Hiburan By: SGMS Faida April 7, 2019 @ 11:40pm

Bolot Enam Anugerah, Nur Menang Besar Di DFKL 2019!

Malam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 menyaksikan drama rantaian popular Nur muncul sebagai drama pilihan sekaligus menepati ramalan orang ramai.

Sebanyak enam anugerah berjaya dibawa pulang termasuklah kategori penulis skrip, pengarah, pasangan, antagonis, aktor dan drama pilihan.

Pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin menyifatkan kemenangan tahun ini sebagai rezeki daripada Allah SWT.

“ Alhamdulillah syukur saya terpilih untuk tahun ini. Kemenangan ini juga mewakili seluruh penulis skrip di luar sana.

“ Saya tahu ramai yang berhasrat menghasilkan naskah sebegini cuma saya anggap saya bertuah tahun ini.

“ Banyak proposal drama dengan cerita seperti Nur yang ditolak jadi saya mewakili pengarah lain,” katanya yang menganggap kemenangan ini sebagai permulaan baik untuk industri drama di masa akan datang.

Manakala pelakon Syafiq Kyle pula yang berjaya membawa pulang anugerah Aktor Pilihan dan Pasangan Pilihan turut berterima kasih kepada pihak stesen TV3 dan seluruh warga produksi Radius One Sdn Bhd.

“ Saya dedikasikan kejayaan ini buat ibu-bapa yang selalu mendoakan kejayaan saya selama ini. Terima kasih Abang Ezad memberi kepercayaan kepada saya menggalas watak Ustaz Adam. Syukur, nikmat mana yang mahu didustakan lagi,” kata Syafiq yang mendapat sorakan gemuruh.

Acara yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi dimulakan dengan persembahan daripada penyanyi Hazama dengan lagu Opera Hidup dan Panglipurlara.

Acara turut diserikan dengan penampilan bekas peserta Mentor Pasya, Zaim, Hafiz Suip, kumpulan De Fam dan penyanyi terkenal Anuar Zain.

Penampilan hos Awal Ashaari juga wajar diberi pujian kerana berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik. Tahniah buat semua pemenang DFKL 2019!

Penulis Skrip Pilihan: Shahrulezad (Nur)

Pengarah Pilihan: Shahrulezad (Nur) 

Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Antagonis Pilihan: Azhan Rani (Nur) 

Lagu Pilihan: Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman RA)

Drama Pendek Pilihan: Orang Kita (Mohamad Edzuan)

Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan: My Sensei Nyonya (MediaCorporation Studio (M) Sdn Bhd)

Aktor Pilihan: Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan: Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Drama Pilihan: Nur (Radius One Sdn Bhd)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

Events Fri, 27 Jul 2018

#daiTV3 : Agaknya Siapakah Dai’ Yang Bakal Tersingkir?

#daiTV3 akan menampilkan kembali 10 orang bakal pendakwah nusantara yang akan tampil dengan isu dakwah terbaharu yang diberikan sebagai tugas mereka untuk minggu kedua ini. 

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Media Prima Staff Takes Home an Award in Portugal

To many more sweet success like this to come!

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Han Byul; Who Is He and Why He’s Potentially the Next Big Thing?

Charisma, check! Talent, check! Visual, check!

Fab Foodies! Mon, 29 Apr 2019

McDonald’s Extends Menu Hours + New Dishes in Conjunction with Ramadan

They’re making sure everyone will be well fed for sahur and buka puasa.

| Live TV