Events By: Salma Syahbuddin January 9, 2018 @ 12:12pm

BINTANG BERSAMA BINTANG KEMBALI MENYINAR!

Program realiti lawak Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB) kini kembali menemui peminatnya dengan beberapa kelainan yang akan ditampilkan. Selain Saiful Apek dilantik sebagai ketua juri, variasi lawak yang pelbagai juga adalah antara salah satu kelainan yang akan dibawakan oleh pelawak-pelawak seperti, Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk. 

Juri tetap Bintang Bersama Bintang musim baru

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman berkata ;

“Sebagai stesen penyiaran nombor satu Malaysia, TV3 sentiasa menawarkan pelbagai variasi program hiburan menarik untuk tontonan semua rakyat  Malaysia. Barisan Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan nama-nama besar yang tidak asing lagi dalam arena lawak tanah air yang akan memberikan jenaka yang mencuit hati. Pastinya dengan Bintang Bersama Bintang 2018, penonton dapat meluangkan masa bersama keluarga sebelum mengakhiri cuti hujung minggu dengan program hiburan realiti lawak terbaharu ini.”

Program BBB ini, turut mempersembahkan sketsa punchline selama 4 minit 30 saat berserta lagu berdurasi 2 minit 30 saat yang akan diolah sendiri oleh peserta mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Di samping itu, peserta juga dibenarkan untuk membawa selebriti jemputan bagi membantu para komedian ini dalam membuat persembahan pada setiap minggu.

Menyentuh tentang sistem pemarkahan pula, sebanyak 70 peratus adalah hasil undian panel juri dan 30 peratus lagi adalah berdasarkan undian atas talian. Di mana, undian akan dibuka pada hari siaran bermula iaitu pada pukul 6 petang menerusi laman web rasmi BBB 2018 iaitu www.xtra.com.my/BBB2018.

Semasa sidang media program lawak realiti Bintang Bersama Bintang 2018

Untuk makluman, tiada penyingkiran akan dilakukan pada setiap minggu. Namun, pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Dan, Super Bintang iaitu juara Bintang Bersama Bintang 2018 pada tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100,000.

Kepada peminat dan penonton setia TV3, bolehlah mengikuti perkembangan para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 menerusi Komik BBB pada setiap Ahad, jam 6 petang hanya di TV3.

Jangan Ketinggalan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

曾志伟回应性侵传闻:尊重女性是我坚持的原则

近来卷入港星蓝洁瑛性侵疑云,还被韩颖华爆料“不只一次性侵女艺人”的曾志伟,他今午(17日)4时30分在儿子曾国祥和律师的陪同下,于香港酒店召开记者会,否认该传闻,表示那是一个非常严重的指控,并将采取法律行动。

Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Doakan Anak Hunny Madu Sembuh…

Kami doakan agar Adam Musa kembali pulih dan mendapat kekuatan seterusnya membesar seperti kanak-kanak lain.

Events Mon, 2 Jul 2018
LIFESTYLE Wed, 26 Sep 2018

Thinking of a Road Trip but Not Sure Where to Go? Check These Routes Out

They’re curated specifically based on people’s interests.

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

「萨克斯风演奏家」肯尼基216再度吹响云顶!

相隔15个月国际「萨克斯风演奏家」肯尼·基将重返大马舞台,于2月16日吹响云顶云星剧场!

FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

Events Sun, 9 Jun 2019

蔡琴真情流露!演唱会忆往事不禁二度掉泪

「金嗓歌后」蔡琴以首首的经典好歌会友,大谈演艺生涯的过往趣事!在演唱《相思梦里》忆往事不禁真情流露,在台上哭了起来。

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Sat, 27 Apr 2019

Hong Kong Introduces EAST Residences as New Hot Spot to Stay

The gorgeous building is truly an experience worth exploring.

| Live TV