatan dan yuran persekolahannya kerana kanak-kanak seusianya masih bersekolah di tingkatan satu.

Masakan bantuan yang diberi akan dilaburkan dalam pasaran Forex yang tidak menentu seterusnya Balqis boleh kehilangan wang yang didermakan orang ramai yang bertujuan untuk membantu menyara hidup dan merawat penyakitnya?

 

Kredit Foto: Instagram @plannerana.my & Twitter @schxrxsli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Encik Mimpi Sudah Bersedia Buka Topeng?

Menurut Encik Mimpi, umpama Puteri Gunung Ledang meminta drone dengan kerabat diraja, begitu jugalah dia.

Contest Tue, 6 Aug 2019

Dapatkan Klu Dan Menang RM2000 Dalam #ICSYVMY #SuaraSiapaTu

Jangan lepaskan peluang korang untuk bawa balik wang tunai dari kami!

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Being Compared to Kaer Intimidates Megat Mentor 7

Hoping for the best in his singing!

Hiburan Sun, 28 Apr 2019
LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Fri, 14 Sep 2018
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Sun, 18 Feb 2018

大年初三:免费观赏《春天花啦啦!一屋满堂》

好事成双!在这个充满欢乐佳节气氛的2月份,马来西亚第一网络电视 tonton 将于2月18日开放《春天花啦啦!一屋满堂》让用户免费观看,以及给予Android用户享有50%新春优惠升级成为VIP会员。

| Live TV